Hampir 400 pelajar sertai Seminar Pendidikan Kerjaya KRIM Kedah

Kubang Pasu, 28 September – Kelab Remaja ISMA (KRIM) Kedah dengan kerjasama Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu telah mengadakan satu Seminar Pendidikan Kerjaya di SMS Kubang Pasu. Program ini telah mendapat penyertaan dari 10 sekolah sekitar daerah Kubang Pasu dan Alor Setar dengan jumlah peserta kira-kira 380 orang.

Antara objektif program ini ialah memberi pendedahan kepada pelajar tentang pelbagai aliran pendidikan yang boleh disertai selepas tamat persekolahan.

Program bermula seawal 8.45 pagi dengan dirasmikan oleh Penolong Kanan SMS Kubang Pasu iaitu Puan Rafeah. Program diteruskan dengan Taklimat Pembiayaan Pelajaran oleh wakil dari PTPTN iaitu Ustaz Yusnaidi yang berpengalaman selama 3 tahun dalam menguruskan pinjaman PTPTN di UUM.

Program diteruskan dengan ceramah kerjaya yang membariskan 6 orang penceramah yang mewakili bidang perubatan, perakauanan, kejuruteraan, perundangan, perniagaan dan agama. Antaranya iaitu Dr Ummu Harieza bt Abdul Aziz, Pegawai Perubatan di Klinik Perubatan Kangar; Puan Rohaida bt Abdul Latif, Pensyarah Perakaunan UUM; En Hamzah bin Sakeran, Pensyarah Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan di UMP; En Mohd Luttfi b Abd Khalid, Peguam Syarie; Puan Hasifah bt Zainuddin, Pengurus Kumpulan Tadika Nur Syifa; dan Ustaz Riduan b Ahmad, Pensyarah Akademik Institut Pendidikan Guru Kampus Sungai Petani.

Perbincangan forum ini berkisar tentang pengalaman penceramah semasa mereka belajar dan pengalaman bekerja. Banyak tip-tip berharga yang boleh dikutip oleh adik-adik peserta antaranya pelajar mesti mempunyai matlamat mengapa mereka belajar, usaha yang berterusan untuk menjadi pelajar yang berjaya, menguasai bahasa dengan baik sama ada bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Arab ataupun bahasa-bahasa lain. Semoga dengan perkongsian pengalaman oleh para penceramah akan meniup semangat adik-adik peserta untuk meraih kejayaan dalam peperiksaan dan mendapat gambaran awal tentang alam pekerjaan.

Program terakhir iaitu ceramah motivasi yang disampaikan oleh Dr Haji Mohd Arif b Mat Noor yang memberi tips-tips kejayaan iaitu fokus terhadap apa yang hendak dicapai. Penyampaian secara bersantai itu diharapkan dapat memberi satu lonjakan kepada adik-adik peserta untuk mencapai apa yang diimpikan dalam hidup mereka.

Program diakhiri dengan ucapan penutup oleh Dr Zulkifli bin Yusof, Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia cawangan Kedah.

Sumber: Blog ISMA Kedah

2 Komen

Filed under Aktiviti, Program di SEKOLAH

2 responses to “Hampir 400 pelajar sertai Seminar Pendidikan Kerjaya KRIM Kedah

  1. nurul fitriah

    salam.saya pengawas sm sains kubang pasu (KUPSIS) dan saya menyertai seminar ini.pada pendapat saya,seminar dan forum ini amat berguna.penganjuran aktiviti seperti ini amat ditunggu oleh para pelajar.terima kasih

  2. salam,

    adik Nurul Fitriah, alhamdulillah, tahniah kerana berjaya mengikuti program ini dengan jayanya, semoga Allah memberkati dan merahmati adik dan kawan-kawan. semoga terus sukses in sya Allah. 🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s