ENGLISH LANGUAGE CAMP 2010: Langkah Bermula, Sejarah Dicipta

Pada 26 hingga 28 Mac 2010, KRIM Negeri Sembilan dengan kerjasama Panitia Bahasa Inggeris Sekolah Menengah Agama Rembau telah menganjurkan Kem Bahasa Inggeris untuk kesemua pelajar Tingkatan Tiga dan Lima. Bertemakan ‘English is Just Awesome’, kem ini bertujuan untuk meningkatkan motivasi para peserta dalam pembelajaran dan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai alat komunikasi di samping bahasa ibunda. Beberapa aktiviti menarik telah diadakan bagi mencapai tujuan ini.

Aktiviti pertama ialah ‘What’s in a name?’ di mana para peserta dikehendaki untuk memperkenalkan diri kepada ahli kumpulan dengan menggunakan kata sifat yang bermula dengan huruf pertama dalam nama mereka.

Pada hari kedua, seusai solat subuh dan bacaan almathurat, peserta melakukan senaman pagi bersama fasilitator. Selepas itu, mereka berkumpul untuk sesi perkongsian dengan Encik Azmir, bekas pelajar SMA Rembau yang berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang Teaching English as a Second Language (TESL) di Australia. Beliau berkongsi pengalaman dengan para peserta bagaimana beliau mempelajari Bahasa Inggeris serta memberi motivasi kepada para peserta bahawa kesemua mereka boleh berjaya.

Aktiviti seterusnya ialah’ Hands of Honour’. Melalui aktiviti ini, para peserta menggunakan kata sifat yang dipelajari untuk menceritakan lima sifat tentang diri sendiri dan lima sifat tentang rakan di sebelah kiri mereka. Selepas itu, mereka berkongsi semua kata sifat yang dipilih beserta penjelasan ringkas.

Selepas selesai solat zuhur dan makan tengahari, para peserta kembali ke dewan untuk aktiviti Dictionary Dash. Melalui aktiviti ini, para peserta didedahkan dengan penggunaan kamus bahasa Inggeris sebagai salah satu strategi meningkatkan penguasaan kosa kata. Para peserta kelihatan begitubersungguh-sungguh untuk mencari makna perkataan yang diajukan.

Aktiviti seterusnya, Find Someone Who, ialah sebuah aktiviti yang bertujuan bukan sahaja menggalakkan komunikasi dalam bahasa Inggeris malah turut meningkatkan nilai diri (self-esteem) para peserta. Setiap peserta diberi sehelai kertas tugasan mengandungi 12 ciri-ciri tertentu. Peserta perlu mendapatkan tandatangan seorang rakan yang untuk setiap ciri tersebut. Sepanjang aktiviti ini, para peserta kelihatan bersemangat meminta tandatangan rakan-rakan dengan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan cara yang sopan.

Pada sebelah petang pula, aktiviti treasure hunt diadakan. Terdapat enam checkpoint bagi peserta perempuan dan lima checkpoint untuk peserta lelaki. Pada setiap checkpoint, terdapat satu tugasan yang perlu diselesaikan bagi membolehkan mereka mendapat petunjuk untuk ke checkpoint yang seterusnya. Di antara aktiviti yang diadakan di setiap checkpoint ialah cooking show, fruit riddles, tongue twister dan sebagainya. Setiap aktiviti yang dijalankan menekan kesemua keempat- empat kemahiran asas bahasa inggeris iaitu menulis, membaca, mendengar dan bertutur beserta kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK). Ini adalah sejajar dengan objektif pengajaran bahasa Inggeris di Malaysia. peserta memberikan maklum balas yang sangat positif terhadap kombinasi pembelajaran bahasa Inggeris dengan aktiviti fizikal.

Selepas makan malam dan solat maghrib dan isyak secara berjemaah, para peserta berkumpul di dewan berfokuskan kemahiran mendengar, flowers are red. Fasilitator memulakan sesi dengan mendapatkan pandangan para peserta tentang ciri- ciri lagu kesukaan mereka. kemudian perlajar

diperdengarkan lagu Flowers are Red nyanyian Zain Bhika. Lagu tersebut diperdengarkan buat kali kedua. Kali ini peserta perlu mengisikan tempat kosong pada lirik lagu tersebut dengan pilihan perkataan yang diberikan. Sesi tersebut dijalankan selama satu jam setengah dan diteruskan dengan sesi perkongsian yang dijalankan berasingan mengikut jantina. Para peserta diberikan peluang untuk menyatakan sebarang masalah dan bertanyakan tips belajar daripada fasilitator. Selain dari itu, para fasilitator mengambil peluang berkongsi pengalaman belajar di luar negara.

Pada hari terakhir kem dijalankan, peserta didedahkan dengan faktor utama yang menjadi pemangkin utama kejayaan iaitu sikap yang positif. Peserta turut menyenaraikan sikap positif yang patut dimiliki pelajar yang berjaya serta sikap negatif yang perlu dijauhi. Kemudian peserta dikehendaki membuat poster bertajuk Who I Am?. Melalui poster ini mereka perlu menggambarkan diri mereka dengan menggunakan gambar-gambar dan perkataan yang diambil dari surat khabar lama. Hasil kerja peserta dipamerkan dan setiap peserta diberikan peluang untuk memberi komen atau cadangan kepada rakan-rakan.

Pada jam 1 petang, majlis penutup telah diadakan di dewan sekolah berkenaan. Majlis ini turut dihadiri Encik Iskan dan Puan Rosmawar. Tayangan video promosi KRIM dan video kenangan kem turut ditayangkan. Plak penghargaan turut diberikan kepada pihak sekolah dan peserta terbaik kategori lelaki dan perempuan. Setiap kumpulan turut menerima hamper.

krim NEGERI SEMBILAN

Tinggalkan komen

Filed under Aktiviti, info krim N9, Program di SEKOLAH, Seminar dan Kem Akademik

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s