Category Archives: info krim GOMBAK

maklumat tentang aktiviti krim di Gombak

Terap nilai kesyumulan Islam dalam Kem Remaja Muslim anjuran KRIM Gombak

Kepong, 13 Mac – Kelab Remaja ISMA (KRIM) cawangan Gombak telah mengadakan Kem Remaja Muslim 2010 bertempat di Kem Perah, Institut Penyelidikan Perhutanan (FRIM), Kepong. Bertemakan “revitalise body, reenergise spirit, rekindle iman”, kem ini telah disertai oleh 32 orang pelajar dari sekitar kawasan Gombak. Kem perkhemahan yang berlangsung selama 2 hari 1 malam ini disajikan dengan pelbagai program kerohanian, kecergasan fizikal dan minda berteraskan nilai – nilai Islam yang syumul.

Taklimat oleh Kem Komandan, saudara Fahmi

Kem perkhemahan ini dimulakan dengan sesi taklimat dan suai kenal bagi membolehkan para peserta berkenalan dan bermesra dimana akhirnya mereka dibahagikan kepada kumpulan masing – masing. Biarpun melalui tempoh perkenalan yang agak singkat, rata – rata peserta telah menunjukkan iltizam dan jatidiri yang tinggi untuk melaksanakan dan menjayakan setiap tugasan yang telah diberikan dalam aktiviti berpasukan seperti “explore race” dan “team building”.

Peserta perempuan semasa aktiviti Team Building
Peserta perempuan semasa aktiviti Team Building
Explorace.. “Tepuk sekali, tepuk dua kali.. tepuk amai-amai…”

Pada sebelah malam satu tayangan video berkisar tentang anak derhaka telah ditayangkan dan  sedikit sebanyak telah menyentuh hati para peserta. Bakat – bakat peserta terserlah pada sesi Malam Kesenian Islam yang berlangsung sejurus selepas tayangan video. Keesokan harinya, aktiviti meredah hutan yang menjadi cabaran utama kepada peserta telah benar-benar menguji kekuatan fizikal mereka . Kem ini telah diakhiri dengan bacaan ikrar oleh para peserta dan penyampaian sijil beserta hadiah.

Meraih kerehatan dalam solat
Aktiviti Jungle trekking

KRIM Gombak, selaku penganjur menganggap program seumpama ini amat bermanfaat bagi para peserta yang baru memulakan cuti persekolahan mereka dimana kem ini merupakan salah satu daripada siri pembangunan remaja yang diolah bersesuaian dengan remaja masakini untuk tujuan penerapan nilai – nilai Islam yang relevan sepanjang zaman. Melalui kem ini, para peserta telah didedahkan dengan latihan – latihan praktikal kepimpinan disamping aspek disiplin dan kerjasama berpasukan. Program seumpama akan diteruskan lagi pada tahun-tahun mendatang sebagai wadah KRIM dalam menjayakan aktivisme remaja untuk bersama-sama tampil di tengah-tengah masyarakat membantu membentuk generasi remaja harapan.

krim GOMBAK

Advertisements

Tinggalkan komen

Filed under Aktiviti, Camping, info krim GOMBAK

KRIM Gombak anjur Seminar Pendidikan Kerjaya Daerah Gombak 2010

Gombak, 10 April 2010. Sekali lagi Kelab Remaja ISMA cawangan Gombak melakar sejarah dalam memperkasakan agenda dan halatuju Remaja apabila dengan jayanya menganjurkan Seminar Pendidikan Kerjaya peringkat daerah Gombak 2010. Program yang dianjurkan dengan usahasama Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Gombak ini telah diadakan di Dewan Seri Tanjung, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gombak yang merupakan antara sekolah yang terbaik di negara ini.

Dengan objektif untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai pentingnya kesedaran memilih kursus pengajian dan kerjaya yang betul, program ini telah berjaya menarik penyertaan lebih 350 pelajar cemerlang tingkatan 4 dan 5 daripada 18 buah sekolah dari seluruh daerah Gombak.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Encik Mohd Hafizan Abdul Wahab, Pengarah Kelab Remaja ISMA (KRIM) Gombak selaku penganjur utama seminar yang antara lain menegaskan KRIM akan sentiasa mengambil inisiatif untuk memainkan peranan penting di tengah-tengah masyarakat kea rah melahirkan generasi remaja yang beriltizam dan mampu membuat perubahan kendiri yang positif.  Majlis ini telah dirasmikan dengan jayanya oleh En Abdul Aziz B Ismail, Pegawai Kaunseling dan Hal Ehwal Murid, PPD Gombak. Dalam ucapan perasmiannya, beliau mengalu-alukan dan akan sentiasa memberi sokongan ke atas usaha-usaha NGO seperti KRIM dalam menyumbang ke arah kecemerlangan para pelajar. Beliau turut mengingatkan para pelajar agar mengambil peluang keemasan ini untuk mendapatkan sebanyak mungkin informasi yang berguna demi membantu memilih kerjaya yang betul di masa hadapan.

Turut hadir ke majlis perasmian ialah Encik Aminudin Yahya, Setiausaha Agung ISMA yang telah menyampaikan cenderamata tanda penghargaan kepada PPD Gombak dan tuan rumah SBPI Gombak. Majlis perasmian diakhiri dengan lawatan ke tapak pameran Pendidikan tinggi yang telah disertai oleh beberapa IPTA dan IPTS terkemuka di tanah air di antaranya UKM, UPM, UNISEL, UNIKL,  Murni Nursing College, MAHSA College dan beberapa lagi.

Majlis diteruskan dengan ucaptama seminar yang bertajuk ‘’Halatuju selepas SPM: Apa pilihan saya?’’ yang telah disampaikan dengan berkesan oleh Yang Berbahagia, Prof. Dr. Badhrulhisham B Abdul Aziz, Pengarah Pusat Pembangunan Kualiti dan Korporat, Universiti Malaysia Pahang, juga merupakan seorang tokoh cemerlang Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Pahang. Dalam ucaptamanya, beliau telah memperincikan elemen yang perlu ada pada setiap pelajar untuk bersaing dalam dunia yang berasaskan pengetahuan ataupun ‘ Knowledge-Based Era’. Beliau turut memberi penekanan kepada perlunya pelajar berusaha melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran bukan akademik (soft skills) dan rohani demi memastikan ‘kebolehpasaran’ berjaya dibentuk dalam diri masing-masing.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran wakil daripada PETRONAS yang memberi taklimat mengenai peluang penajaan yang ditawarkan untuk para pelajar yang cemerlang. Slot yang dinanti-nantikan oleh semua peserta ini telah disampaikan dengan jayanya oleh Encik Aznan Saad, Pengurus Pembangunan Pelajar dari Unit Penganjuran Pendidikan PETRONAS. Beliau menegaskan persaingan  untuk merebut peluang penajaan pendidikan PETRONAS yang ditawarkan sangat sengit dimana faktor akademik semata – mata tidak lagi relevan dan kemahiran bukan akademik turut menjadi pra syarat.

Seterusnya, para pelajar dibawa menyelusuri pengalaman hidup seorang tokoh contoh, Wan Ibrahim, yang merupakan seorang ahli ISMA Daerah Hulu Langat menerusi Slot Inspirasi. Beliau merupakan calon penuntut PHD dalam bidang Teknologi Aeroangkasa di University of Manchester, United Kingdom yang sebelum ini mendapat Ijazah dan Sarjana Kelas Pertama di University of  Minnesota, USA dan University of Sydney, Australia. Graduan muda ini telah berjaya memukau hati pelajar dan menjadi sumber inspirasi untuk berjaya seperti beliau.

Seminar Kerjaya ini diakhiri dengan Slot Bengkel, di mana para peserta dibahagikan kepada lima bidang kerjaya kritikal seperti: Geosains, Kejuruteraan, Perubatan, Perakaunan dan Perguruan. Kesemua bidang kerjaya ini diwakili oleh tokoh-tokoh professional KRIM Gombak yang telah berjaya dalam bidang masing-masing. Agak mengejutkan apabila mendapati hampir separuh dari para peserta berminat untuk menjadi akauntan berbanding dengan kerjaya-kerjaya kritikal lain. Melalui slot bengkel ini, rata-rata para pelajar mendapat pelbagai perkongsian pengalaman kerjaya yang boleh membakar semangat mereka untuk terus berusaha menggapai cita-cita yang diimpikan.

krim GOMBAK

Tinggalkan komen

Filed under Aktiviti, Berita Semasa, info krim GOMBAK, Program di SEKOLAH, Seminar dan Kem Akademik

Pertandingan Menulis Esei Maulidur Rasul 1431H/2010M

KRIM Gombak dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Gombak sedang menganjurkan Pertandingan Menulis Esei sempena sambutan Maulidur Rasul 1431H/2010M.

Pertandingan terbuka kepada semua pelajar di sekolah-sekolah sekitar Gombak.

Teruskan membaca

Tinggalkan komen

Filed under Hebahan, info krim GOMBAK

Seminar Kerjaya KRIM Gombak dedahkan pelajar dengan peluang kerjaya

Sungai Pusu, 20 Jun – Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia (KRIM) Cawangan Gombak dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Gombak telah berjaya menganjurkan Seminar Kerjaya yang bertempat di SMK Sungai Pusu yang telah disertai oleh 34 sekolah dari kawasan Gombak dengan kehadiran pelajar mencecah seramai 180 orang bakal calon SPM 2009.

Teruskan membaca

Tinggalkan komen

Filed under Aktiviti, info krim GOMBAK, Program di SEKOLAH, Seminar dan Kem Akademik

Kem Remaja ISMA (KERIS) Zon Tengah Menjadi Tumpuan

Pada 8-10 Disember yang lalu, Kelab Remaja ISMA telah menganjurkan program, Kem remaja ISMA (KERIS) 2007 bagi zon tengah bertemakan “ Remaja Aset Negara Di Hari Muka” . Program tersebut telah diadakan di Kem Rebutia , Gombak dan telah berjaya menarik minat seramai 132 orang peserta remaja disekitar Hulu langat, Petaling Jaya Gombak , Kuala Lumpur dan beberapa peserta daripada negeri-negeri lain.

Teruskan membaca

4 Komen

Filed under Aktiviti, Camping, info krim DAERAH HULU LANGAT, info krim GOMBAK

Belajar “Power” – Gergasi Minda

Bandar Baru Bangi – ISMA Hulu Langat telah berjaya menganjurkan program motivasi mirip MAP Training yang diberi nama Program Gergasi Minda yang mensasarkan golongan remaja. Program ini turut menarik penyertaan remaja dari kawasan lain seperti kawasan Gombak dan Shah Alam. ISMA Gombak telah menghantar seramai 19 orang wakil remaja untuk menyertai program ini.

Teruskan membaca

Tinggalkan komen

Filed under Aktiviti, info krim DAERAH HULU LANGAT, info krim GOMBAK, info KRIM nasional, info krim SHAH ALAM KLANG, Kem motivasi dan ceramah agama, Seminar dan Kem Akademik