Author Archives: petugas_krim

SALAM AIDILFITRI KEPADA WARGA KRIM SELURUH MALAYSIA

Assalamualaikum, salam sejahtera buat para remaja muslim seluruh malaysia. Mudah-mudahan sehat belaka dan dalam keadaan baik.

Barangkali ada yang sudah pulang beraya di kampung halaman ataupun hanya beraya di kediaman masing-masing dek persediaan UPSR, PMR & SPM yang bakal menjelang. Mungkin juga ada yang dah tak sabar-sabar memakai pakaian baru, menyentap kuih raya mahupun ‘bergaya sakan’ di depan cermin. Apa pun, semoga segala usaha menjadi baik dan amal soleh yang kita lakukan tidak terhenti apabila berlabuhnya tirai ramadan, Syeikh Yusuf al Qardawi berkata

“JADILAH KAMU HAMBA KEPADA ALLAH SEPANJANG MASA, BUKAN KETIKA BULAN RAMADAN SAHAJA”

Teruskan membaca

Advertisements

Tinggalkan komen

Filed under Isu Semasa, Tazkirah dan peringatan

SEJARAH BERMULA DI KOMPLEKS PKNS SHAH ALAM

antara pemenang dan pengunjung yang hadir

Pada 28 ogos yang lalu telah berlangsung dengan gilang-gemilangnya Majlis Penganugerahan Pemenang cerpen Islami anjuran Kelab Remaja ISMA dan Telaga Biru sdn bhd di kompleks PKNS Shah Alam, Selangor. Pelancaran buku koleksi cerpen pemenang-pemenang juga diadakan serentak bersama majlis tersebut.

Majlis Anugerah ini telah menjemput   tetamu kehormat,  Ust. Abdullah Zaik, presiden ISMA, Mejar Nazri Osman, Pengerusi Kelab Remaja ISMA, En. Mohd Hazli Hasan, Ketua Unit Sains Sosial PPD Petaling Perdana dan En. Faruq Zahran, wakil Telaga Biru sdn bhd. Ia juga dimeriahkan dengan kehadiran kebanyakkan pemenang-pemenang cerpen Islami, terdapat juga pemenang yang tidak dapat hadir atas sebab trial SPM dan jarak lokasi.

barisan tetamu kehormat

Hari yang penuh sejarah itu bermula seawal jam 9.30 pagi, dengan ucapan alu-aluan daripada para tetamu kehormat. Ucapan dimulakan oleh Pengerusi KRIM, Mejar Nazri Osman yang mengingatkan tentang keadaan remaja hari ini dan juga usaha yang serius perlu segera dilaksanakan untuk membimbing mereka. KRIM tampil untuk menyahut seruan itu dari segenap aspek untuk membawa remaja Malaysia kembali melakarkan kegemilangan bangsa dan Islam.

Teruskan membaca

4 Komen

Filed under Aktiviti, Berita Semasa, info krim PUSAT

SAAT TERBAIK UNTUK BERUBAH…

Kebelakangan ini kita melihat gejala sosial di kalangan remaja semakin membimbangkan. Terutamanya golongan remaja Melayu Islam. Dari kes buli, gangsterisme dan ponteng sekolah hinggalah kepada kes-kes berat seperti bunuh, dadah dan zina. Perkembangan ini saban hari dilihat seolah-olah tidak akan berhenti. Setiap hari ada sahaja kes-kes yang melibatkan golongan ini dipaparkan di media-media massa. Dan perkara ini juga tidak mengenal masa dan ketika, hinggakan di bulan Ramadan yang mulia ini juga kita masih terdengar akan kes-kes seperti ini.

Baru-baru ini juga dapat kita lihat bagaimana jauhnya remaja kita daripada agama di mana pihak berkuasa yang menjalankan operasi di sebuah kelab malam telah menangkap beberapa remaja perempuan Islam yang berhibur di situ dan mereka juga didapati meminum arak. Lebih menyedihkan ialah kerana perkara ini berlaku pada bulan Ramadan yang mulia.

Apabila kita melihat pada perkembangan-perkembangan terkini ini, seolah-olah cita-cita kita untuk membina generasi harapan yang akan kembali menegakkan Islam di tanah air kita terlalu jauh. Remaja yang suatu hari nanti akan menjadi pelapis kepada kepemimpinan negara dilihat seolah-olah tiada agenda perjuangan dalam diri mereka. Jatidiri yang terlalu lemah sehingga timbul persoalan dalam diri kita, “Orang yang seperti inikah yang kita mahu untuk memimpin negara kita.?” Jawapan bagi persoalan ini tentulah tidak. Tapi memang mudah untuk berkata-kata berbanding untuk bekerja. Dan perkara ini tidak akan selesai dengan hanya berkata-kata, debat sana-sini, buat bengkel itu dan ini tanpa disertai dengan usaha dan pelaksanaannya.

Teruskan membaca

Tinggalkan komen

Filed under Ramadan, Tazkirah dan peringatan

KELEBIHAN BULAN RAMADAN YANG HARUS DISEDARI

Daripada Salman al-Farisi ra berkata: Pada hari terakhir bulan Sya’ban Rasulullah s.a.w telah berkhutbah kepada kami dengan sabdanya yang bermaksud:

“Wahai manusia, sesungguhnya kamu telah dinaungi oleh bulan yang agung dan bulan yang penuh berkat. Bulan yang padanya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Allah telah menjadikanpuasa padanya (Ramadhan) satu kefardhuan dan melakukan qiam di malamnya sebagai amalan sunat. Sesiapa yang melakukan satu amalan kebaikan padanya, maka baginya ganjaran seumpama melakukan satu amalan fardu. Dan sesiapa yang melakukan satu amalan fardu, maka baginya ganjaran seumpama melakukan tujuh puluh amalan fardu. Ramadhan adalah bulan kesabaran dan sabar ganjarannya adalah syurga. Ramadhan juga adalah bulan saling tolong-menolong dan bulan di mana akan ditambah rezki orang-orang Mukmin.

Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa (sewaktu berbuka), maka baginya keampunan terhadap dosa-dosanya, diselamatkan batang tengkuknya dari api neraka dan baginya ganjaran pahala yang sama seperti orang yang berpuasa itu tanpa berkurang walau sedikit pun.” Kami bertanya: Wahai Rasulullah, tidak semua di kalangan kami yang memiliki sesuatu untuk diberikan kepada orang yang berpuasa? Lalu baginda s.a.w menjawab: “Allah akan menganugerahi ganjaran pahala tersebut kepada sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa (walau) dengan seteguk susu, tamar ataupun air. Sesiapa memberi makan sehingga kenyang kepada orang yang berpuasa, maka Allah akan memberinya minum dengan air telagaku di mana orang yang meminumnya tidak akan merasa dahaga sehinggalah dia masuk ke dalam syurga.

Teruskan membaca

Tinggalkan komen

Filed under Ramadan, Tazkirah dan peringatan

JOM MERIAHKAN RAMADAN DI KAWASAN ANDA

PROGRAM REMAJA DI NEGERI SEMBILAN


PROGRAM REMAJA DI KAWASAN BANGI & KAJANG


PROGRAM REMAJA DI KAWASAN DUNGUN, TERENGGANU

6 Komen

Filed under Hebahan, Ramadan

TAHNIAH PENULIS MUDA PEMENANG CERPEN ISLAMI

Pihak Kelab Remaja ISMA dengan berbesar hati menjemput ANDA SEKELUARGA UNTUK MENGHADIRI Majlis Anugerah Pemenang Cerpen Islami dan PELANCARAN BUKU CERPEN KRIM pada hari Sabtu jam 9.00 pagi, 28 Ogos 2010 di Pentas Utama, Kompleks PKNS, Shah Alam.

Majlis ini diadakan sempena memberi penghargaan kepada para pemenang dan pengenalan lebih mendalam tentang Kelab Remaja ISMA.

Majlis secara eksklusif ini akan dihidangkan dengan nasyid, tayangan video dan pameran KRIM. Ia juga dimeriahkan dengan pelancaran buku cerpen KRIM iaitu himpunan cerpen-cerpen pemenang pertandingan ini.

Teruskan membaca

16 Komen

Filed under Cerpen, Hebahan, info krim PUSAT

MAJLIS ANUGERAH PEMENANG CERPEN ISLAMI

Masa yang ditunggu telah tiba……

Setelah penantian yang penuh kesabaran…..

Penghakiman juri sekian lama……..

Alhamdulillah, pada hari Sabtu jam 9.00 pagi, 28 Ogos 2010 akan diadakan Majlis Anugerah Pemenang Cerpen Islami buat para peserta cerpen Islami di Pentas Utama, Kompleks PKNS, Shah Alam.

Majlis ini diadakan sempena memberi penghargaan kepada para pemenang dan pengenalan lebih mendalam tentang Kelab Remaja ISMA.

Majlis secara eksklusif ini akan dihidangkan dengan nasyid, tayangan video dan pameran KRIM. Ia juga dimeriahkan dengan pelancaran buku cerpen KRIM iaitu himpunan cerpen-cerpen pemenang pertandingan ini.

JUMPA DI SANA…….

*pemenang akan dihubungi dan dihantar surat……….


7 Komen

Filed under Cerpen, Hebahan, info krim PUSAT