Category Archives: info krim MELAKA

maklumat tentang aktiviti krim di Melaka

Kem Bina Sahsiah dan Jatidiri Remaja 2010 Melakar Sejarah

Majlis Perasmian Penutup oleh YB Datuk Hj Ghazale Bin Muhamad
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri Melaka

SUNGAI UDANG, 7 – 9 Mei 2010 – Kelab Remaja ISMA (KRIM) Melaka melakar sejarah apabila buat pertama kalinya diberi peluang untuk bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Jabatan Pelajaran Melaka (JPM) dalam penganjuran Kem Bina Sahsiah dan Jatidiri Remaja bertempat di Melaka Tropical Fruit Farm, Sungai Udang. Bertemakan “Memantapkan Ukhuwah Memperkasa Ummah”, kem 3 hari 2 malam anjuran Kerajaan Negeri Melaka ini berjaya mengumpulkan seramai 92 orang pelajar tingkatan 4 daripada lebih 20 buah sekolah menengah harian terpilih di seluruh Melaka. Para peserta yang hadir ini terdiri daripada barisan kepimpinan di sekolah masing-masing.

Program dimulakan dengan sesi taklimat pada jam lima petang oleh pihak urusetia JAIM. Usai makan malam dan solat Isyak berjemaah, para peserta berkumpul di Dewan Utama bagi mengikuti sesi “Ice Breaking” yang dikendalikan oleh En Sulaiman bin Abd Rahman. Para peserta kelihatan seronok mengikuti aktiviti-aktiviti yang menarik bagi meleraikan perasaan segan dan malu meskipun baru pertama kali berjumpa. Selesai slot “Ice Breaking”, program diteruskan dengan slot Mengenali Diri dan Potensi Diri oleh Encik Muhammad Aizat bin Rasli. Melalui slot ini, para peserta didedahkan dengan pelbagai bentuk personaliti seorang pemimpin yang dapat membantu mereka menggalas tugas sebagai pemimpin kelak.

Hari kedua program dimulakan dengan aktiviti Qiamulail pada jam 4.30 pagi. Selesai solat Subuh, para peserta menuju ke dewan untuk mengikuti Slot “Sharing Is Caring”. Dalam slot ini, para peserta ditayangkan video berkisarkan tentang remaja perempuan contoh bernama Siti Fatimah yang merupakan Pelajar Cemerlang SPM Tahun 2006 dengan keputusan 18A. Video tersebut memberikan sumber inspirasi kepada para peserta untuk mencontohi watak Siti Fatimah yang merupakan watak remaja zaman ini yang sangat hampir usianya dengan peserta. Kemudiannya, peserta melakukan aktiviti senaman pagi sebelum menikmati sarapan pagi dan hemat diri. Slot yang kedua bertajuk “Remaja Muslim – Dari Mana Nak Ke Mana” disampaikan oleh En Mursyidi bin Mohammad. Pelajar diterapkan tentang motivasi dan kesedaran untuk bangkit menjadi remaja Muslim cemerlang, bukan sahaja dalam aspek akademik semata-mata malah dalam aspek ibadah, akhlak, ilmu pengetahuan dan juga penjagaan kesihatan tubuh badan.

Pada sebelah petangnya, program diteruskan dengan slot Eksplorasi Alam oleh Cikgu Abdul Razak bin Kassim. Slot ini sedikit sebanyak membuka minda para peserta akan keluasan dan kehebatan ciptaan Allah yang Maha Berkuasa yang tiada tandingannya. Gaya penyampaian penceramah seakan-akan membawa peserta menjelajah kehebatan dan rahsia alam semesta yang terbentang luas. Program kemudiannya diteruskan dengan sesi LDK dan aktiviti “Team Building”. Keseronokan jelas terpancar di wajah peserta ketika menjalani aktiviti ‘Teambuilding’ yang ternyata banyak menguji ketangkasan dan semangat kerjasama sesama mereka.

Untuk sesi malam, peserta disajikan pula dengan aktiviti “Jejak Si buta” dan “Sebelum Mata Terlena”. Pelbagai ragam dan aksi ditonjolkan oleh peserta untuk melepasi halangan sewaktu aktiviti ‘Jejak Si Buta’. Manakala, slot “Sebelum Mata Terlena” pula berjaya memberikan kesedaran kepada peserta akan jasa dan pengorbanan ibu dan ayah sejak dari kecil. Suasana berubah menjadi sayu dan air mata penyesalan tidak dapat ditahan daripada mengalir.

Hari terakhir kem dimulakan dengan ceramah bertajuk “Towards A Brighter Future” yang disampaikan oleh Ustaz Zaidi bin Abd Jalil. Di dalam slot ini, kehebatan peribadi Sultan Muhammad Al-Fatih menjadi intipati utama penyampaian agar para peserta dapat mencontohi ciri-ciri hebat seorang pemuda yang ada pada tokoh agung ini. Dengan berakhirnya slot tersebut, Kem Bina Sahsiah dan Jatidiri Remaja semakin menghampiri ke kemuncaknya. Ucapan perasmian disampaikan oleh Yang Berhormat Datuk Hj Ghazale bin Muhamad selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri Melaka yang mana dalam ucapan beliau, beliau telah menyatakan penerimaan baik terhadap jalinan kerjasama antara Jabatan Agama Islam Melaka dan Pertubuhan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

krim MELAKA

Advertisements

2 Komen

Filed under Aktiviti, info krim MELAKA, Outdoor, Program di SEKOLAH

KRIM MELAKA BANGKIT JATIDIRI PELAJAR VOKALISONAL

Muar, 27 Mac 2010 – Kelab Remaja ISMA Melaka telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan program Kursus Kepimpinan di Sekolah Menegah Vokasional Muar bermula jam 9 p

agi sehingga 5 petang. Kursus ini berjaya mengumpulkan seramai 60 orang pemimpin pelajar yang terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas asrama, pengerusi unit beruniform dan kelab.

Usai sesi suai kenal bersama peserta dan barisan fasilitator, saudara Mursyidi B Mohammad, Pengarah KRIM Melaka memulakan slot yang pertama bertajuk “Peranan dan Tanggungjawab Pemimpin”. Peserta diminta berbincang dalam kumpulan dan membentangkan peranan seorang pemimpin sebelum penceramah berkongsi pengalaman dan tips-tips berguna sebagai pemimpin sekolah.

Slot “Peribadi Pemimpin” pula dimulakan dengan tayangan video tentang lebah dan disusuli dengan pembentangan ciri-ciri lebah yang boleh diaplikasikan sebagai seorang pemimpin. Peserta kelihatan teruja dengan fakta-fakta menarik mengenai lebah, makhluk ciptaan Allah yg unik. Juga diselitkan aktiviti ”Scanner Buruk” untuk memberi penekanan kepada kepentingan komunikasi yang berkesan dalam satu organisasi. Para peserta kelihatan seronok dan terhibur apabila melihat hasil lukisan setiap kumpulan yang rata-ratanya agak berbeza dengan lukisan asal.

Selepas makan tengah hari dan solat zuhur berjemaah, para peserta mengikuti pula aktiviti “Fast & Furious”. Kemahiran menyelesaikan masalah dan pemikiran kreatif peserta diuji dalam memastikan setiap ahil kumpulan menyentuh bola tennis dan durian dalam masa yang paling pantas. Kemudiannya,peserta dibahagikan kepada 8 kumpulan dan dilepaskan untuk ke 4 “check point” bagi menyelesaikan tugasan dalam aktiviti “Explorace”. Peserta perlu menggunakan kemahiran menulis karangan dan mengira matematik untuk melepasi check point “Assalamualaikum teacher”. Pelbagai ragam dan gaya ditunjukkan oleh peserta untuk menyelesaikan tugasan terutamanya di check point “Sungai Asid”. Kesemua kumpulan juga terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk menyelesaikan tugasan “puzzle” yang amat mencabar di check point yang terakhir. Saudara Nazeri b Kamarudin yang menguruskan aktiviti Explorace kemudiannya membuat rumusan dan berkongsi tips-tips untuk menjadi pemimpin yg berkesan.

KRIM Melaka ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak SMV Muar kerana sudi mengundang kami untuk bersama-sama menjayakan program ini. Jutaan terima kasih juga buat semua yang terlibat dalam program ini. Semoga program ini diberkati oleh Allah s.w.t. dan membantu melahirkan pemimpin yang unggul di masa hadapan. Pemuda hari ini adalah pemimpin hari esok.

kirm MELAKA

Tinggalkan komen

Filed under Aktiviti, info krim MELAKA, Kem motivasi dan ceramah agama, Program di SEKOLAH

KURSUS KEPIMPINAN KRIM MELAKA DI SEKOLAH SYARIFAH RODZIAH CUNGKIL KETOKOHAN


ALAI, 26-27 Mac 2010 – Kelab Remaja ISMA (KRIM) telah berjaya menjalankan Kursus Kepimpinan kepada barisan kepimpinan pelajar tingkatan satu, dua dan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Sharifah Rodziah yang kebanyakannya adalah pengawas sekolah dan selebihnya adalah Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) serta pustakawan sekolah baru-baru ini. Para peserta yang hadir adalah sekitar 64 orang.

Kursus tersebut dimulakan pada pukul 3.15 petang dengan Ucapan Aluan, sessi Ice Breaking dan slot pengisian pertama bertajuk ‘Remaja: Dari Mana Nak Ke Mana?’. Slot ini adalah bertujuan untuk menerapkan kesedaran terhadap para pelajar tentang matlamat hidup yang sebenar sebagai pelajar Muslim. Pada sebelah malamnya, para peserta disajikan dengan slot: What’s in the Bee? Yang disampaikan oeh Saudari Salmi binti Dikun. Slot ini merupakan slot yang menggabungkan tayangan visual tentang lebah, pembentangan setiap kumpulan dan huraian tentang hubungkait antara lebah dan ciri-ciri kepimpinan. Para peserta kelihatan seronok dan teruja dengan slot ini justeru penemuan-penemuan baru yang mereka temui melalui makhluk ciptaan Allah yang unik ini iaitu Lebah!

Usai Qiamullail dan Solat Subuh berjemaah, para peserta mengikuti pula slot Tadabbur Alam di mana setiap fasilitator membawa setiap kumpulan keluar menikmati udara segar serta memberikan perkongsian ringkas berkaitan kehebatan alam ciptaan Allah. Slot yang ringkas ini sedikit-sebanyak bertujuan untuk mengasah tauhid dan menyuburkan lagi perasaan cinta para peserta terhadap Allah.

Para peserta kemudian menikmati sarapan pagi dan hemat diri.

Sekitar jam 7.45pagi, para peserta mengikuti slot ‘Teambuilding’ dan pada 8.45 pagi, para peserta berkumpul semula di dewan bagi mengikuti slot Discover Personality Trait oleh Encik Muhammad Aizat bin Rasli. Melalui slot ini, para peserta didedahkan dengan pelbagai bentuk personaliti seorang pemimpin yang seterusnya membantu mereka menggalas tugas memimpin kelak. Slot ‘True Leaders’ menyusul setelah minum pagi dan penceramah slot ini iaitu Puan Hidayah telah menekankan gejala sosial remaja tidak sihat yang pemimpin pelajar harus peka dan hindarkan diri serta contoh-contoh tokoh Islam tersohor satu ketika dahulu.

Dengan berakhirnya slot True Leaders, Kursus Kepimpinan ini semakin menghampiri ke kemuncaknya. Ucapan penutup disampaikan oleh Guru Penolong Kanan HEM 1, Pn Hatina binti Yakub. Beliau menasihati para peserta agar memanfaatkan apa yang didapati daripada kursus ini. Manakala, ucapan perasmi disampaikan oleh Yang Dipertua ISMA Melaka, Ustaz Ahmad bin Zainal Abidin. Ustaz Ahmad mengingatkan para peserta agar berusaha kerana usaha merupakan sebahagian daripada sunnatullah (undang-undang Allah) yang mengharuskan seseorang untuk menjalankannya bagi mencapai sesuatu kejayaan.

Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kursus ini terutamanya pihak sekolah Sharifah Rodziah serta guru kaunselor atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan. Selamat Maju Jaya kepada peserta Kursus Kepimpinan kali ini dan semoga ANDA SEMUA dapat membawa arus positif di sekolah tanpa putus asa dan dengan semangat juang yang tinggi! Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. [Ar-Ra’d:11]

krim MELAKA

Tinggalkan komen

Filed under Aktiviti, Berita Semasa, info krim MELAKA, Kem motivasi dan ceramah agama, Program di SEKOLAH

KERIS 2009 ajak remaja ‘kenali Ilahi, unggul peribadi’

Durian Tunggal, 4-6 Dis. – Alhamdulillah, sempena musim cuti persekolahan yang sedang berlangsung Kelab Remaja ISMA (KRIM) Melaka telah berjaya menganjurkan Kem Eksplorasi Remaja Islam (KERIS) 2009 yang bertempat di Kem RSG, Anjung Tasik, Durian Tunggal, Melaka. Program perkhemahan yang menjurus kepada pembentukan jatidiri remaja muslim ini membawakan tema ‘kenali Ilahi, unggul peribadi’.

Teruskan membaca

Tinggalkan komen

Filed under Aktiviti, Camping, info krim MELAKA

Kem Eksplorasi Remaja Islam 09 (Anjuran KRIM Melaka)

Cuti sekolah yang bakal menjelang tiba lewat hujung minggu ini pastinya suatu yang dinantikan oleh para pelajar pelbagai peringkat umur. Kelab Remaja ISMA (KRIM) juga turut teruja untuk bersama meraikan ketibaan cuti panjang dengan variasi aktiviti yang menarik.

KERIS 09 atau Kem Eksplorasi Remaja Islam menyasarkan penyertaan pelajar menengah tinggi Tingkatan 1-4. Butiran program adalah seperti berikut:

  • Tarikh: 4-6 Disember 2009
  • Tempat: Kem RSG, Anjung Tasik, Durian Tunggal.
  • Yuran: RM 80.00 seorang

Teruskan membaca

4 Komen

Filed under Hebahan, info krim MELAKA

Program ‘Towards a Brighter Future!’ (BRIGHT) gamatkan SYAROD

Alai, 19-20 Jun – Alhamdulillah, buat pertama kalinya Kelab Remaja ISMA (KRIM) Melaka dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Syarifah Rodziah telah menganjurkan Program ‘Towards a Brighter Future!’ (BRIGHT) yang bertemakan ‘Membina Puteri Generasi Harapan’ yang disertai oleh 113 remaja perempuan tingkatan lima.

Program ini dijalankan dengan berlandaskan objektif untuk memupuk puteri muslimah yang bukan sahaja unggul dan cemerlang tetapi juga memiliki hala tuju dan matlamat hidup yang jelas. Pada malam pertama program, para peserta disambut dengan ucapan aluan oleh Pengarah program, dan disusuli pula dengan sesi taaruf, tayangan video serta nyanyian nasyid bersama di dewan auditorium Masjid Al-Azim. Lagu nasyid yang bertajuk `Sebelum Terlena’ nyanyian Hijjaz inshaAllah sedikit-sebanyak menimbulkan rasa keinsafan dan rendah diri para peserta terhadap Yang Maha Esa sebelum para peserta bersurai untuk tidur dan bangun semula bagi mengerjakan qiamullail keesokan paginya.

Teruskan membaca

Tinggalkan komen

Filed under Aktiviti, info krim MELAKA, Kem motivasi dan ceramah agama, Program di SEKOLAH

Program Motivasi Pelajar: ‘Pelajar Cemerlang, Akhlak Terbilang’

Kampung Lapan, 23 Februari – Segala puji bagi Allah atas limpah hidayahNya, Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia (KRIM) cawangan Melaka dengan kerjasama Persatuan Penduduk Kampung Lapan telah berjaya menganjurkan Program Motivasi Pelajar; ‘Pelajar Cemerlang, Akhlak Terbilang’ di Surau Kampung Lapan. Kejayaan seumpama ini merupakan satu kegembiraan yang dikongsi bersama dengan masyarakat setempat justeru kedua-dua pihak memiliki aspirasi yang sama yang perlu dikecapi daripada program ini iaitu sebagai satu usaha padu ‘Ke Arah Pembentukan Generasi Wawasan’.  Teruskan membaca

5 Komen

Filed under Aktiviti, info krim MELAKA, Kem motivasi dan ceramah agama, Seminar dan Kem Akademik