Category Archives: info krim Penang

maklumat tentang aktiviti krim di Penang

KRIM PENANG AT ONLINE DENGAN TUHAN

Online Dengan Tuhan (ODT) buat pertama kalinya telah berjaya dilaksanakan di SMK Datuk Haji Abdul Kadir pada 10 April 2010. Program ini adalah kerjasaman antara Kelab Remaja ISMA (KRIM) Pulau Pinang dan kerjasama Panitia Pendidikan Islam SMKDHAK.

Para peserta lelaki sedang melaksanakan
praktikal solat dibantu fasilitator.

Program dimulakan dengan taklimat program oleh Saudari Nor Azizah pada pukul 8.40 pagi. Ceramah ‘Online Dengan Tuhan’ telah disampaikan oleh Saudara Budiyanto b Unggun, Pengarah KRIM Pulau Pinang sebaik sahaja sesi taklimat. Program diteruskan dengan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) bersama fasilitator yang dedikasi mencurahkan ilmu kepada para peserta. Aktiviti LDK bersama fasilitator ialah menguji bacaan solat peserta dan praktikal solat.


Permainan ‘Impossible Mission’ pada sesi sebelah petang adalah kemuncak program. Permainan ini Berjaya menarik semua peserta terlibat dengan bersungguh-sungguh menyelesaikan semua persoalan yang diberikan.

ODT diakhiri dengan ucapan panutup oleh Guru Kanan Kemanusiaan, Cikgu Zarinah bt Hasan. Beliau merakamkan penghargaan kepada KRIM Pulau Pinang dan mengharapkan kerjasama ini akan dapat diteruskan lagi.

krim PENANG

Advertisements

Tinggalkan komen

Filed under Aktiviti, Berita Semasa, info krim Penang, Kem motivasi dan ceramah agama, Program di SEKOLAH

Kem Eksplorasi Remaja Islam (KERIS) KRIM Kepala Batas

Kelab Remaja ISMA Cawangan Kepala Batas (KRIM) akan mengadakan Kem Eksplorasi Remaja Islam (KERIS) pada musim cuti sekolah akan datang. KERIS akan dijalankan mengikut butiran berikut:

Tarikh: 5-7 Disember 2009 (Sabtu – Isnin)
Tempat: Damai Park Resort, Merbok, Kedah

Teruskan membaca

4 Komen

Filed under Hebahan, info krim Penang

Hebahan: Kejohanan Futsal & Bola Jaring Remaja 2008 Anjuran KRIM Kepala Batas

Untuk maklumat lanjut sila layari www.ismapenang.wordpress.com

Futsal Remaja - KRIM Kepala Batas

Tinggalkan komen

Filed under Aktiviti, info krim Penang, Kejohanan Sukan