Category Archives: info krim N9

maklumat tentang aktiviti krim di Negeri Sembilan

ENGLISH LANGUAGE CAMP 2010: Langkah Bermula, Sejarah Dicipta

Pada 26 hingga 28 Mac 2010, KRIM Negeri Sembilan dengan kerjasama Panitia Bahasa Inggeris Sekolah Menengah Agama Rembau telah menganjurkan Kem Bahasa Inggeris untuk kesemua pelajar Tingkatan Tiga dan Lima. Bertemakan ‘English is Just Awesome’, kem ini bertujuan untuk meningkatkan motivasi para peserta dalam pembelajaran dan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai alat komunikasi di samping bahasa ibunda. Beberapa aktiviti menarik telah diadakan bagi mencapai tujuan ini.

Aktiviti pertama ialah ‘What’s in a name?’ di mana para peserta dikehendaki untuk memperkenalkan diri kepada ahli kumpulan dengan menggunakan kata sifat yang bermula dengan huruf pertama dalam nama mereka.

Pada hari kedua, seusai solat subuh dan bacaan almathurat, peserta melakukan senaman pagi bersama fasilitator. Selepas itu, mereka berkumpul untuk sesi perkongsian dengan Encik Azmir, bekas pelajar SMA Rembau yang berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang Teaching English as a Second Language (TESL) di Australia. Beliau berkongsi pengalaman dengan para peserta bagaimana beliau mempelajari Bahasa Inggeris serta memberi motivasi kepada para peserta bahawa kesemua mereka boleh berjaya.

Aktiviti seterusnya ialah’ Hands of Honour’. Melalui aktiviti ini, para peserta menggunakan kata sifat yang dipelajari untuk menceritakan lima sifat tentang diri sendiri dan lima sifat tentang rakan di sebelah kiri mereka. Selepas itu, mereka berkongsi semua kata sifat yang dipilih beserta penjelasan ringkas.

Selepas selesai solat zuhur dan makan tengahari, para peserta kembali ke dewan untuk aktiviti Dictionary Dash. Melalui aktiviti ini, para peserta didedahkan dengan penggunaan kamus bahasa Inggeris sebagai salah satu strategi meningkatkan penguasaan kosa kata. Para peserta kelihatan begitubersungguh-sungguh untuk mencari makna perkataan yang diajukan.

Aktiviti seterusnya, Find Someone Who, ialah sebuah aktiviti yang bertujuan bukan sahaja menggalakkan komunikasi dalam bahasa Inggeris malah turut meningkatkan nilai diri (self-esteem) para peserta. Setiap peserta diberi sehelai kertas tugasan mengandungi 12 ciri-ciri tertentu. Peserta perlu mendapatkan tandatangan seorang rakan yang untuk setiap ciri tersebut. Sepanjang aktiviti ini, para peserta kelihatan bersemangat meminta tandatangan rakan-rakan dengan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan cara yang sopan.

Pada sebelah petang pula, aktiviti treasure hunt diadakan. Terdapat enam checkpoint bagi peserta perempuan dan lima checkpoint untuk peserta lelaki. Pada setiap checkpoint, terdapat satu tugasan yang perlu diselesaikan bagi membolehkan mereka mendapat petunjuk untuk ke checkpoint yang seterusnya. Di antara aktiviti yang diadakan di setiap checkpoint ialah cooking show, fruit riddles, tongue twister dan sebagainya. Setiap aktiviti yang dijalankan menekan kesemua keempat- empat kemahiran asas bahasa inggeris iaitu menulis, membaca, mendengar dan bertutur beserta kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK). Ini adalah sejajar dengan objektif pengajaran bahasa Inggeris di Malaysia. peserta memberikan maklum balas yang sangat positif terhadap kombinasi pembelajaran bahasa Inggeris dengan aktiviti fizikal.

Selepas makan malam dan solat maghrib dan isyak secara berjemaah, para peserta berkumpul di dewan berfokuskan kemahiran mendengar, flowers are red. Fasilitator memulakan sesi dengan mendapatkan pandangan para peserta tentang ciri- ciri lagu kesukaan mereka. kemudian perlajar

diperdengarkan lagu Flowers are Red nyanyian Zain Bhika. Lagu tersebut diperdengarkan buat kali kedua. Kali ini peserta perlu mengisikan tempat kosong pada lirik lagu tersebut dengan pilihan perkataan yang diberikan. Sesi tersebut dijalankan selama satu jam setengah dan diteruskan dengan sesi perkongsian yang dijalankan berasingan mengikut jantina. Para peserta diberikan peluang untuk menyatakan sebarang masalah dan bertanyakan tips belajar daripada fasilitator. Selain dari itu, para fasilitator mengambil peluang berkongsi pengalaman belajar di luar negara.

Pada hari terakhir kem dijalankan, peserta didedahkan dengan faktor utama yang menjadi pemangkin utama kejayaan iaitu sikap yang positif. Peserta turut menyenaraikan sikap positif yang patut dimiliki pelajar yang berjaya serta sikap negatif yang perlu dijauhi. Kemudian peserta dikehendaki membuat poster bertajuk Who I Am?. Melalui poster ini mereka perlu menggambarkan diri mereka dengan menggunakan gambar-gambar dan perkataan yang diambil dari surat khabar lama. Hasil kerja peserta dipamerkan dan setiap peserta diberikan peluang untuk memberi komen atau cadangan kepada rakan-rakan.

Pada jam 1 petang, majlis penutup telah diadakan di dewan sekolah berkenaan. Majlis ini turut dihadiri Encik Iskan dan Puan Rosmawar. Tayangan video promosi KRIM dan video kenangan kem turut ditayangkan. Plak penghargaan turut diberikan kepada pihak sekolah dan peserta terbaik kategori lelaki dan perempuan. Setiap kumpulan turut menerima hamper.

krim NEGERI SEMBILAN

Tinggalkan komen

Filed under Aktiviti, info krim N9, Program di SEKOLAH, Seminar dan Kem Akademik

KRIM N9 BERSAMA MEMBINA MASYARAKAT PELAJAR YANG LEBIH GEMILANG

Jan, Feb, Mac 2010 –  Sepanjang 3 bulan dalam 2010, krim Negeri Sembilan telah melakar nama dengan lebih kemas di beberapa sekolah ternama di sekitar Negeri Sembilan Darul Khusus. Inisiatif ini hasil daripada keinginan dan harapan untuk  melihat pelajar melayu muslim cemerlang dari sudut akademik bahkan sentiasa mengambil berat dalam nilai akhlak, ibadah dan perhambaan kepada Allah. Ini semua tidak lain dan tidak bukan untuk mengecapi nikmat memahami Islam yang unggul melalui program yang disediakan anjuran Kelab Remaja ISMA.

KRIM N9 BERSAMA MENJAYAKAN PROGRAM NUQABA SMAP LABU

Lihat sahaja apa yang berlaku dalam masyarakat pelajar di tanah air  hari ini, cukuplah dengan apa yang terpampang di dada akhbar setiap hari menginsafkan dan menyedarkan . Dari kes jenayah hingga ke masalah sosial, sehingakan boleh jadi masyarakat merasa tidak hairan bila mendengar berita budak remaja secomel-comel 13 tahun dah melakukan perkara sedemikian rupa……


PERKHEMAHAN INTEGRASI BADAR SEKOLAH SDAR-SHAMS LAKAR SEJARAH

Di dalam benak-benak hati ibu bapa, guru, tokoh pemimpin  dan masyarakat amnya,  tentu sekali terlintas untuk mengharapkan pelajar-pelajar  yang lahir dari sekolah tempatan keluar dengan menonjolkan imej yang baik dan soleh. Mereka menyambung pengajian di dalam dan luar negara, seterusnya pulang dengan membawa arus perubahan dalam menjayakan misi negara dan aspirasi ISLAM itu sendiri….

KRIM N9 BERKONGSI PENGERTIAN HIJRAH DI SEK MEN TUNKU AMPUAN NAJIHAH ( STAN )

Semoga dengan berlalunya tahun-tahun lalu menjadi pemangkin kepada perubahan dalam diri setiap pelajar melayu muslim khususnya dan masyarakat amnya ke arah MASYARAKAT PELAJAR YANG LEBIH GEMILANG…..

pesanan rasulullah kepada ibnu abbas (seorang remaja ketika itu berusia 10 tahun)

“Wahai budak! Sesungguhnya aku ingin mengajarkan kepadamu beberapa kalimah : Peliharalah Allah, nescaya Dia akan memeliharamu. Peliharalah Allah, kamu akan mendapatiNya bersamamu. Apabila kamu meminta sesuatu maka mintalah daripada Allah. Apabila kamu meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan daripada Allah.

Ketahuilah! Sesungguhnya jika manusia berhimpun untuk memberi sesuatu manfaat kepadamu, mereka sekali-kali tidak akan dapat memberikan manfaat itu kepadamu, kecuali sesuatu yang ditetapkan oleh Allah untukmu. Dan sekiranya mereka berhimpun untuk mendatangkan sesuatu bencana ke atasmu, mereka tidak akan dapat mendatangkannya kecuali dengan sesuatu yang telah ditetapkan Allah ke atas mu. Telah diangkat kalam, dan telah kering lembaran…” riwayat imam tarmizi

dan daripada krim Negeri Sembilan untuk akan datang

ENGLISH LANGUAGE CAMP  : KRIMNS Bakal Merintis Jalan, Meraih Pengalaman bersama SMA REMBAU

krim Pusat

1 Komen

Filed under Aktiviti, info krim N9, Program di SEKOLAH, Seminar dan Kem Akademik, Uncategorized

RRJ FC dan Kolej UNITI Juara Baru KAHFI 2010

Kejohanan Futsal Islami (KAHFI) 2010 telah melakar sejarah apabila dua buah pasukan yang menjadi naib juara pada edisi 2009 berjaya mengungguli kategori masing-masing untuk tahun ini. Pasukan Kolej UNITI, Port Dickson memenangi kategori belia manakala pasukan RRJ FC dari Taman Rasa Sayang pula menjuarai kategori remaja. Ternyata kejayaan itu tidak datang dengan sekali percubaan tetapi adalah hasil daripada usaha yang berterusan dan sentiasa memperbaiki kelemahan diri, sekaligus membuktikan kebolehan golongan remaja dan belia.

Teruskan membaca

Tinggalkan komen

Filed under Aktiviti, info krim N9, Kejohanan Sukan

Kem Remaja Muslim siri 2/2009 (Anjuran KRIM Negeri Sembilan)

Tarikh: 12-14 Disember 2009
Tempat: Brindley Trainning & Camp, Kompleks Uniti, Pasir Panjang, Port Dickson
Penyertaan: Remaja berusia 14-17 tahun
Yuran: RM 80.00

Maklumat lanjut sila lawat blog ISMA Negeri Sembilan

3 Komen

Filed under Hebahan, info krim N9

KRIM NS dan NAZIM bersama anjur Seminar Kecemerlangan Remaja

Seremban, 10 Jun – Seramai 75 orang remaja putera dan puteri di sekitar Negeri Sembilan telah berjaya dikumpulkan dalam Program Seminar Kecemerlangan Remaja pada 10 Jun 2009 lepas. Program yang telah berlangsung di Sekolah Menengah Islam As-Saidiyyah, Seremban ini dianjurkan bersama oleh KRIM NS dan NAZIM Cawangan Seremban.

Teruskan membaca

Tinggalkan komen

Filed under Aktiviti, info krim N9, Kem motivasi dan ceramah agama, Program di SEKOLAH, Seminar dan Kem Akademik