Category Archives: Outdoor

Jambori Remaja Muslim Nasional 2

JOM KE JIRIM….best….seronok…
Ada apa dalam JIRIM @ Jambori Remaja Muslim ni?
Berkhemah di tepi sungai

Islamic War games

Indoor activities

Water games
Kembara Quran
Jungle Trekking
dan macam-macam lagi…
dan yang penting…insyaAllah semua aktiviti  bersandarkan syariat Islam….
hubungi AJK JIRIM2 melalui laman web KRIM kawasan masing-masing….

YURAN hanya RM 100 = 3 hari 2 malam…

5 Komen

Filed under Aktiviti, Camping, Outdoor

Kem Bina Sahsiah dan Jatidiri Remaja 2010 Melakar Sejarah

Majlis Perasmian Penutup oleh YB Datuk Hj Ghazale Bin Muhamad
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri Melaka

SUNGAI UDANG, 7 – 9 Mei 2010 – Kelab Remaja ISMA (KRIM) Melaka melakar sejarah apabila buat pertama kalinya diberi peluang untuk bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Jabatan Pelajaran Melaka (JPM) dalam penganjuran Kem Bina Sahsiah dan Jatidiri Remaja bertempat di Melaka Tropical Fruit Farm, Sungai Udang. Bertemakan “Memantapkan Ukhuwah Memperkasa Ummah”, kem 3 hari 2 malam anjuran Kerajaan Negeri Melaka ini berjaya mengumpulkan seramai 92 orang pelajar tingkatan 4 daripada lebih 20 buah sekolah menengah harian terpilih di seluruh Melaka. Para peserta yang hadir ini terdiri daripada barisan kepimpinan di sekolah masing-masing.

Program dimulakan dengan sesi taklimat pada jam lima petang oleh pihak urusetia JAIM. Usai makan malam dan solat Isyak berjemaah, para peserta berkumpul di Dewan Utama bagi mengikuti sesi “Ice Breaking” yang dikendalikan oleh En Sulaiman bin Abd Rahman. Para peserta kelihatan seronok mengikuti aktiviti-aktiviti yang menarik bagi meleraikan perasaan segan dan malu meskipun baru pertama kali berjumpa. Selesai slot “Ice Breaking”, program diteruskan dengan slot Mengenali Diri dan Potensi Diri oleh Encik Muhammad Aizat bin Rasli. Melalui slot ini, para peserta didedahkan dengan pelbagai bentuk personaliti seorang pemimpin yang dapat membantu mereka menggalas tugas sebagai pemimpin kelak.

Hari kedua program dimulakan dengan aktiviti Qiamulail pada jam 4.30 pagi. Selesai solat Subuh, para peserta menuju ke dewan untuk mengikuti Slot “Sharing Is Caring”. Dalam slot ini, para peserta ditayangkan video berkisarkan tentang remaja perempuan contoh bernama Siti Fatimah yang merupakan Pelajar Cemerlang SPM Tahun 2006 dengan keputusan 18A. Video tersebut memberikan sumber inspirasi kepada para peserta untuk mencontohi watak Siti Fatimah yang merupakan watak remaja zaman ini yang sangat hampir usianya dengan peserta. Kemudiannya, peserta melakukan aktiviti senaman pagi sebelum menikmati sarapan pagi dan hemat diri. Slot yang kedua bertajuk “Remaja Muslim – Dari Mana Nak Ke Mana” disampaikan oleh En Mursyidi bin Mohammad. Pelajar diterapkan tentang motivasi dan kesedaran untuk bangkit menjadi remaja Muslim cemerlang, bukan sahaja dalam aspek akademik semata-mata malah dalam aspek ibadah, akhlak, ilmu pengetahuan dan juga penjagaan kesihatan tubuh badan.

Pada sebelah petangnya, program diteruskan dengan slot Eksplorasi Alam oleh Cikgu Abdul Razak bin Kassim. Slot ini sedikit sebanyak membuka minda para peserta akan keluasan dan kehebatan ciptaan Allah yang Maha Berkuasa yang tiada tandingannya. Gaya penyampaian penceramah seakan-akan membawa peserta menjelajah kehebatan dan rahsia alam semesta yang terbentang luas. Program kemudiannya diteruskan dengan sesi LDK dan aktiviti “Team Building”. Keseronokan jelas terpancar di wajah peserta ketika menjalani aktiviti ‘Teambuilding’ yang ternyata banyak menguji ketangkasan dan semangat kerjasama sesama mereka.

Untuk sesi malam, peserta disajikan pula dengan aktiviti “Jejak Si buta” dan “Sebelum Mata Terlena”. Pelbagai ragam dan aksi ditonjolkan oleh peserta untuk melepasi halangan sewaktu aktiviti ‘Jejak Si Buta’. Manakala, slot “Sebelum Mata Terlena” pula berjaya memberikan kesedaran kepada peserta akan jasa dan pengorbanan ibu dan ayah sejak dari kecil. Suasana berubah menjadi sayu dan air mata penyesalan tidak dapat ditahan daripada mengalir.

Hari terakhir kem dimulakan dengan ceramah bertajuk “Towards A Brighter Future” yang disampaikan oleh Ustaz Zaidi bin Abd Jalil. Di dalam slot ini, kehebatan peribadi Sultan Muhammad Al-Fatih menjadi intipati utama penyampaian agar para peserta dapat mencontohi ciri-ciri hebat seorang pemuda yang ada pada tokoh agung ini. Dengan berakhirnya slot tersebut, Kem Bina Sahsiah dan Jatidiri Remaja semakin menghampiri ke kemuncaknya. Ucapan perasmian disampaikan oleh Yang Berhormat Datuk Hj Ghazale bin Muhamad selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri Melaka yang mana dalam ucapan beliau, beliau telah menyatakan penerimaan baik terhadap jalinan kerjasama antara Jabatan Agama Islam Melaka dan Pertubuhan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

krim MELAKA

2 Komen

Filed under Aktiviti, info krim MELAKA, Outdoor, Program di SEKOLAH

AHLI KRIM DHL BERJALAN, MELIHAT DAN MENTAFSIR ALAM

Kepong, 20 Mac 2010 – Bersempena cuti sekolah, KRIM DHL menganjurkan rehlah KRIM puteri di Forest Research Institute of Malaysia(FRIM), Kepong hari ini. Seramai 17 orang peserta telah mengikuti rehlah ini dan berjaya melalui Titian Kanopi (Canopy Walkway)  yang merupakan antara tarikan utama di FRIM.

“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal”… (Ali Imran, 190)

Selain bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah antara ahli dan mencintai alam sekitar, rehlah ini juga diadakan untuk memastikan ahli KRIM puteri sentiasa melakukan riadhah untuk membentuk tubuh badan yang cergas dan disukai oleh Allah.

Walaupun FRIM berada tidak jauh dari hiruk pikuk kota, hutan semulajadi ini ternyata memberi ketenangan yang berbeza kepada ahli KRIM puteri yang melawat ke tempat ini. Sepanjang perjalanan menyelusuri Canopy Trail, para peserta berpeluang melihat keindahan pelbagai jenis flora dan fauna ciptaan Al-Khaliq.

Perjalanan mendaki selama 30 minit ke pondok Canopy Walkway sememangnya menguji ketahanan diri para peserta. Namun semua penat lelah berbaloi apabila tiba di pondok Canopy Walkway. Setelah diberi taklimat keselamatan ringkas dari penjaga Canopy Walkway, para peserta dilepaskan satu persatu ke titian gantung yang dibina  setinggi 30m dari aras laut. Peserta juga diberi peluang untuk berhenti di pelantar yang dibina di atas pokok di antara titian-titian untuk melihat pemandangan dan mengambil gambar. Alhamdulillah, kesemua peserta selamat meniti titian sepanjang 200m walaupun pada awalnya ramai yang merasa gayat berada di tempat tinggi.

Dalam perjalanan turun dari Canopy Walkway, para peserta berhenti untuk melepaskan lelah di tepi air terjun sambil mendengar pengisian dari AJK KRIM puteri yang mengajarkan doa melihat alam kepada peserta-peserta.
“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.” (Ali-Imran : 190-191)

Para peserta dianjurkan untuk sentiasa melihat alam sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan kecintaan terhadap Allah kerana Allah tidak akan mencipta sesuatu dengan sia-sia, oleh itu kajilah hikmah ciptaan Allah kerana di dalamnya terdapat peringatan kepada umat manusia.

krim DHL  Puteri

Tinggalkan komen

Filed under Aktiviti, info krim DAERAH HULU LANGAT, Outdoor

Kem Boyz ii Men & Kem Pretty Gurlz mengumpulkan 130 remaja

Kem Herba – Hulu Langat, 20 November – Kem Boyz ii Men telah berjaya menarik minat seramai 50 remaja lelaki di sekitar Hulu langat, dan beberapa peserta daripada daerah lain. Manakala Kem Pretty Gurlz disertai seramai 69 remaja puteri.

aktiviti 1

Berkonsepkan ‘outdoor dan kerjasama berpasukan’, para perserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan kumpulan-kumpulan tersebut telah diuji dengan pelbagai aktiviti pembinaan kendiri dan kumpulan di samping aktiviti-aktiviti luar. Ketua kumpulan dikalangan remaja telah dilantik bagi setiap kumpulan dan dibantu oleh abang-abang fasilitator daripada Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam tempatan.

Teruskan membaca

5 Komen

Filed under Aktiviti, info krim DAERAH HULU LANGAT, Outdoor

Yahoo! I am Muslim

Pada 16 Ogos 2008 yang lalu, bertempat di Dewan Mahsuri, Jitra, Kedah, Kelab Remaja ISMA (KRIM) cawangan Kedah telah berjaya menganjurkan program Yahoo! I am a Muslim!. Program yang diadakan sempena cuti sekolah ini telah menarik seramai 35 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 3 hingga 5 di sekitar negeri Kedah. Antara objektif program ini diadakan adalah untuk melahirkan kesedaran dan rasa cinta kepada agama selain dapat membina ukhuwah antara remaja dan ahli-ahli KRIM Kedah. Selain itu, program ini juga sedikit sebanyak dapat memperkenalkan KRIM kepada remaja terutama di negeri kedah.

Teruskan membaca

Tinggalkan komen

Filed under Aktiviti, info krim KEDAH, Outdoor

Yahoo I am a Muslim

Tinggalkan komen

Filed under Aktiviti, info krim KEDAH, Outdoor