Category Archives: info krim TERENGGANU

maklumat tentang aktiviti krim di Terengganu

TUISYEN REMAJA MUSLIM 2010 di sekitar daerah Dungun dan Kemaman

Assalamu’alaikum wbth…

Makluman kepada semua calon SPM 2010 di sekitar daerah Dungun dan Kemaman, anda semua dipelawa untuk menghadiri kelas tambahan untuk matapelajaran Matematik Tambahan dan Matematik Moden seperti yang tertera di bawah:-

Sertai sekarang sementara peluang masih ada!

krim TERENGGANU

Tinggalkan komen

Filed under Aktiviti, Hebahan, info krim TERENGGANU

Kem Remaja Wawasan anjuran KRIM Terengganu

Sukacita dimaklumkan sempena musim cuti persekolahan yang bakal menjelang, Kelab Remaja ISMA (KRIM) Terengganu akan menganjurkan Kem Remaja Wawasan 2009. Oleh itu, para remaja di sekitar Terengganu, terutamanya yang berusia antara 15-16 tahun amat dialu-alukan untuk menyertai program ini bagi memanfaatkan masa-masa pasca musim persekolahan dengan sebaiknya. Butiran lanjut seperti berikut:

  • Tarikh: 4-5 Disember 2009
  • Tempat: Dahimah’s Guest House
  • Yuran: RM 30.00 seorang
  • Penyertaan: Pelajar Tingkatan 3-4

Teruskan membaca

2 Komen

Filed under Hebahan, info krim TERENGGANU

KRIM Terengganu jayakan program Minggu Penghayatan Islam SMKAKA

Dungun, 2 Julai –
KRIM Terengganu telah memenuhi undangan untuk menjayakan Minggu Penghayatan Islam SMK Agama Kuala Abang (SMKAKA), khusus untuk para pelajar Tingkatan Satu di sekolah berkenaan. Program selama 7 hari tersebut padat dengan aktiviti-aktiviti rohani, pembentukan jatidiri dan insani serta menyemai ukhuwwah antara pelajar.

Acara khusus yang melibatkan KRIM Terengganu adalah antara kemuncak kepada program tahunan SMKAKA yang dijalankan. Majlis yang berlangsung pada 2 Julai itu dimulakan pada jam 9.30 malam di Dewan Besar SMKAKA selepas solat Isya’ berjemaah di surau. Ustaz Fakhruddin tampil memberikan kata-kata aluan kepada seluruh wakil KRIM dan pelajar-pelajar yang bersemangat untuk mengikuti program malam tersebut.

Teruskan membaca

1 Komen

Filed under Aktiviti, info krim TERENGGANU, Kem motivasi dan ceramah agama, Program di SEKOLAH

Kem Remaja ISMA (KRIS) Zon Timur

KEM REMAJA ISMA (KRIS) ZON TIMUR

6 – 8 DISEMBER 2007 (KHAMIS – SABTU)

Di Kembara Resort, Merang, Setiu (Terengganu)

“MEMBANGUN POTENSI KEPIMPINAN REMAJA MUKMIN”

MAKLUMAT LANJUT

KLIK
di sini

ATAU HUBUNGI :

Sdr. Jamil Sakmin ( 019 9846968) – K. Terengganu
Sdr. Nasrul Muhaimin ( 013 9821983) – Dungun/Kemaman

Tinggalkan komen

Filed under Aktiviti, Camping, info krim TERENGGANU

Kejohanan Futsal KRIM Pantai Timur 2007

Pada 9 Sepetember 2007 yang lalu bertempat di Dungun, Terengganu telah diadakan kejohanan Futsal KRIM Pantai Timur 2007. Ianya telah dihadiri oleh wakil-wakil pasukan dari negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan. Kejohanan ini telah dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu menegah rendah dan menegah atas. Sebanyak 7 pasukan telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini yang mana telah dimenangi oleh Terengganu Under 18 bagi peringkat menegah atas dan Pahang Under 15 bagi menengah rendah.

Teruskan membaca

2 Komen

Filed under Aktiviti, info krim KELANTAN, info KRIM nasional, info krim PAHANG, info krim TERENGGANU, Kejohanan Sukan