Tag Archives: Uncategorized

MENCARI KEMAAFAN SEPERTI BILAL r.a dan ABU ZAR r.a

FITRAH INSANI

Setiap orang mudah melakukan kesalahan. Tidak kira kesalahan itu kecil atau besar, seorang manusia lebih-lebih lagi seorang remaja akan mudah membuat kesilapan dalam bertatih di alam kehidupan ini. Sedar tidak sedar, jika dikira satu persatu kesalahan yang kita lakukan, bole kalah ketebalan yellow pages. Bahkan boleh dilistkan dan dikategorikan kesalahan kita, setiap tahun, setiap bulan, setiap hari, setiap jam……setiap detik mungkin…

كُلُّ ابْنِ آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ.

Setiap anak Adam (yakni manusia) pasti melakukan kesalahan, sedangkan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah orang yang bertaubat.

itulah manusia, mudah terpikat dengan hawa nafsu dan tak lari daripada maksiat.

KISAH AGUNG ANTARA 2  SAHABAT

Di dalam riwayat pernah diceritakan, Abu Zar r.a memanggil Bilal r.a dengan gelaran ” wahai anak hitam”…. Bilal r.a yang mendengar panggilan tersebut terdiam dan tidak membalas panggilan Abu Zar r.a itu. Dengan rasa kesal Bilal lantas pergi bertemu rasulullah untuk mengadukan hal tersebut. Tiba di rumah rasulullah, Bilal r.a meluahkan isi hatinya pada rasulullah. Seketika sahaja, berubah wajah rasulullah menjadi merah padam. Rasullah terus ke tempat Abu Zar berada, tetapi hanya lalu sahaja. Rasulullah terus ke masjid.

Mengetahui rasulullah bahawa rasulullah marah padanya, lalu Abu Zar memberi salam kepada rasulullah. Rasulullah berkata kepadanya ” wahai Abu Zar kamu telah menghina bilal dan menghina asal usulnya. Ketahuilah abu zar, sesungguhnya kamu asal usulnya adalah orang jahiliyah sebelum masuk Islam, dan sesungguhnya dalam diri kamu masih ada sisa-sisa jahiliyyah…”

Abu zar r.a merasa terpukul dan sangat menyesal. Abu zar menangis dan merayu pada rasulullah ” wahai rasulullah maafkan kesalahanku dan pintalah Allah ampunan atas doaku…” . Lalu Abu zar berlari mendapatkan Bilal r.a, Abu zar merangkul bilal sambil memohon maaf padanya. Tidak cukup dengan itu, Abu zar meletakkan kepalanya di atas tanah seraya berkata ” Demi Allah Wahai Bilal aku tidak akan angkat pipiku dari atas tanah kecuali kamu injak pipiku yang sebelah lagi dengan kakimu. Demi Allah sesungguhnya kamu orang terhormat dan aku yang terhina”…….

apakah yang berlaku selepas itu ? anda teka………..

NILAI AGUNG PADA 2 SAHABAT

Bilal kemudiannya mendekatkan mukanya ke pipi Abu Dhar lalu menciumnya berkali kali. kemudian diangkatnya dari tanah. Mereka berdua berpelukan dengan penuh kasih sayang dan tangisan…..

Lihat ukhuwah yang terjalin dan nilai akhlak pada bilal r.a dan abu zar r.a. Bukan hanya betapa merendah diri abu zar memohon kemaafan, bahkan betapa mulia dan kasihnya bilal r.a, walau pun diperlakukan sebegitu, atas rasa kasih dan sayang pada abu zar, bilal memaafkannya…..

WARNA WARNI HARI INI


Kita lihat bukan sahaja orang yang melakukan kesalahan sahaja tidak prihatin untuk meminta maaf jika berbuat kesalahan. Lebih menyedihkan lagi, kita sendiri pun sukar untuk memaafkan kesalahan orang lain. Bila ditegur dan dinasihati orang yang berbuat salah, tanpa ada rasa kasih dan sayang di dalam diri kita. Hampir semua keburukan orang yang bersalah menyilau di mata kita, tanpa berfikiran positif dan optimis…….

NIKMAT UKHUWAH BUKAN SAJA-SAJA

Sekiranya masih ada di kalangan kita yang berbuat kesalahan, cepat-cepat meminta maaf. Akui kesalahan dan azamkan tidak akan diulang. Juga buat mereka yang ada yang melakukan kesalahan padanya, rendah diri dan maafkanlah dia. Kasih sayang itu Allah tidak kurniakan secara percuma. Hanya yang ikhlas dan berkehendak sahaja akan Allah ganjari………

rahsia  seorang sahabat kepada Abdullah bin Umar r.a ketika mencari kelebihan seorang sahabat yang rasulullah sebut jaminan syurga padanya….

““Sesungguhnya, sebelum aku tidur, aku akan memaafkan segala dosa seluruh manusia, sama ada yang menghinaku, mencaciku, memburuk-burukkan diriku, memfitnahku dan mengata tentang diriku. Maka aku mohon dari Allah agar dimaafkan segala dosa mereka.”

Mohonlah kemaafan pada mereka yang kita lakukan kesalahan dan sudilah memaafkan orang lain sebelum Allah  tarik nikmat2nya yang lain……….

Tinggalkan komen

Filed under akhlak islamiah, Tazkirah dan peringatan, Uncategorized

Aku ingin Bercinta… Terimalah cintaku


Pesan rasulullah:

“Sesungguhnya di kalangan hamba-hamba Allah itu ada satu golongan,mereka bukan dari golongan para nabi ataupun syuhada’,tetapi para nabi dan syuhada’ mencemburui mereka,tempat mereka di sisi Allah s.w.t.Kata para sahabat,khabarkan kepada kami siapa mereka? Rasulullah S.A.W bersabda: ” Mereka adalah satu kaum yang saling cinta-mencintai kerana Allah,bukan ada hubungan saudara-mara di kalangan mereka dan juga bukan kerana kepentingan.Demi Allah,di wajah mereka ada cahaya dan mereka di atas cahaya.Ketika manusia takut,mereka tidak takut.Ketika manusia bersedih,mereka tidak bersedih.Dan mereka berkata,sesungguhnya wali-wali Allah tidak takut dan tidak sedih.”♥

Suatu hari ketika menggunakan YM (yahoo messenger), seorang teman rapat saya telah mengungkap perbualan yg menyentak degupan jantung saya buat seketika…
kawan: nak tanya cket
aku: ye saya
kawan: kau ada doakan aku lagi x dlm doa
aku: owh… maaf lupalah
kawan: ~hurm
kawan: patutlah aku rasa susah nak faham apa yang dipelajari   kat sini

Juga perbualan saya dgn seorang pendidik saya…. menambah deras aliran darah saya
saya: cikgu, minta maaf byk2
cikgu: kenapa pula?
saya: saya dh lama x cntct dgn cikgu
saya: sejak lepas sekolah
cikgu: takpe, asalkan   ingat dlm wirid rabitah sudah memadai

***************************************************
ohh.. Ya Allah…
Buat semua guru2..saudara2, sahabat2 dan kawan2…
Maafkan diri ini yg leka dan tenggelam dlm hidup sendiri
MENJAGA UKHUWAH

Imam As Syafie pernah berkata:-
الحر من راع وداد لحظة وانتمى لمن افاده لفظة
“Orang yang merdeka ialah sesiapa yang memelihara kasih sayang walaupun kasih sayang itu hanya sedetik dan dia menghormati orang yang memberi nasihat yang berguna kepadanya walaupun hanya satu patah perkataan”

Saidina Umar r.a. pula:
” Demi Allah, waktu malam terasa begitu panjang bagiku jika aku teringat saudara seagamaku, lalu aku berharap segera tiba waktu pagi sehingga aku boleh memeluknya…kerana kerinduanku kepadanya”

Imam Hasan al-Banna:
“Kita juga mahu supaya bangsa kita faham bahawa mereka lebih kita sayangi daripada diri kita sendiri. Demi kasih sayang ini, kita sedia menjadikan nyawa kita sebagai taruhan demi mengembalikan kehormatan bangsa ini”

Ukhuwah ini perlu dijaga dengan sebaiknya. Ibarat menjaga anak pokok yang sangat sensitif. Jika tidak dijaga dengan elok, maka ia mudah mendapat penyakit dan makin lama-makin lemah. Begitulah juga dengan ukhuwah antara sahabat dan rakan2. Sekiranya tiada usaha untuk memelihara, maka hubungan akan menjadi renggang. Boleh jadi kawan rapat dari kecil pun bole bergaduh dan menjadi tidak rapat sekiranya ukhuwah ini tidak dijaga dengan baik.
SENTIASA MENDOAKAN SAHABAT KITA
Sebaik-baik ukhuwah bukanlah hanya dengan sembang, gelak ketawa atau  jalan sama-sama, itu bukanlah ukuran rapatnya hubungan persahabatan tetapi dengan kita mendoakan kebaikan baginya. Itulah tanda sahabat sejati yang sentiasa inginkan kebaikan bagi temannya.
hadith rasulullah:
“Hak seorang Muslim ke atas seorang Muslim ada lima: menjawab ucapan salamnya, melawatnya ketika sakit, mengiring jenazahnya ke perkuburan, memenuhi jemputan dan mendoakan rahmat (Tasymit) apabila beliau bersin” [Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim]

SEDIKIT KISAH UNTUK DIRENUNGI

Pernah dikisahkan suatu ketika Syahid dan Ahmad pergi mengembara mencari ilmu. Mereka menaiki bot untuk belayar ke Baghdad, gedung ilmu dunia ketika itu. Mereka pun bersiap dan menyediakan segala keperluan yang diperlukan. Maka tibalah hari yang dinantikan, mereka pun memulakan perjalanan mengembara ilmu mereka.

Sememangnya, Syahid dan Ahmad adalah kawan rapat. Dari kecil hingga besar. Macam-macam perkara mereka kongsikan bersama, main bola, belajar, sembang dan lain-lain. Ibarat pepatah melayu, bagai isi dengan kuku. Bagi Syahid, Ahmadlah kawan sehidup sematinya. Begitu juga dengan Ahmad……..

Sedang mereka asyik bersembang, mengenang kisah silam bersama, tiba-tiba muncul sebuah bongkah ais ( iceberg ). Mereka cuba mengelak tetapi tidak berjaya. Habis pecah berkecai bot yang mereka pandu.  Ahmad sempat berpaut pada serpihan kayu daripada bot itu. Syahid pula tercampak jauh dan hilang dibawa arus. Melihatkan kawan rapatnya tiada, Ahmad menjerit-jerit memanggil nama Syahid, ” Syahid! Syahid! Syahid! Mana kau, aku takut tinggal keseorangan……”. Sehinggalah Ahmad keletihan, dan terlelap……..

Sedar-sedar, Ahmad telah terdampar di sebuah pulau. Dia pun bangun dan pergi ke sana ke mari untuk mencari kelibat Syahid, tetapi tidak ditemuinya.  Dia pun tanpa berlengah terus menggunakan kemahiran serta kepakaran yang dipelajarinya ketika KRS ( kadet remaja sekolah ) dahulu, untuk meneruskan kehidupannya di pulau itu. Dia menggumpul kayu untuk membina pondok. Dia mengumpul buah-buahan untuk dimakan dan juga berburu.

Sudah dekat seminggu Ahmad terperangkap di pulau itu. Sudah puas diteroka seluruh pulau itu. Dan bermacam-macam alatan telah diciptanya daripada alam semula jadi, menara, katil, paakian dan lain-lain……….. Sehinggalah suatu hari, dia mula merasa bosan. Dia pun berdoa  agar ada bot lalu di pulau itu untuk dia pulang.

Tiba-tiba datanglah seorang nelayan yang tersesat lalu di tepi pantai. Ahmad pun memintanya  untuk dihantar pulang. Nelayan itu beretuju dan mereka terus berlayar bersama………………

Sedang termenung mengingatkan kampung halaman, tiba-tiba nelayan itu bertanya,” Bukan ke awak pergi belayar dengan seorang kawan?”. Terkejut Ahmad, dan bertanya” Macam mana pakcik tahu ?”. Balas nelayan itu ” OO0h, pakcik yang sewakan kamu bot ini. Tak ingat? Pakcik lupa nak suruh pulangkan bila. Tu yang pakcik cari kamu….”

” Ya, saya pergi dengan seorang kawan tapi bot kami karam dan dia hilang entah ke mana. Saya pun terpaksa teruskan kehidupan sendiri di pulau ini, cari makanan buat tempat tinggal. Semua atas usaha ikhtiar hidup saya…..” sambung Ahmad……..

” Salah, kau salah…… Untuk pengetahuan kau, Syahid tidak putus-putus mendoakan kau selamat dan  apa yang kau hajati tercapai.  Semua yang kau usahakan, bahkan kau pulang ini, jika tidak kerana Syahid nescaya kau mati di pulau itu.  Semuanya berkat doa syahid dan kau hanya mendoakan diri kau sendiri.  Tetapi Syahid sentiasa mendoakan kesejahteraan kau dan apa yang kau ingini tercapai……..

Sudahkah anda mendoakan sahabat anda pada hari ini………..?

Ust Izzuddin Selamat

Tinggalkan komen

Filed under akhlak islamiah, Tazkirah dan peringatan, Uncategorized

LAMAN TAMBAHAN DI ATAS – TELADAN REMAJA SILAM-

Alhamdulillah, dengan berkat dan inayah ILAHI, kami berjaya menambah laman baru di atas……..

diberi nama ‘ TELADAN  REMAJA  SILAM’……

laman baru ini khusus memberi fokus,menonjolkan dan mengenengahkan contoh pemuda dan pemudi Islam yang cemerlang di zaman rasulullah, sahabat, tabi’en dan zaman 2 sebelum kita semua dilahirkan……

Mereka inilah peribadi2 terbaik di zaman mereka untuk teladan remaja akan datang…….

Sedar tidak sedar, banyak pihak cuba mengalihkan perhatian kita semua daripada mengetahui dan medalami kisah2 mereka ini. Mereka menerapkan movie barat, kartun, dan drama2 yang melekakan kita bahkan membuatkan kita khayal di alam fantasi……….

Inilah kisah REMAJA  CEMERLANG DAN TERBAIK   yang benar2 berlaku di zaman sebelum kita………

Semoga berhibur…….

MEMBINA GENERASI HARAPAN

Tinggalkan komen

Filed under Hebahan, Uncategorized

MEGAH 2010 bina jatidiri anak-anak ahli ISMA

Kuala Kangsar, 14-16 Mac – Mukhayyam Generasi Harapan (MEGAH) 2010 peringkat kebangsaan telah berjaya dilaksanakan di Kem Lata Perangin, Kuala Kangsar, Perak di mana Kelab Remaja ISMA (KRIM) cawangan Perak telah diberi amanah untuk mengendalikan program ini.

Perkhemahan ini telah menghimpunkan seramai 178 orang peserta di kalangan anak-anak ahli ISMA dari seluruh Malaysia. Bertemakan  ‘Inilah Aku’, MEGAH 2010 meletakkan 3 objektif utama yang ingin dicapai iaitu menjana ikatan ukhuwwah di kalangan remaja ISMA peringkat nasional, membina keyakinan diri sebagai pewaris perjuangan masa depan negara dan memiliki tubuh badan yang ideal sebagai ‘daie mutaharrik’.

Program telah  dirasmikan oleh Ustaz Rusdi Bin Alias selaku Ketua Jabatan Pembangunan Sumber Manusia ISMA.

Sepanjang berlangsungnya mukhayyam, pelbagai aktiviti telah dijalankan yang mencabar mental dan fizikal  para peserta. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah explorace, merentas hutan, melepasi halangan dan juga beberapa pengisian bagi memantapkan jatidiri peserta. Hujan yang turun sekali-sekala sepanjang program tidak menghalang peserta terus mengikuti semua aktiviti yang telah disediakan.

MEGAH 2010 diakhiri dengan ucapan perasmian penutup oleh Tuan Haji Ishak Bin Dun, Naib Yang Di-Pertua Ikatan Muslimin Malaysia cawangan Perak.

isma PUSAT

1 Komen

Filed under Aktiviti, Camping, info KRIM nasional, Uncategorized

KEJOHANAN BOLA JARING ANJURAN KRIM SHAH ALAM KLANG

adakah anda pernah dan berminat bermain bola jaring ?

suka bermain di sekolah tetapi tidak berpeluang menjadi wakil sekolah ?

mempunyai team bola jaring yang mantap ?

mempunyai skill dan gaya tersendiri untuk dikongsikan ?

jom ramai-ramai kita menyertai kejohanan bola jaring peringkat remaja, anjuran KELAB REMAJA ISMA SHAH ALAM KLANG……….

inilah peluangnya anda melepaskan semangat, minat dan kesukaan anda dalam bermain bola jaring antara pasukan bertanding…….

terbuka untuk mereka yang berumur  15 – 18 tahun……..

krim SAK

2 Komen

Filed under Hebahan, info krim SHAH ALAM KLANG, Kejohanan Sukan, Uncategorized

KRIM N9 BERSAMA MEMBINA MASYARAKAT PELAJAR YANG LEBIH GEMILANG

Jan, Feb, Mac 2010 –  Sepanjang 3 bulan dalam 2010, krim Negeri Sembilan telah melakar nama dengan lebih kemas di beberapa sekolah ternama di sekitar Negeri Sembilan Darul Khusus. Inisiatif ini hasil daripada keinginan dan harapan untuk  melihat pelajar melayu muslim cemerlang dari sudut akademik bahkan sentiasa mengambil berat dalam nilai akhlak, ibadah dan perhambaan kepada Allah. Ini semua tidak lain dan tidak bukan untuk mengecapi nikmat memahami Islam yang unggul melalui program yang disediakan anjuran Kelab Remaja ISMA.

KRIM N9 BERSAMA MENJAYAKAN PROGRAM NUQABA SMAP LABU

Lihat sahaja apa yang berlaku dalam masyarakat pelajar di tanah air  hari ini, cukuplah dengan apa yang terpampang di dada akhbar setiap hari menginsafkan dan menyedarkan . Dari kes jenayah hingga ke masalah sosial, sehingakan boleh jadi masyarakat merasa tidak hairan bila mendengar berita budak remaja secomel-comel 13 tahun dah melakukan perkara sedemikian rupa……


PERKHEMAHAN INTEGRASI BADAR SEKOLAH SDAR-SHAMS LAKAR SEJARAH

Di dalam benak-benak hati ibu bapa, guru, tokoh pemimpin  dan masyarakat amnya,  tentu sekali terlintas untuk mengharapkan pelajar-pelajar  yang lahir dari sekolah tempatan keluar dengan menonjolkan imej yang baik dan soleh. Mereka menyambung pengajian di dalam dan luar negara, seterusnya pulang dengan membawa arus perubahan dalam menjayakan misi negara dan aspirasi ISLAM itu sendiri….

KRIM N9 BERKONGSI PENGERTIAN HIJRAH DI SEK MEN TUNKU AMPUAN NAJIHAH ( STAN )

Semoga dengan berlalunya tahun-tahun lalu menjadi pemangkin kepada perubahan dalam diri setiap pelajar melayu muslim khususnya dan masyarakat amnya ke arah MASYARAKAT PELAJAR YANG LEBIH GEMILANG…..

pesanan rasulullah kepada ibnu abbas (seorang remaja ketika itu berusia 10 tahun)

“Wahai budak! Sesungguhnya aku ingin mengajarkan kepadamu beberapa kalimah : Peliharalah Allah, nescaya Dia akan memeliharamu. Peliharalah Allah, kamu akan mendapatiNya bersamamu. Apabila kamu meminta sesuatu maka mintalah daripada Allah. Apabila kamu meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan daripada Allah.

Ketahuilah! Sesungguhnya jika manusia berhimpun untuk memberi sesuatu manfaat kepadamu, mereka sekali-kali tidak akan dapat memberikan manfaat itu kepadamu, kecuali sesuatu yang ditetapkan oleh Allah untukmu. Dan sekiranya mereka berhimpun untuk mendatangkan sesuatu bencana ke atasmu, mereka tidak akan dapat mendatangkannya kecuali dengan sesuatu yang telah ditetapkan Allah ke atas mu. Telah diangkat kalam, dan telah kering lembaran…” riwayat imam tarmizi

dan daripada krim Negeri Sembilan untuk akan datang

ENGLISH LANGUAGE CAMP  : KRIMNS Bakal Merintis Jalan, Meraih Pengalaman bersama SMA REMBAU

krim Pusat

1 Komen

Filed under Aktiviti, info krim N9, Program di SEKOLAH, Seminar dan Kem Akademik, Uncategorized

FUTSAL KRIM SAK GEGAR KLANG

Sabtu, 13 mac 2010 – Sekalung tahniah kepada JUARA (Edisi ke 2) Futsal bawah 18  dan 15 tahun pada tahun ini iaitu KRIM DHL dan FU FC. Sejumlah 24 pasukan, 16 pasukan bawah 18 tahun dan 8 pasukan bawah 15 tahun menyertai KARNIVAL SUKAN REMAJA ISLAM (KASRIM 2010) bagi acara Futsal telah dilangsungkan di Arena Sport, Klang baru-baru ini. Diaggarkan sejumlah 200 peserta memeriahkan karnival pada tahun ini.

KASRIM pada tahun ini menawarkan hadiah wang tunai berjumlah sehingga RM 500 kepada juara. Perasmian dilakukan oleh YDP ISMA Shah Alam Klang, Dr Amiruddin bin Wahab pada jam 9 pagi. Seterusnya peserta diberikan taklimat permainan dan berlangsunglah permainan tepat jam 9.30 pagi dengan menggunakan 4 buah gelanggang dan pusingan pertama tamat pada jam 12.30 tengah hari. Pengadil-pengadil yang mengadili perlawanan-perlawanan adalah yang terdiri daripada mereka yang profesional dan mempunyai lesen FAM.

KASRIM juga dimeriahkan dengan kehadiran anggota AADK (Agensi Anti Dadah Kebangsaan) cawangan Klang dengan pameran mereka. Kehadiran mereka sangat kami hargai. Perlawanan suku akhir dan separuh akhir berlangsung dengan penuh semangat berpasukan dan agresif. Akhirnya, bagi kategori bawah 18 tahun, 4 pasukan yang mara ke separuh akhir berentap, iaitu KRIM DHL lawan Meor Bistro (B) dan Boyz FC lawan Meor Bistro (A) dengan berkesudahan, KRIM DHL mara ke akhir dan berentap dengan Meor Bistro (A). KRIM DHL yang dibawa oleh pengurusya, saudara Yusri (Pengerusi KRIM DHL) pulang dengan kemenangan dan kejayaan 2-1 ke atas Meor Bistro (A). Manakala bawah 15 tahun, pasukan FU FC berjaya menewaskan pasukan NAWAWI dengan 6-0. Tahniah kepada para pemenang. Semoga KASRIM pada tahun hadapan akan lebih berjaya dan menarik lebih banyak pasukan lagi.

krim SHAH ALAM KLANG

Tinggalkan komen

Filed under Aktiviti, info krim SHAH ALAM KLANG, Kejohanan Sukan