Category Archives: info krim DAERAH HULU LANGAT

maklumat tentang aktiviti krim di Daerah Hulu Langat

AHLI KRIM DHL BERJALAN, MELIHAT DAN MENTAFSIR ALAM

Kepong, 20 Mac 2010 – Bersempena cuti sekolah, KRIM DHL menganjurkan rehlah KRIM puteri di Forest Research Institute of Malaysia(FRIM), Kepong hari ini. Seramai 17 orang peserta telah mengikuti rehlah ini dan berjaya melalui Titian Kanopi (Canopy Walkway)  yang merupakan antara tarikan utama di FRIM.

“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal”… (Ali Imran, 190)

Selain bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah antara ahli dan mencintai alam sekitar, rehlah ini juga diadakan untuk memastikan ahli KRIM puteri sentiasa melakukan riadhah untuk membentuk tubuh badan yang cergas dan disukai oleh Allah.

Walaupun FRIM berada tidak jauh dari hiruk pikuk kota, hutan semulajadi ini ternyata memberi ketenangan yang berbeza kepada ahli KRIM puteri yang melawat ke tempat ini. Sepanjang perjalanan menyelusuri Canopy Trail, para peserta berpeluang melihat keindahan pelbagai jenis flora dan fauna ciptaan Al-Khaliq.

Perjalanan mendaki selama 30 minit ke pondok Canopy Walkway sememangnya menguji ketahanan diri para peserta. Namun semua penat lelah berbaloi apabila tiba di pondok Canopy Walkway. Setelah diberi taklimat keselamatan ringkas dari penjaga Canopy Walkway, para peserta dilepaskan satu persatu ke titian gantung yang dibina  setinggi 30m dari aras laut. Peserta juga diberi peluang untuk berhenti di pelantar yang dibina di atas pokok di antara titian-titian untuk melihat pemandangan dan mengambil gambar. Alhamdulillah, kesemua peserta selamat meniti titian sepanjang 200m walaupun pada awalnya ramai yang merasa gayat berada di tempat tinggi.

Dalam perjalanan turun dari Canopy Walkway, para peserta berhenti untuk melepaskan lelah di tepi air terjun sambil mendengar pengisian dari AJK KRIM puteri yang mengajarkan doa melihat alam kepada peserta-peserta.
“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.” (Ali-Imran : 190-191)

Para peserta dianjurkan untuk sentiasa melihat alam sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan kecintaan terhadap Allah kerana Allah tidak akan mencipta sesuatu dengan sia-sia, oleh itu kajilah hikmah ciptaan Allah kerana di dalamnya terdapat peringatan kepada umat manusia.

krim DHL  Puteri

Tinggalkan komen

Filed under Aktiviti, info krim DAERAH HULU LANGAT, Outdoor

Program “We Love Seerah” anjuran KRIM Hulu Langat

Program: Boyz ii Men & Pretty Gurlz 2009

Tema: We Love Seerah

Tarikh: 11-13 Disember 2009

Tempat: Nur Laman Bestari, Hutan Lipur Sg. Tua, Ulu Yam, Selangor

Penyertaan: Remaja berusia 13-17 tahun

Aktiviti Menarik:

  • Pengisian Rohani
  • Junggle Tracking
  • Treasure Hunt
  • Games
  • Qiamullail.

Teruskan membaca

7 Komen

Filed under Hebahan, info krim DAERAH HULU LANGAT

Program Palestin dan Qiyam KRIM DHL di Surau Al-Kauthar Bandar Tasik Kesuma

Bandar Tasik Kesuma, 21 Februari 2009 – Alhamdulillah, Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia cawangan Daerah Hulu Langat (KRIM DHL) dengan kerjasama Aman Palestin Berhad dan Surau Al-Kauthar, Bandar Tasik Kesuma, Semenyih telah berjaya menganjurkan Program Palestin dan Qiyamullaiul Remaja di surau tersebut pada Sabtu, 21 Februari 2009.

kesuma3

Teruskan membaca

1 Komen

Filed under Aktiviti, Alam Islami, info krim DAERAH HULU LANGAT, Kem Ibadah

Kem Boyz ii Men & Kem Pretty Gurlz mengumpulkan 130 remaja

Kem Herba – Hulu Langat, 20 November – Kem Boyz ii Men telah berjaya menarik minat seramai 50 remaja lelaki di sekitar Hulu langat, dan beberapa peserta daripada daerah lain. Manakala Kem Pretty Gurlz disertai seramai 69 remaja puteri.

aktiviti 1

Berkonsepkan ‘outdoor dan kerjasama berpasukan’, para perserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan kumpulan-kumpulan tersebut telah diuji dengan pelbagai aktiviti pembinaan kendiri dan kumpulan di samping aktiviti-aktiviti luar. Ketua kumpulan dikalangan remaja telah dilantik bagi setiap kumpulan dan dibantu oleh abang-abang fasilitator daripada Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam tempatan.

Teruskan membaca

5 Komen

Filed under Aktiviti, info krim DAERAH HULU LANGAT, Outdoor

Program Cuti Sekolah KRIM Hulu Langat

Kelab Remaja ISMA (KRIM) Hulu Langat akan menyajikan para remaja sekitar Daerah Hulu Langat dengan program perkhemahan musim cuti sekolah. Berbagai aktiviti menarik yang akan disusun untuk memenuhi citarasa dan jiwa remaja.
Butiran kem “Boyz II Men” dan kem “Pretty Gurlz” adalah seperti berikut:

Tarikh: 14 – 16 November 2008 (Jumaat – Ahad)
Tempat: Kem Herba Sungai Congkak, Hulu Langat, Selangor
Yuran: RM 90 shj.

pretty-gurlz

34 Komen

Filed under Aktiviti, Camping, info krim DAERAH HULU LANGAT

9 pasukan berentap Di SMKA Maahad Hamidiah Kajang

Pada tanggal 1 Jun 2008 yang lalu, KRIM DHL telah menganjurkan Kejohanan Bolasepak Remaja 9 Sebelah bagi Daerah Hulu Langat. Kejohanan ini telah diadakan bersempena cuti sekolah baru-baru ini. Kejohanan ini juga menjadi gelanggang bagi memilih dua pasukan terbaik remaja bagi mewakili KRIL DHL ke Karnival Bolasepak 9 Sebelah ISMA peringkat nasional pada 7 Jun 2008. Padang bolasepak Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah, Kajang telah menjadi gelanggang kejohanan pada tahun ini.

Teruskan membaca

1 Komen

Filed under Aktiviti, info krim DAERAH HULU LANGAT, Kejohanan Sukan

Kejohanan Bola Jaring Remaja Puteri 2008 Anjuran KRIM DHL Meriah

Padang UKM Bangi, 26 April (Sabtu) – Kelab Remaja ISMA (sayap puteri) Daerah Hulu Langat (“KRIM DHL”) telah berjaya menganjurkan satu kejohanan sukan bola jaring untuk para remaja puteri yang buat julung kalinya diadakan.

Kejohanan yang diberi nama Kejohanan Bola Jaring Remaja Puteri DHL 2008 telah berjaya menarik minat 6 pasukan remaja puteri berumur lingkingan 13 – 17 tahun yang terdiri daripada sekolah-sekolah di sekitar Daerah Hulu Langat dan juga turut melibatkan jemputan daripada sekolah luar. Kejohanan tersebut telah diadakan di padang bola jaring B dan C Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi. Sebelum kejohanan bermula, proses pengundian dan taklimat kejohanan telah diadakan. Pasukan-pasukan yang bertanding telah dibahagikan kepada dua kumpulan.

Teruskan membaca

7 Komen

Filed under Aktiviti, info krim DAERAH HULU LANGAT, Kejohanan Sukan