Category Archives: Hebahan

Makluman aktiviti

JOM MERIAHKAN RAMADAN DI KAWASAN ANDA

PROGRAM REMAJA DI NEGERI SEMBILAN


PROGRAM REMAJA DI KAWASAN BANGI & KAJANG


PROGRAM REMAJA DI KAWASAN DUNGUN, TERENGGANU

6 Komen

Filed under Hebahan, Ramadan

TAHNIAH PENULIS MUDA PEMENANG CERPEN ISLAMI

Pihak Kelab Remaja ISMA dengan berbesar hati menjemput ANDA SEKELUARGA UNTUK MENGHADIRI Majlis Anugerah Pemenang Cerpen Islami dan PELANCARAN BUKU CERPEN KRIM pada hari Sabtu jam 9.00 pagi, 28 Ogos 2010 di Pentas Utama, Kompleks PKNS, Shah Alam.

Majlis ini diadakan sempena memberi penghargaan kepada para pemenang dan pengenalan lebih mendalam tentang Kelab Remaja ISMA.

Majlis secara eksklusif ini akan dihidangkan dengan nasyid, tayangan video dan pameran KRIM. Ia juga dimeriahkan dengan pelancaran buku cerpen KRIM iaitu himpunan cerpen-cerpen pemenang pertandingan ini.

Teruskan membaca

16 Komen

Filed under Cerpen, Hebahan, info krim PUSAT

MAJLIS ANUGERAH PEMENANG CERPEN ISLAMI

Masa yang ditunggu telah tiba……

Setelah penantian yang penuh kesabaran…..

Penghakiman juri sekian lama……..

Alhamdulillah, pada hari Sabtu jam 9.00 pagi, 28 Ogos 2010 akan diadakan Majlis Anugerah Pemenang Cerpen Islami buat para peserta cerpen Islami di Pentas Utama, Kompleks PKNS, Shah Alam.

Majlis ini diadakan sempena memberi penghargaan kepada para pemenang dan pengenalan lebih mendalam tentang Kelab Remaja ISMA.

Majlis secara eksklusif ini akan dihidangkan dengan nasyid, tayangan video dan pameran KRIM. Ia juga dimeriahkan dengan pelancaran buku cerpen KRIM iaitu himpunan cerpen-cerpen pemenang pertandingan ini.

JUMPA DI SANA…….

*pemenang akan dihubungi dan dihantar surat……….


7 Komen

Filed under Cerpen, Hebahan, info krim PUSAT

JOM NYATAKAN SOKONGAN ANDA DENGAN LEBIH JELAS!!!

demo-ll4g.gif

Anda sedih dengan kematian pejuang2 kemanusiaan Palestin??!
Anda geram dengan tindakan kejam tentera haram Zionis??!!
Anda tak betah berdiam diri di hadapan kekejaman ini??!!

Tahukah anda, pelayaran Lifeline For Gaza (LL4G) bermula di Turki?

…Tahukah anda, KERAJAAN TURKI memberi sokongan dan sumbangan yg besar dalam usaha LL4G?

Tahukah anda, majoriti lebih 19 orang yg syahid dalam peristiwa Flotilla Freedom adalah warga Turki?

KENAPA TURKI???

Kedudukan penting  kerajaan Turki dalam isu sekatan dan usaha menghentikannya, di samping tindakan-tindakanny a yang terkini meletakkan negara Turki seolah-olah sebutir cahaya kecil yang menyinar di tengah-tengah gelap pekat kebisuan negara-negara Arab dan Islam berhubung isu Palestin.

Menunjukkan sokongan kepada kerajaan Turki dalam isu ini merupakan langkah pro-aktif, menumpu kepada “circle of influence” dalam konteks solidariti negara-negara Islam.

USAHA MEMBEBASKAN PALESTIN INI ADALAH ISU KITA BERSAMA SEMUA UMAT ISLAM

Teruskan membaca

Tinggalkan komen

Filed under Aktiviti, Berita Semasa, Hebahan, info KRIM nasional

PERTANDINGAN MENULIS CERPEN ISLAMI ANJURAN BERSAMA KELAB REMAJA ISMA DAN TELAGA BIRU

AYUH JANGAN LEPASKAN PELUANG ANDA UNTUK MENUNJUKKAN BAKAT PENULISAN ANDA DAN MEREBUT HADIAH YANG LUMAYAN.

MAKLUMAT LEBIH TERPERINCI ADA DI BAWAH :


7 Komen

Filed under Cerpen, Hebahan

Anda menghadapi masalah dengan Matematik Tambahan?

Berita baik buat pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Matematik Tambahan SPM.

Anda menghadapi masalah untuk menjawab soalan MATEMATIK TAMBAHAN?

Anda selalu gagal dalam subjek ADD MATH?

Jangan putus asa. Masih banyak masa untuk berusaha sehingga berjaya memperoleh A+ untuk subjek MATEMATIK TAMBAHAN.

KRIM Melaka menyediakan khidmat “MENTOR-TO-MENTEE” kepada pelajar muslim yang berminat.

Tenaga pengajar merupakan:

  1. Pelajar Terbaik SPM 2001 Sekolah Menegah Teknik Tunku Abdul Rahman Putra, Pulau Pinang
  2. Memperoleh keputusan SPM 10A (7A1 dan 3 A2)
  3. Memperoleh A1 untuk subjek Matematik Tambahan
  4. Lulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dari University of Auckland, New Zealand
  5. Bekerja sebagai Jurutera Mekanikal di Petronas Penapisan Melaka

Jadi, tunggu apa lagi. Rebutlah peluang keemasan yang ada.

1 Komen

Filed under akademik, Hebahan

Program Daurah Kelab Remaja ISMA (KRIM) Perak

Sukacita dimaklumkan bahawa sebuah program Daurah akan diadakan pada hari Ahad, 9 Mei 2010 dibawah anjuran Kelab Remaja ISMA (KRIM) Perak.

Berikut adalah butiran lanjut mengenai program tersebut:

PENDAHULUAN

Anak-anak merupakan anugerah Allah yang tidak terhingga nilainya. Mereka pewaris kepada dai’ Ilallah. Anak-anak ini perlu dididik dan diasuh dengan sebaiknya demi melahirkan generasi yang beriman, beramal dan bertaqwa. Cabaran dunia kini mendedahkan anak-anak remaja kepada pelbagai gejala sosial dan pengaruh-pengaruh yang tidak menepati syariat Islam.

Anak-anak terdedah dengan pelbagai pengaruh teknologi seperti televisyen dan internet yang sering memaparkan pelbagai hiburan yang tidak menepati syariat Islam. Justeru itu, Daurah ini dirancang untuk mendedahkan kepada anak-anak remaja bahawa perlu ada pengisian dan ilmu pengetahuan yang mantap agar menjadi benteng daripada pelbagai dugaan masakini.

MATLAMAT

Mendedahkan kepada anak-anak remaja KRIM Perak dengan realiti masyarakat dahulu, kini dan akan datang. Ini semua sebagai persediaan mental dan fizikal agar mereka bersedia dengan cabaran-cabaran akan datang.

UNTUK MAKLUMAT LEBIH LANJUT SILA LAYARI LAMAN KRIM PERAK

http://krimperak.blogspot.com/

Tinggalkan komen

Filed under Aktiviti, Hebahan, info krim Perak