Category Archives: Isu Semasa

SALAM AIDILFITRI KEPADA WARGA KRIM SELURUH MALAYSIA

Assalamualaikum, salam sejahtera buat para remaja muslim seluruh malaysia. Mudah-mudahan sehat belaka dan dalam keadaan baik.

Barangkali ada yang sudah pulang beraya di kampung halaman ataupun hanya beraya di kediaman masing-masing dek persediaan UPSR, PMR & SPM yang bakal menjelang. Mungkin juga ada yang dah tak sabar-sabar memakai pakaian baru, menyentap kuih raya mahupun ‘bergaya sakan’ di depan cermin. Apa pun, semoga segala usaha menjadi baik dan amal soleh yang kita lakukan tidak terhenti apabila berlabuhnya tirai ramadan, Syeikh Yusuf al Qardawi berkata

“JADILAH KAMU HAMBA KEPADA ALLAH SEPANJANG MASA, BUKAN KETIKA BULAN RAMADAN SAHAJA”

Teruskan membaca

Tinggalkan komen

Filed under Isu Semasa, Tazkirah dan peringatan

DI CELAH BAHANG PIALA DUNIA….

Akhirnya kemeriahan piala dunia telah melabuhkan tirainya. Hampir seluruh pelusuk dunia merasai kehangatannya. Dari hemisfera utara hingga ke hemisfera selatan menerima impaknya. Lebih-lebih lagi apabila pasukan SEPANYOL  (tanah jajahan Islam suatu ketika dahulu, diberi nama ANDALUS, dibebaskan oleh Tharif ibn Malik, Thariq ibn Ziyad, dan Musa ibn Nushair) muncul sebagai juara setelah 80 tahun berputih mata mengejar gelaran JUARA SELURUH DUNIA.

HAMPIR SELURUH SEPANYOL PERNAH DIMILIKI OLEH ISLAM SEHINGGA KE SELATAN PERANCIS

MUNGKIN KAH DIKALANGAN MEREKA CUCU CICIT DARIPADA ORANG MUSLIM ZAMAN PEMERINTAHAN ISLAM

Teruskan membaca

2 Komen

Filed under akhlak islamiah, Isu Semasa, Tazkirah dan peringatan

HAKIKAT PERANG GAZA

Tanggal 31 Mei 2010, perhatian dunia tertumpu pada peristiwa yang berlaku ke atas rombongan kemanusiaan Flotilla dari Turki. Kesan gempur dari tentera Israel, beberapa orang mati syahid, dan agak ramai yang tercedera.

Lalu bertimbun-timbun respon datang dari berbagai pihak. Rata-ratanya menzahirkan rasa benci dengan kekejaman Israel. Ada yang memberi gelar lanun, dan ada yang mengisytihar ‘perang’. Dan di kebanyakan negara, demonstrasi dirancang untuk diadakan bagi menunjukkan komitmen dan bantahan terhadap penyerangan ini.

Teruskan membaca

Tinggalkan komen

Filed under Alam Islami, Isu Semasa, Tazkirah dan peringatan

SUDAHKAH ANDA MENGUCAPKAN RASA CINTA PADA IBU ANDA HARI INI?

sebelum baca dengan lebih lanjut, hayatilah video ini DENGAN MEMBAYANG WAJAH IBU ANDA……

Setiap orang pasti memiliki seorang ibu. Ibu adalah orang yang paling banyak jasanya kepada kita. Kita tidak akan sanggup menghitung jasa seorang ibu kepada kita. Jasa dan pengorbanan yang dilakukannya sedemikian besar, sehingga mustahil bagi kita untuk membalas jasanya.

Tinggalkan komen

Filed under akhlak islamiah, Isu Semasa, Tazkirah dan peringatan

DOAKAN MEREKA SEMUA DAN HARGAILAH ‘PERMATA’ BERHARGA ANDA

~Almarhum Aminulrashid Amzah (26/4/2010)

“ Kes kematian Aminulrasyid pada awal pagi Isnin, 26 April lalu mendapat liputan meluas dan kecaman masyarakat selepas remaja itu mati terkena tembakan di kepalanya ketika dikejar anggota peronda yang sebelum itu mengarahkan remaja yang memandu kereta Proton Iswara, berhenti.

Dalam kejadian di Seksyen 11, Shah Alam, kira-kira jam 2 pagi itu, Aminulrasyid meninggal dunia selepas terkena tembakan yang dilepaskan anggota polis peronda apabila remaja itu dikatakan cuba melarikan diri.

Pasukan peronda berkenaan sebelum itu mengarahkan remaja terbabit menghentikan keretanya untuk pemeriksaan, tetapi pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam itu, dikatakan memecut sebelum kenderaannya berjaya disekat di Jalan 11/2G, Seksyen 11”

– sumber berita harian –

Kejadian yang berlaku ke atas seorang remaja  dua  minggu lalu telah mengejutkan masyarakat kita pada hari ini. Lebih-lebih lagi ia berlaku di dalam sebuah bandar yang terkenal dengan kemajuan dan kedamaiannya, Bandar Shah Alam, Bandar Anggerik…

Walaubagaimana pun, itu bukan lah ’tragedi’ pertama yang menimpa remaja kita hari ini….. Mari kita mengimbau kembali cerita lalu, apa yang berlaku pada remaja seusia anak kita, adik kita……..bahkan seusia kita, wahai  para remaja……

Arwah Nurin Jazlin dibunuh  (8 tahun, 2007)

Arwah Siti Syazwani, 9 tahun

Arwah Nurul Huda Abd Ghani, 10 TAHUN

Nur Shuhada, 6 tahun,  Norshakila Ramli Choo, 6 tahun  dan ramai lagi remaja yang telah Allah uji mereka dan keluarga mereka . Semoga anda semua mendapat tempat yang mulia di sisi Allah , insyaAllah….

…………………………………………………………………………………………………………

sedarlah, mereka semua lebih beharga dari intan permata, lebih bernilai dari wang ringgit bahkan boleh  jadi merekalah asbab kita menikmati syurga atau neraka…….

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.”
(Hadith Sahih – Riwayat Muslim dan lain-lainnya)

“Allah memberi rahmat kepada ayah yang membantu anaknya untuk berbakti kepada-Nya.” (Hadis riwayat Abu Shaikh)

“Seseorang telah cukup dikatakan berbuat dosa, apabila mensia-siakan orang yang menjadi tanggungan makan minumnya.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Sebagai seorang ibu anda perlu bertanya diri anda, adakah didikan dan belaian anda terhadap anak anda sekarang cukup sebagai penghargaan atas kurniaan Allah ? Adakah dia menikmati nikmat menjadi anak yang soleh ?

Sebagai seorang ayah anda perlu bertanya diri anda, adakah perlindungan dan keprihatinan anda terhadap anak anda membuatkan dia rasa selamat dan selesa bersama anda ? Memenuhi hak dan keperluannya ?

Sbg seorang guru anda perlu bertanya, adakah tanggung-jawab anda hanya mengajar para kanak-kanak dan remaja sekolah dengan silibus matapelajaran dan memenuhi tuntutan pihak sekolah? Adakah sekadar itu tanggung-jawab anda ?

Dan sebagai seorang REMAJA anda juga perlu bertanya diri anda, adakah keadaan diri anda hari ini membuatkan ibubapa anda bangga dan senang hati melihat anda? Sangat gembira dan terharu guru-guru anda dengan prestasi akhlak dan  akademik anda ? Bercurah-curah kasih sayang dan rahmat Allah melihatkan keadaan diri anda hari ini ?

Adakah kita tiada kaitan dalam persoalan  ini….?

SUASANA REMAJA  HARI INI

Rentetan peristiwa yang berlaku pada remaja di atas sangat menyedihkan dan menyakitkan jiwa sanubari kita. Dari hari ke hari, makin bertambah pelbagai tragedi menyayat hati menimpa mereka ini, melihatkan muka mereka yang suci dan bersih, masih banyak perkara tidak mengerti tergambar di wajah ,  menambah pilu di hati kita .

Bahkan lebih membimbangkan, tragedi yang berlaku hari ini bukan hanya tragedi ke atas anak remaja hari ini, tetapi ‘tragedi’ yang berlaku di dalam jiwa dan minda anak  remaja kita,  pelbagai masalah sosial dan  jenayah berlaku di kalangan para remaja kita. Amat menyedihkan, statistik menunjukkan kebanyakkan jenayah dan masalah sosial yang berlaku pada hari ini didominasi remaja melayu Islam berbanding remaja berbangsa dan beragama  lain.

HUBUNGAN MEREKA DENGAN ANDA SEMUA

Kadangkala kita terfikir….adakah kita ada kaitan dengan mereka semua (apa yang berlaku pada remaja tersebut ) ???

Mereka di tempat lain? Mereka bukan adik, anak sedara, kawan bahkan anak kita? Mereka juga tidak pernah terlibat dalam kehidupan anda?

Oleh itu apa hubungan mereka dengan anda?

Remaja ini tinggal di bumi Malaysia bersama kita, mereka bersekolah seperti anak dan adik beradik kita, usia mereka juga hampir dengan usia anak-anak remaja kita.Yang paling utama, mereka adalah teman seakidah kita semua dalam beriman pada Allah

Sabda Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadis yang bermaksud:

“Barangsiapa yang tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah dia daripada kalangan mereka.”

Abu Daud meriwayatkan hadis:

“Tidak ada seseorang muslim yang membiarkan saudara muslimnya ketika harga dirinya dicerobohi dan kehormatannya dicela melainkan Allah akan membiarkannya (tidak menolongnya) ketika dia memerlukan pertolongan.”

Boleh jadi hal sedemikian tidak berlaku di kawasan anda, bukan dari kalangan kenalan anda, tiada kaitan dengan anak-anak anda……… tetapi adakah anda yakin perkara ini tidak akan ‘menyentuh’ kehidupan anda jika anda tidak berusaha mendidik anak-anak anda? Jika anda tidak ambil peduli perihal orang lain?…….Sekiranya perkara ini tidak dibendung, amat ditakuti, pudarlah harapan keluarga, negara, agama dan bangsa terhadap waris kepimpinan negara akan datang.

amalkanlah doa ini bersama seisi keluarga….

“Wahai tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan solat dan (begitu juga) anak
cucuku, wahai tuhan kami, terimalah doaku.”(Surah Ibrahim, ayat 40)

*HARGAI ‘PERMATA’ KURNIAAN ALLAH

Tinggalkan komen

Filed under Isu Semasa, Tazkirah dan peringatan

SALAH LAKU SEKSUAL REMAJA MELAYU – DI MANAKAH JALAN PENYELESAIANNYA?

Oleh : Prof Madya Dr. Zainur Rashid Zainuddin

Kes A

Gadis A, berumur 16 tahun didapati kerap berkeadaan murung. Apabila ditegur oleh ibunya, A cuba mengelak. Namun keadaan perutnya yang semakin membuncit menyebabkan sukar untuk A menyimpan rahsia tersebut. A melarikan diri dan tinggal bersama keluarga angkatnya di ibu kota. Beliau hanya dibawa ke hospital untuk melahirkan kandungannya ini.

Kes B

Gadis B, berumur 18 tahun adalah seorang pelajar kolej swasta yang sangat aktif. Akibat ketelanjuran bersama teman lelakinya, B disyaki mengandung. Ujian kencing yang dibuat di sebuah klinik swasta mengesahkan bahawa B telahpun hamil dan kandungan janin kembar telahpun disahkan melalui ujian ultra sound. B cuba untuk menyembunyikan kandungannya sehingga terpaksa ponteng kuliah. Rahsianya terbungkar apabila B melahirkan kandungan kembarnya yang pramatang di dalam tandas asrama kolej tersebut.

Kes C

Gadis C, berumur 15 tahun adalah seorang pelajar sekolah menengah. Beliau ditahan oleh pasukan polis kerana disyaki membuang bayinya apabila mayat seorang bayi yang baru sahaja meninggal dunia ditemui kira-kira 100 meter daripada rumahnya. Walaupun C menafikan dakwaan tersebut, pemeriksaan kesihatan telah mengesahkan bahawa beliau mempunyai banyak tanda-tanda bahawa gadis C baru sahaja melahirkan kandungannya.

Pendahuluan

Begitulah sebahagian daripada ratusan kes senario yang pernah saya depani berlaku akibat salah laku seksual remaja. Berita seumpama ini semakin kerap dilaporkan di dada-dada akhbar dan di kaca-kaca televisyen. Orang ramai pula semakin risau dan mula bersuara walaupun majoritinya masih buat tidak kisah terhadap gejala sosial yang semakin merebak ini.

Statistik

Kita tidak mempunyai laporan statistik yang tepat mengenai jumlah sebenar remaja yang hamil di Malaysia. Namun peningkatan kejadian buang bayi, remaja ponteng dan berhenti sekolah, remaja melarikan diri dari rumah dan peningkatan kes-kes remaja yang hamil dan bersalin membuktikan bahawa permasalahn ini menjadi semakin parah. Malahan saya pernah berhadapan dengan 3 kes remaja yang hamil yang hampir melahirkan anak ketika mereka hanya berumur 13 tahun. Dinisbahkan sebagai pelajar sekolah menengah, mereka baru berada di tingkatan satu.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim telah menyatakan bahawa seramai 17,303 anak luar nikah Melayu telah didaftarkan di seluruh Negara sepanjang tahun 2009 seperti yang dilaporkan oleh akhbar Berita harian bertarikh 21hb Mac 2010. Menurut beliau lagi, bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,1000. Ini bererti seramai kira-kira 65 bayi di luar nikah dilahirkan di kalangan orang Melayu. Jumlah ini tidak termasuk di kalangan kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Walaupun laporan JPN dan JKM tidak pernah menyatakan umur sebenar ibu-ibu yang melahirkan anak di luar nikah ini, kejadian ini seharusnya sudah lebih dari cukup untuk membuka mata masyarakat umum bahawa salah laku seksual atau lebih tepatnya kejadian zina semakin merebak termasuk di kalangan remaja Melayu.

Sebahagian besar daripada mereka yang terlibat dalam gejala seks luar nikah adalah di kalangan kumpulan remaja di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan juga di sekolah menengah. Ini merupakan satu kejadian yang sangat menggerunkan kita semua.

Punca-punca Kejadian

Memang banyak pendapat dan kritikan daripada pelbagai pihak yang diutarakan apabila gejala pembuangan bayi mendapat liputan meluas media. Ada yang menyalahkan remaja yang tidak berupaya mengawal tuntutan nafsu, malah ada juga yang menuding jari kepada institusi keluarga yang goyah. Ada yang menyalahkan pihak sekolah yang gagal mengawal disiplin pelajarnya dan ada yang mengkritik kementerian pendidikan yang gagal memperkenalkan pendidikan seks kepada remaja berkenaan. Ada yang menyalahkan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan ramai yang mempertikaikan usaha ulama yang terlalu sedikit bagi membendung masalah ini.

Ada yang mengatakan gejala pembuangan  bayi adalah kesan akibat pembangunan pasca kemodenan. Pada era globalisasi dengan kecanggihan perkembangan teknologi komunikasi turut mempengaruhi perlakuan seksual remaja.  Ada yang mengatakan bahawa media adalah punca bagi segala-galanya dan kerajaan bertanggung-jawab sepenuhnya terhadap kejadian yang semakin merebak ini.

Cadangan Jalan Penyelesaiannya

Persoalannya yang utama sekarang bukanlah untuk kita menuding jari kepada siapa yang paling bersalah di dalam hal ini tetapi adalah bagaimana permasalahan ini boleh kita tangani bersama sehingga ke tahap sifar atau minima sekurang-kurangnya.

1-Peranan ibubapa

Ibu bapa adalah contoh tauladan kepada anak-anak dan berperanan untuk mendidik anak-anak dengan didikan Islam dan akhlak yang terpuji semenjak mereka kecil lagi. Para ibu bapa yang tidak berkemampuan mesti memohon bantuan dan pertolongan dari pihak-pihak lain yang boleh membantu mereka dalam mendidik anak-anak. Aktiviti anak-anak serta keluar masuk meraka mestilah diperhatikan secara berpatutan sebelum nasi menjadi bubur.

2-Peranan Remaja

Remaja sendiri mestilah pandai menjaga diri masing-masing dengan memilih rakan-rakan yang baik sebagai kawan sepergaulan mereka. Mereka seharusnya memiliki idola remaja yang boleh diikuti sebagai pemangkin kepada kehidupan mereka yang yang bermotivasi yang berasaskan kepada contoh tauladan yang baik.

3-Peranan Masyarakat Awam

Dalam kehidupan sosial, Islam telah menentukan sistem perkahwinan, batas-batas pergaulan antara lelaki dan wanita, batasan aurat bagi lelaki dan wanita dan sebagainya yang mana ia akan mencegah pelbagai punca kepada pintu penyimpangan seksual yang mengakibatkan kerosakan akhlak dan lain-lain. Islam memandang masyarakat sebagai kumpulan individu yang memiliki pemikiran dan perasaan yang sama, serta interaksi di antara mereka perlu diatur oleh suatu aturan yang tertentu.

Masyarakat awam mesti bersikap sensitif dengan apa yang berlaku di sekeliling kita. Kita semua mesti berperanan untuk memperbaiki keadaan yang ada sekarang.

4-Peranan NGO

NGO memainkan peranan yang sangat penting dalam menangani permasalahan ini. NGO boleh membantu remaja menghala-tujukan kehidupan mereka agar lebih terarah dan terurus. Banyak NGO di Malaysia yang bergiat aktif bagi menangani permasalahan remaja Melayu seperti Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), ABIM, HALUAN, JIM, Yayasan Amal dan lain-lain. Aktiviti-aktiviti dan program yang dianjurkan oleh NGO-NGO ini yang mengambil berat mengenai remaja seharusnya disokong oleh semua pihak termasuk dari pihak kerajaan sendiri. Bantuan teknikal dan kewangan yang diperlukan oleh NGO yang menangani remaja seharusnya disalurkan kepada mereka secara yang optima.

5-Peranan Guru dan Sekolah

Guru-guru dan sekolah memainkan peranan yang sangat penting dalam pendidikan remaja. Fokus pendidikan tidak hanya terfokus kepada pencapaian akademik semata-mata. Aktiviti-aktiviti dan program pelajar juga mestilah menjuruskan kepada pembinaan sahsiah yang terpuji dan pembinaan generasi muda yang cemerlang yang bakal menggantikan kepimpinan negara di masa aka datang. Pelajar-pelajar yang bermasalah mestilah dikenalpasti dengan lebih awal dan disalurkan kepada program pemulihan atau panambahbaikan secara sistematik.

6-Peranan Kementerian Pelajaran

Usaha Kementerian Pelajaran bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang merangka dan menyelaraskan Garis Panduan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Kebangsaan  (GPPKRSK) dengan peruntukan RM 20 juta bagi menangani masalah terbabit adalah amat dihargai. Namun usaha ini tidak membuahkan sebarang hasil yang positif sekiranya tidak dilaksanakan secara serius atau secara sambil lewa sahaja. Cadangan untuk memperkenalkan pendidikan seks kepada remaja di sekolah adalah cadangan yang baik tetapi mestilah dimulakan dengan kajian yang mendalam bagi mempastikan keberkesanan penyampaian silibus tersebut. Penglibatan para ibu-bapa memahami isu ini dan sokongan terhadapnya pasti akan membantu keberkesanannya.

Kementerian juga berperanan dengan peranan yang lebih luas yang tidak hanya memfokuskan pelajar dan guru dengan kejayaan dalam bidang akademik sahaja bahkan juga cemerlang di dalam pembentukan sahsiah dan kepimpinan remaja.

7-Peranan Media

Media memainkan peranan yang sangat penting terhadap apa yang telah dan sedang berlaku pada ketika ini. Remaja negitu terpengaruh dengan budaya barat dan apa yang ditunjukkan oleh para artis samada dari dalam atau dari luar Negara. Sudah semestinya perlu ada pengawalan media terhadap semua filem luar mahupun tempatan agar tidak bersifat keterlaluan dalam usaha untuk menghiburkan masyarakat umum. Majalah dan penerbitan lucah mesti dihentikan seberapa segera oleh pihak berwajib agar tidak terus menyuburkan budaya yang negatif ini. Sebelum nasi menjadi bubur, langkah-langkah proaktif kepada pihak media mestilah disegerakan.

8-Peranan Parlimen

Permasalahan salah laku seksual remaja dan belia kini sudah sampai ke tahap yang kritikal. Isu ini mestilah dibincangkan secara serius di peringkat parlimen tanpa memandang kepada mana-mana latar belakang parti politik. Ahli politik dan ahli parlimen mestilah mengenepikan pandangan peribadi dan kepartian bagi menangani isu nasional ini. Permasalahan remaja dan belia ini adalah agenda bersama yang mesti diperjuangkan oleh semua pihak.

Penutup

Remaja dan belia adalah agen perubahan. Remaja dan belia hari ini adalah pemimpin yang akan memimpin negara di masa akan datang. Permasalahan remaja hari ini yang semakin kritikal memerlukan usaha yang menyeluruh lagi bersepadu daripada semua pihak. Bukanlah masanya yang tepat untuk kita menuding jari kepada pihak-pihak yang tertentu bagi memikul beban dan tanggung-jawab ini. Ini adalah isu nasional yang mesti ditangani oleh kita semua sebagai agenda bersama.

Oleh :

Prof Madya Dr Zainur Rashid Bin Zainuddin

Naib Yang DiPertua -Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Seremban

Timbalan Dekan – International Medical University Seremban

Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi – Hospital Tuanku Jaafar Seremban

Tinggalkan komen

Filed under Isu Semasa, Tazkirah dan peringatan

Isu Remaja Buang Bayi dan Pergaulan Bebas Kembali kepada Islam – Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat

KUALA LUMPUR: Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Mohamed Sabri Mohd Arsad, berkata kesatuan itu terkilan dengan kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, menggesa pelaksanaan pendidikan seks dipercepatkan tanpa berbincang atau mendapatkan pandangan daripada kesatuan guru atau peringkat akar umbi.

Beliau berkata, pelaksanaan secara terburu-buru akan menimbulkan banyak masalah sehingga merugikan pelajar, tambahan pula guru ketika ini tidak mempunyai kemahiran khusus dalam bidang kesihatan reproduktif.

“Usaha membanteras gejala buang bayi yang semakin berleluasa ketika ini harus berpaksikan pengukuhan pendidikan agama dan moral secara lebih mendalam. “Pegangan teguh kepada amalan agama dan nilai moral yang tinggi akan mencegah remaja daripada terpengaruh dengan gejala seks bebas yang menjadi punca utama peningkatan kes buang bayi,” katanya kepada Berita Harian.

Yang Dipertua Persidangan Kebangsaan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Malaysia (PKPSMM), Azam Md Atan, turut membantah cadangan itu dengan menegaskan usaha membanteras gejala seks bebas dan buang bayi harus bermula di rumah.
“Asas didikan fardu ain oleh ibu bapa di rumah amat penting untuk mengelakkan remaja daripada mudah terjebak dengan gejala itu. “
Justeru, PKPSMM tidak mempersetujui idea itu (memperkenalkan subjek pendidikan kesihatan reproduktif) kerana ia jelas bukan langkah penyelesaian sebenar. Tambahan pula, beban tugas guru sudah terlampau banyak di sekolah,”

sumber berita harian

Tinggalkan komen

Filed under Isu Semasa, Tazkirah dan peringatan