Category Archives: motivasi

Buku yang MESTI dibaca oleh REMAJA yang ingin CEMERLANG

Judul : SITI FATIMAH 18A : Watak Remaja Zaman Ini

Penulis : DinsmanPenerbit : Media Minda Resources Sdn Bhd, Kuala Lumpur 2007

Siti Fatimah Mukhtar. Remaja yang mendapat 17A1 + 1A2 dalam SPM 2006. Dalam ujian pertengahan tahun tingkatan 4, dia mendapat 24A, termasuk subjek Agama dan Bahasa Arab. Anda pun boleh capai kejayaan yang sama. Siti Fatimah mendedahkan semua rahsia kejayaannya melalui buku dan VCD ini. Lebih dari itu – dia watak remaja zaman ini. Aktif kokurikulum, aktif sukan dan menunjukkan bakat kepimpinan yang menyerlah. Sempat pula menghafal al-Quran (sudah 15 juzuk). Dan kehidupan sosialnya cukup menarik. Punya cara sendiri berhibur dan mengatasi stress.

Biodata Siti Fatimah
Nama : Siti Fatimah Mukhtar
Sekolah : SMU Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu
Jawatan : Ketua Pengawas Sekolah
Pencapaian :

  • SPM 2006 – 18 A (17A1 & 1A2)
  • Ujian Pertengahan Tahun Tingkatan 4 – 24 A ( 22A1 & 2A2)

Anugerah :

  • Pelajar Terbaik SPM 2006 Malaysia
  • Biasiswa Khas Skim Pelajar Cemerlang SPM Bank Negara Malaysia
  • Pelajar Mithali Yayasan Islam Kelantan 2006
  • Pelajar Melayu Terbilang GPMS 2007

“ Dan satu je saya berpegang – doa kepada Allah. Kalau kita ikhlas, Allah akan tolong kita walau di mana pun kita berada, insyaAllah.”

“ Niat kita pertamanya memanglah untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Dan kita perlu cinta ilmu pengetahuan. Sebab kalau kita cinta, contohnya apa-apa yang kita minat, dan kita buat itu bukan kerana paksaan, kita akan rasa ia adalah satu perkara yang menyeronokkan”

“Saya rasa dengan menghafal al-Quran itu lebih menguatkan ingatan saya”

Saya sudah baca, anda bila lagi…

Mursyidi Mohammad

Pengarah KRIM Melaka

http://www.truecaliph.wordpress.com

Tinggalkan komen

Filed under akademik, motivasi, Tazkirah dan peringatan

HARGAI LINTASAN HATI ITU !!!

Mari kita sama2 untuk merenung diri kembali. Kebiasaannya,  setiap manusia mempunyai daya deria hatinya yang agak kuat memujuknya untuk cenderung kepada sesuatu lebih-lebih lagi mereka yang senantiasa merenung diri. Apakah ia?
Ia adalah lintasan hati. Lintasan hati yang dimaksudkan adalah lintasan hati yang baik dan membawa kepada kebaikan. Usah pedulikan lintasan jahat. ‘ ia Memenatkan’.

Kadang2, sedang kita bersendirian, lintas di hati ” Eh, dah lama tak baca al-Quran ni ..”
*************
Terkadang, sedang kita berbuat dosa dan maksiat, hati berbicara ” Aku tgh buat dosa ni.. takpe lah, bukan selalu buat ni… lepas ni taubatlah..
*************
Tatkala bosan berhadapan dengan komputer melayani facebook/myspace/game, cuit hati
Hmm.. dah lama jugak tak jumpa kawan2 nih. Bosan pulak duduk rumah.. Rasa macam nak keluar..”
*************
Segala macam lintasan hati yang akan timbul lagi-lagi apabila kita sedang berbuat dosa/maksiat. Ada manusia dengan tegas prinsipnya, dia buat apa yang terlintas di hatinya(kebaikan).
Ada juga manusia, malas melayani lintasan hatinya yang hanya membuat kacau tatkala membuat dosa.
Ada juga yang terkadang mengikut dan terkadang mengendahkannya.
Pernah anda rasa semua ini?
Seorang ulama’ pernah mengatakan,

” Lihatlah apa yang bercampur dalam hatimu. “

Sebenarnya, bagi mereka yang terlintas di hatinya untuk bertaubat tatkala sedang melayani nafsunya(buat dosa/maksiat), itu sebenarnya adalah rahmat Allah dan juga boleh disebut sebagai jentikan hidayah. Kadang2 diri kita tidak menyedari itu dan terus dengan apa yang dilakukan. Allah Maha Penyayang kan?
Sedang kita buat maksiat/dosa, Allah masih lagi memberi kita ‘jentikan hidayah’ untuk kembali ke jalan-Nya. Cuma terletak pada diri kita sendiri samada mahu menerima atau tidak.
Hati-hati, jangan mudah menolak mentah jentikan hidayah itu. Fikir baik2. Panjangkan fikiran. Kita sedang buat apa sebenarnya??
Apabila kita selalu tidak mengendahkan lintasan hati(jentikan hidayah) itu, takut2, hati kita sudah tiada sensitif pada perkara dosa dan maksiat. Saat itu, lintasan hati ini tidak mampu menembusi iman kita dan tak mampu menyentak atau menjentik hati kita yang keras ini.
Aduh, parahnya hati ni!
Mahu menjaganya payah, tapi kesannya amat besar…
Jangan sesekali  tidak mengendahkan lintasan hati(jentikan hidayah) ini kerana itu adalah tanda Allah masih sayang pada kita..
Bagi mereka yang tiada berbuat apa-apa(lapang dan kosong-tiada agenda), lintasan hati ini terkadang mengisi benakmu untuk berbuat sesuatu. Maka pesanan, buatlah(ikut kata hati yang suruh buat baik). Kerana apabila ia diendahkan, timbullah tentera syaitan mengacau dalam hatinya. Hinggakan hatinya kini haru-biru dek peperangan dalam hatinya.. Dia pun keliru nak memihak yang mana~
Anda setuju??
Hargai lintasan hati itu!

1 Komen

Filed under akhlak islamiah, motivasi, Tazkirah dan peringatan

Adakah anda bermain bola? Sejauh manakah kehebatan anda?

“Saya Lebih Rela Mati Kelaparan daripada Melatih Pasukan Bolasepak Israel”: Jurulatih Mesir

Sebaik sahaja berjaya membawa Mesir memenangi Piala Afrika 2010 yang baru saja berlalu, jurulatih pasukan bolasepak Mesir, Hasan Shehata menjadi rebutan pelbagai negara untuk melatih kesebelasan pasukan bola sepak mereka. Dengan kejayaan memenangi trofi Piala Afrika 2010 tersebut, bererti Shehata telah berjaya menjadikan Mesir juara untuk ketiga kalinya secara berturut-turut.

Ternyata, negara haram Israel juga turut serta menanam minat ke atas kehebatan Shehata untuk melatih pasukan bolasepak Israel. Namum minat Israel telah ditempelak oleh Shehata.

“Saya lebih suka mati kelaparan daripada melatih Israel,” katanya kepada akhbar harian Mesir Al-Masry al-Youm, pada hari Selasa (9/2).

“Saya boleh mengerti bahawa Israel sangat cemburu akan kejayaan pasukan Mesir. Tetapi dari perspektif saya, itu tidak mungkin untuk menginjakkan kaki saya ke Israel atau melatih pasukan mereka, walaupun jika Israel adalah satu-satunya negara di dunia ini yang ingin memberi saya peluang pekerjaan tersebut.”

Shehata berkata lagi: “Bagaimana Zionis berfikir bahawa saya akan melatih para pembunuh anak-anak dan orang tua? Bagaimana boleh saya bekerja melatih sebuah pasukan yang mewakili bangsa penjajah?”

“Dari sejak saya dilahirkan, saya telah mendengar tentang pembunuhan Israel terhadap orang-orang Arab, di kota hingga ke desa.” tambahnya.

Kenyataan berani Shehata telah menyebabkan semua media Israel melancarkan serangan terhadap dirinya, dengan makian dan kata-kata kasar kepadanya, dan juga terhadap Mesir, setelah sebelumnya media-media Israel memuji kehebatan Shehata dalam melatih pasukan bolasepak Mesir. (eramuslim/fn)


***************

Lalu, setakat manakah usaha kita? Jurulatih Mesir ini telah membuatkan Zionis menggigil!
Adakah diri kita sendiri mampu untuk menyentak hati sendiri? Andai hati sendiri tak mampu tersentak, bermimpi sahajalah Zionis mahu tersentak dengan dirimu!


Tinggalkan komen

Filed under Alam Islami, motivasi, Tazkirah dan peringatan

WARKAH BUAT ADIK-ADIK YANG DIKASIHI


SUATU KEJAYAAN ITU BERMULA DENGAN IMPIAN

Adik-adik yang dikasihi,

Kita dilahirkan oleh Allah penuh dengan kehebatan dan kecemerlangan.

“Sesungguhnya Kami telah menjadikan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian”
[At-Tin, 95:4]

Inilah kita.

Kita adalah apa yg dikatakan oleh hati kecil kita.

Jangan dibentuk sempadan diri sendiri dengan memikirkan bahawa kita tidak boleh cemerlang.

Sesungguhnya kecemerlangan itu adalah hak kita yang telah disediakan oleh Allah.

“Sesungguhnya Allah mengasihi seorang hamba yang apabila melakukan sesuatu kerja, dia melakukan dengan cemerlang [maksud hadis]

Jadi, apakah IMPIAN anda?

The greatest danger for most of us is not that our aim is too high and we miss it, but that is too low and we reach it -michelangelo-

salam perjuangan !!!

-KRIM MELAKA-

Tinggalkan komen

Filed under akademik, motivasi, Tazkirah dan peringatan

Melatih Remaja Sebagai Pemimpin

KEPEMIMPINAN elemen penting dalam kehidupan seseorang manusia. Apabila kita mampu memimpin diri ke arah syahsiah cemerlang, ia satu kejayaan sebelum kita memimpin orang lain. Kepemimpinan yang baik akan menjadikan kehidupan kita bersama manusia lain di dunia ini dapat diseimbangkan ke arah membentuk generasi al-Quran.

Remaja hari ini menjadi satu kelompok besar yang perlu diberi perhatian demi kepentingan negara dan umat Islam seluruhnya. Remaja adalah pewaris bangsa dan bakal pemimpin pada masa hadapan. Justeru, latihan dan bimbingan secukupnya perlu diberikan bagi memastikan mereka bersedia untuk memimpin kelak.

Teruskan membaca

Tinggalkan komen

Filed under motivasi, Tazkirah dan peringatan

Suatu yang melucukan……

  • Suatu yang melucukan…… RM 10 menjadi begitu mahal dan berharga ketika kita membawanya ke masjid dan diletakkan di dalam tabung derma, tetapi duit yang sama begitu kecil bagi kita ketika dibawa ke restoran atau pasaraya.
  • Suatu yang melucukan…… Masa satu jam yang dihabiskan untuk berada dalam masjid untuk melakukan ibadat terasa begitu lama dan panjang sedangkan masa satu jam yang digunakan untuk berada di padang bola atau dihadapan TV terasa begitu pendek.
  • Suatu yang melucukan…… 20 muka surat al-Quran (1 juzuk) terasa amat panjang untuk dihabiskan dalam masa satu hari tetapi novel, surat khabar, komik atau majalah yang lebih jumlah muka suratnya boleh dihabiskan dengan mudah.
  • Suatu yang melucukan…… Kita percaya sepenuhnya dengan apa yang dinyatakan oleh surat khabar, radio, TV, internet dan sebagainya tetapi kita masih persoalkan apa yang dinyatakan di dalam al-Quran.
  • Suatu yang melucukan…… Kita begitu sukar untuk mengingati walaupun 2 potong ayat al-Quran tetapi dengan mudah mengingati keseluruhan lirik lagu.
  • Suatu yang melucukan…… Kita begitu relaks duduk mengadap TV berjam-jam tetapi terasa amat rimas bila menghadap kiblat selama 5 minit.

Fikirkanlah……………

Tinggalkan komen

Filed under motivasi, Tazkirah dan peringatan

SAYONARA JAHILIYYAH

Seorang mukmin tidak sekali-kali rela untuk hidup dan mati kecuali dalam iman yang dikecapinya itu. Tidak terlintas di hatinya ketika melafazkan kalimah ‘dua kalimah syahadah’ melainkan ia juga merupakan ikrar daripadanya untuk meninggalkan jahiliyyah dan kekufuran buat selama-lamanya.

Hakikat ini boleh dirasai daripada hadis Rasulullah s.a.w (yang bermaksud):

“Tiga perkara yang sesiapa memilikinya, maka dia memperolehi kemanisan iman: Allah dan rasulNya lebih dikasihi olehnya daripada selain keduanya, dan dia tidak mengasihi seseorang melainkan kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kufur sebagaimana dia benci untuk dilontarkan ke dalam api.” [Riwayat al-Bukhari]

Teruskan membaca

2 Komen

Filed under akhlak islamiah, motivasi, Tazkirah dan peringatan