Category Archives: Uncategorized

Jom Sertai! Seminar Anak Soleh Anak Cemerlang!

Anak Soleh Anak Cemerlang

Advertisements

Tinggalkan komen

Filed under Uncategorized

RAMADAN BERSAMA PALESTIN DI SHAH ALAM

BERITA GEMBIRA BUAT MEREKA YANG TINGGAL BERDEKATAN DENGAN SHAH ALAM

AMAN PALESTIN akan menganjurkan program ‘SEMARAKKAN RAMADAN BERSAMA PALESTIN’ di Masjid Negeri, Shah Alam.

Dalam kita mengharungi kenikmatan ibadah dan pahala di dalam bulan ramadan ini, bumi palestin masih lagi dalam kongkongan laknatullah zionis……

Dalam kita menghadapi hidangan sahur dan juadah berbuka, umat islam di Palestin mengharungi detik sukar dalam mencari makanan, minuman bahkan keselamatan….

Dalam kita berkumpul meriah beramai-ramai melaksanakan solat tarawikh dan bertadarus al Qur’an di masjid dan surau, malam-malam pekat gelita di Palestin dihiasi dengan munajat  rintihan dan semangat perjuangan untuk mengecapi keampunan dan janji kemenangan Allah…..

Dalam kita gembira dan ceria bersama ahli keluarga yang dikasihi, masyarakat palestin………….hanya mengenang dan mendoakan mereka yang telah pergi….

MAKLUMAT LENGKAP PROGRAM:

TARIKH :  bermula petang jumaat sehingga ahad malam, 13,14 &15 Ogos 2010

MASA      : bermula petang jumaat sehingga ahad malam, aktiviti hanya pada sebelah petang dan malam. Waktu pagi ( selepas tadarus berkumpulan) adalah bebas dan berkumpul kembali waktu asar.

MAKANAN : Sahur dan berbuka disediakan.

Antara aktivitinya…..
1- CERAMAH
2-FORUM
3- TAYANGAN VIDEO PALESTIN
4- TADARUS AL- QURAN
5- QIAMULLAIL

Jika ada apa-apa persoalan, sila hubungi Ust Azrin :  018-2913501

Tinggalkan komen

Filed under Uncategorized

JOM REMAJA, KITA RAMADAN DI MELAKA

Salam Ramadhan Kareem buat semua remaja di sekitar negeri Melaka. Sukacita dimaklumkan bahawa kami pihak KRIM Melaka berbesar hati menjemput adik-adik semua untuk menghadiri program Remaja & Ramadhan (R&R) yang akan diadakan pada 21 Ogos 2010 bersamaan 11 Ramadhan 1431H.

Tinggalkan komen

Filed under Uncategorized

MENCARI KEMAAFAN SEPERTI BILAL r.a dan ABU ZAR r.a

FITRAH INSANI

Setiap orang mudah melakukan kesalahan. Tidak kira kesalahan itu kecil atau besar, seorang manusia lebih-lebih lagi seorang remaja akan mudah membuat kesilapan dalam bertatih di alam kehidupan ini. Sedar tidak sedar, jika dikira satu persatu kesalahan yang kita lakukan, bole kalah ketebalan yellow pages. Bahkan boleh dilistkan dan dikategorikan kesalahan kita, setiap tahun, setiap bulan, setiap hari, setiap jam……setiap detik mungkin…

كُلُّ ابْنِ آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ.

Setiap anak Adam (yakni manusia) pasti melakukan kesalahan, sedangkan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah orang yang bertaubat.

itulah manusia, mudah terpikat dengan hawa nafsu dan tak lari daripada maksiat.

KISAH AGUNG ANTARA 2  SAHABAT

Di dalam riwayat pernah diceritakan, Abu Zar r.a memanggil Bilal r.a dengan gelaran ” wahai anak hitam”…. Bilal r.a yang mendengar panggilan tersebut terdiam dan tidak membalas panggilan Abu Zar r.a itu. Dengan rasa kesal Bilal lantas pergi bertemu rasulullah untuk mengadukan hal tersebut. Tiba di rumah rasulullah, Bilal r.a meluahkan isi hatinya pada rasulullah. Seketika sahaja, berubah wajah rasulullah menjadi merah padam. Rasullah terus ke tempat Abu Zar berada, tetapi hanya lalu sahaja. Rasulullah terus ke masjid.

Mengetahui rasulullah bahawa rasulullah marah padanya, lalu Abu Zar memberi salam kepada rasulullah. Rasulullah berkata kepadanya ” wahai Abu Zar kamu telah menghina bilal dan menghina asal usulnya. Ketahuilah abu zar, sesungguhnya kamu asal usulnya adalah orang jahiliyah sebelum masuk Islam, dan sesungguhnya dalam diri kamu masih ada sisa-sisa jahiliyyah…”

Abu zar r.a merasa terpukul dan sangat menyesal. Abu zar menangis dan merayu pada rasulullah ” wahai rasulullah maafkan kesalahanku dan pintalah Allah ampunan atas doaku…” . Lalu Abu zar berlari mendapatkan Bilal r.a, Abu zar merangkul bilal sambil memohon maaf padanya. Tidak cukup dengan itu, Abu zar meletakkan kepalanya di atas tanah seraya berkata ” Demi Allah Wahai Bilal aku tidak akan angkat pipiku dari atas tanah kecuali kamu injak pipiku yang sebelah lagi dengan kakimu. Demi Allah sesungguhnya kamu orang terhormat dan aku yang terhina”…….

apakah yang berlaku selepas itu ? anda teka………..

NILAI AGUNG PADA 2 SAHABAT

Bilal kemudiannya mendekatkan mukanya ke pipi Abu Dhar lalu menciumnya berkali kali. kemudian diangkatnya dari tanah. Mereka berdua berpelukan dengan penuh kasih sayang dan tangisan…..

Lihat ukhuwah yang terjalin dan nilai akhlak pada bilal r.a dan abu zar r.a. Bukan hanya betapa merendah diri abu zar memohon kemaafan, bahkan betapa mulia dan kasihnya bilal r.a, walau pun diperlakukan sebegitu, atas rasa kasih dan sayang pada abu zar, bilal memaafkannya…..

WARNA WARNI HARI INI


Kita lihat bukan sahaja orang yang melakukan kesalahan sahaja tidak prihatin untuk meminta maaf jika berbuat kesalahan. Lebih menyedihkan lagi, kita sendiri pun sukar untuk memaafkan kesalahan orang lain. Bila ditegur dan dinasihati orang yang berbuat salah, tanpa ada rasa kasih dan sayang di dalam diri kita. Hampir semua keburukan orang yang bersalah menyilau di mata kita, tanpa berfikiran positif dan optimis…….

NIKMAT UKHUWAH BUKAN SAJA-SAJA

Sekiranya masih ada di kalangan kita yang berbuat kesalahan, cepat-cepat meminta maaf. Akui kesalahan dan azamkan tidak akan diulang. Juga buat mereka yang ada yang melakukan kesalahan padanya, rendah diri dan maafkanlah dia. Kasih sayang itu Allah tidak kurniakan secara percuma. Hanya yang ikhlas dan berkehendak sahaja akan Allah ganjari………

rahsia  seorang sahabat kepada Abdullah bin Umar r.a ketika mencari kelebihan seorang sahabat yang rasulullah sebut jaminan syurga padanya….

““Sesungguhnya, sebelum aku tidur, aku akan memaafkan segala dosa seluruh manusia, sama ada yang menghinaku, mencaciku, memburuk-burukkan diriku, memfitnahku dan mengata tentang diriku. Maka aku mohon dari Allah agar dimaafkan segala dosa mereka.”

Mohonlah kemaafan pada mereka yang kita lakukan kesalahan dan sudilah memaafkan orang lain sebelum Allah  tarik nikmat2nya yang lain……….

Tinggalkan komen

Filed under akhlak islamiah, Tazkirah dan peringatan, Uncategorized

Aku ingin Bercinta… Terimalah cintaku


Pesan rasulullah:

“Sesungguhnya di kalangan hamba-hamba Allah itu ada satu golongan,mereka bukan dari golongan para nabi ataupun syuhada’,tetapi para nabi dan syuhada’ mencemburui mereka,tempat mereka di sisi Allah s.w.t.Kata para sahabat,khabarkan kepada kami siapa mereka? Rasulullah S.A.W bersabda: ” Mereka adalah satu kaum yang saling cinta-mencintai kerana Allah,bukan ada hubungan saudara-mara di kalangan mereka dan juga bukan kerana kepentingan.Demi Allah,di wajah mereka ada cahaya dan mereka di atas cahaya.Ketika manusia takut,mereka tidak takut.Ketika manusia bersedih,mereka tidak bersedih.Dan mereka berkata,sesungguhnya wali-wali Allah tidak takut dan tidak sedih.”♥

Suatu hari ketika menggunakan YM (yahoo messenger), seorang teman rapat saya telah mengungkap perbualan yg menyentak degupan jantung saya buat seketika…
kawan: nak tanya cket
aku: ye saya
kawan: kau ada doakan aku lagi x dlm doa
aku: owh… maaf lupalah
kawan: ~hurm
kawan: patutlah aku rasa susah nak faham apa yang dipelajari   kat sini

Juga perbualan saya dgn seorang pendidik saya…. menambah deras aliran darah saya
saya: cikgu, minta maaf byk2
cikgu: kenapa pula?
saya: saya dh lama x cntct dgn cikgu
saya: sejak lepas sekolah
cikgu: takpe, asalkan   ingat dlm wirid rabitah sudah memadai

***************************************************
ohh.. Ya Allah…
Buat semua guru2..saudara2, sahabat2 dan kawan2…
Maafkan diri ini yg leka dan tenggelam dlm hidup sendiri
MENJAGA UKHUWAH

Imam As Syafie pernah berkata:-
الحر من راع وداد لحظة وانتمى لمن افاده لفظة
“Orang yang merdeka ialah sesiapa yang memelihara kasih sayang walaupun kasih sayang itu hanya sedetik dan dia menghormati orang yang memberi nasihat yang berguna kepadanya walaupun hanya satu patah perkataan”

Saidina Umar r.a. pula:
” Demi Allah, waktu malam terasa begitu panjang bagiku jika aku teringat saudara seagamaku, lalu aku berharap segera tiba waktu pagi sehingga aku boleh memeluknya…kerana kerinduanku kepadanya”

Imam Hasan al-Banna:
“Kita juga mahu supaya bangsa kita faham bahawa mereka lebih kita sayangi daripada diri kita sendiri. Demi kasih sayang ini, kita sedia menjadikan nyawa kita sebagai taruhan demi mengembalikan kehormatan bangsa ini”

Ukhuwah ini perlu dijaga dengan sebaiknya. Ibarat menjaga anak pokok yang sangat sensitif. Jika tidak dijaga dengan elok, maka ia mudah mendapat penyakit dan makin lama-makin lemah. Begitulah juga dengan ukhuwah antara sahabat dan rakan2. Sekiranya tiada usaha untuk memelihara, maka hubungan akan menjadi renggang. Boleh jadi kawan rapat dari kecil pun bole bergaduh dan menjadi tidak rapat sekiranya ukhuwah ini tidak dijaga dengan baik.
SENTIASA MENDOAKAN SAHABAT KITA
Sebaik-baik ukhuwah bukanlah hanya dengan sembang, gelak ketawa atau  jalan sama-sama, itu bukanlah ukuran rapatnya hubungan persahabatan tetapi dengan kita mendoakan kebaikan baginya. Itulah tanda sahabat sejati yang sentiasa inginkan kebaikan bagi temannya.
hadith rasulullah:
“Hak seorang Muslim ke atas seorang Muslim ada lima: menjawab ucapan salamnya, melawatnya ketika sakit, mengiring jenazahnya ke perkuburan, memenuhi jemputan dan mendoakan rahmat (Tasymit) apabila beliau bersin” [Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim]

SEDIKIT KISAH UNTUK DIRENUNGI

Pernah dikisahkan suatu ketika Syahid dan Ahmad pergi mengembara mencari ilmu. Mereka menaiki bot untuk belayar ke Baghdad, gedung ilmu dunia ketika itu. Mereka pun bersiap dan menyediakan segala keperluan yang diperlukan. Maka tibalah hari yang dinantikan, mereka pun memulakan perjalanan mengembara ilmu mereka.

Sememangnya, Syahid dan Ahmad adalah kawan rapat. Dari kecil hingga besar. Macam-macam perkara mereka kongsikan bersama, main bola, belajar, sembang dan lain-lain. Ibarat pepatah melayu, bagai isi dengan kuku. Bagi Syahid, Ahmadlah kawan sehidup sematinya. Begitu juga dengan Ahmad……..

Sedang mereka asyik bersembang, mengenang kisah silam bersama, tiba-tiba muncul sebuah bongkah ais ( iceberg ). Mereka cuba mengelak tetapi tidak berjaya. Habis pecah berkecai bot yang mereka pandu.  Ahmad sempat berpaut pada serpihan kayu daripada bot itu. Syahid pula tercampak jauh dan hilang dibawa arus. Melihatkan kawan rapatnya tiada, Ahmad menjerit-jerit memanggil nama Syahid, ” Syahid! Syahid! Syahid! Mana kau, aku takut tinggal keseorangan……”. Sehinggalah Ahmad keletihan, dan terlelap……..

Sedar-sedar, Ahmad telah terdampar di sebuah pulau. Dia pun bangun dan pergi ke sana ke mari untuk mencari kelibat Syahid, tetapi tidak ditemuinya.  Dia pun tanpa berlengah terus menggunakan kemahiran serta kepakaran yang dipelajarinya ketika KRS ( kadet remaja sekolah ) dahulu, untuk meneruskan kehidupannya di pulau itu. Dia menggumpul kayu untuk membina pondok. Dia mengumpul buah-buahan untuk dimakan dan juga berburu.

Sudah dekat seminggu Ahmad terperangkap di pulau itu. Sudah puas diteroka seluruh pulau itu. Dan bermacam-macam alatan telah diciptanya daripada alam semula jadi, menara, katil, paakian dan lain-lain……….. Sehinggalah suatu hari, dia mula merasa bosan. Dia pun berdoa  agar ada bot lalu di pulau itu untuk dia pulang.

Tiba-tiba datanglah seorang nelayan yang tersesat lalu di tepi pantai. Ahmad pun memintanya  untuk dihantar pulang. Nelayan itu beretuju dan mereka terus berlayar bersama………………

Sedang termenung mengingatkan kampung halaman, tiba-tiba nelayan itu bertanya,” Bukan ke awak pergi belayar dengan seorang kawan?”. Terkejut Ahmad, dan bertanya” Macam mana pakcik tahu ?”. Balas nelayan itu ” OO0h, pakcik yang sewakan kamu bot ini. Tak ingat? Pakcik lupa nak suruh pulangkan bila. Tu yang pakcik cari kamu….”

” Ya, saya pergi dengan seorang kawan tapi bot kami karam dan dia hilang entah ke mana. Saya pun terpaksa teruskan kehidupan sendiri di pulau ini, cari makanan buat tempat tinggal. Semua atas usaha ikhtiar hidup saya…..” sambung Ahmad……..

” Salah, kau salah…… Untuk pengetahuan kau, Syahid tidak putus-putus mendoakan kau selamat dan  apa yang kau hajati tercapai.  Semua yang kau usahakan, bahkan kau pulang ini, jika tidak kerana Syahid nescaya kau mati di pulau itu.  Semuanya berkat doa syahid dan kau hanya mendoakan diri kau sendiri.  Tetapi Syahid sentiasa mendoakan kesejahteraan kau dan apa yang kau ingini tercapai……..

Sudahkah anda mendoakan sahabat anda pada hari ini………..?

Ust Izzuddin Selamat

Tinggalkan komen

Filed under akhlak islamiah, Tazkirah dan peringatan, Uncategorized

LAMAN TAMBAHAN DI ATAS – TELADAN REMAJA SILAM-

Alhamdulillah, dengan berkat dan inayah ILAHI, kami berjaya menambah laman baru di atas……..

diberi nama ‘ TELADAN  REMAJA  SILAM’……

laman baru ini khusus memberi fokus,menonjolkan dan mengenengahkan contoh pemuda dan pemudi Islam yang cemerlang di zaman rasulullah, sahabat, tabi’en dan zaman 2 sebelum kita semua dilahirkan……

Mereka inilah peribadi2 terbaik di zaman mereka untuk teladan remaja akan datang…….

Sedar tidak sedar, banyak pihak cuba mengalihkan perhatian kita semua daripada mengetahui dan medalami kisah2 mereka ini. Mereka menerapkan movie barat, kartun, dan drama2 yang melekakan kita bahkan membuatkan kita khayal di alam fantasi……….

Inilah kisah REMAJA  CEMERLANG DAN TERBAIK   yang benar2 berlaku di zaman sebelum kita………

Semoga berhibur…….

MEMBINA GENERASI HARAPAN

Tinggalkan komen

Filed under Hebahan, Uncategorized

MEGAH 2010 bina jatidiri anak-anak ahli ISMA

Kuala Kangsar, 14-16 Mac – Mukhayyam Generasi Harapan (MEGAH) 2010 peringkat kebangsaan telah berjaya dilaksanakan di Kem Lata Perangin, Kuala Kangsar, Perak di mana Kelab Remaja ISMA (KRIM) cawangan Perak telah diberi amanah untuk mengendalikan program ini.

Perkhemahan ini telah menghimpunkan seramai 178 orang peserta di kalangan anak-anak ahli ISMA dari seluruh Malaysia. Bertemakan  ‘Inilah Aku’, MEGAH 2010 meletakkan 3 objektif utama yang ingin dicapai iaitu menjana ikatan ukhuwwah di kalangan remaja ISMA peringkat nasional, membina keyakinan diri sebagai pewaris perjuangan masa depan negara dan memiliki tubuh badan yang ideal sebagai ‘daie mutaharrik’.

Program telah  dirasmikan oleh Ustaz Rusdi Bin Alias selaku Ketua Jabatan Pembangunan Sumber Manusia ISMA.

Sepanjang berlangsungnya mukhayyam, pelbagai aktiviti telah dijalankan yang mencabar mental dan fizikal  para peserta. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah explorace, merentas hutan, melepasi halangan dan juga beberapa pengisian bagi memantapkan jatidiri peserta. Hujan yang turun sekali-sekala sepanjang program tidak menghalang peserta terus mengikuti semua aktiviti yang telah disediakan.

MEGAH 2010 diakhiri dengan ucapan perasmian penutup oleh Tuan Haji Ishak Bin Dun, Naib Yang Di-Pertua Ikatan Muslimin Malaysia cawangan Perak.

isma PUSAT

1 Komen

Filed under Aktiviti, Camping, info KRIM nasional, Uncategorized