Category Archives: Program di SEKOLAH

Hampir 400 pelajar sertai Seminar Pendidikan Kerjaya KRIM Kedah

Kubang Pasu, 28 September – Kelab Remaja ISMA (KRIM) Kedah dengan kerjasama Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu telah mengadakan satu Seminar Pendidikan Kerjaya di SMS Kubang Pasu. Program ini telah mendapat penyertaan dari 10 sekolah sekitar daerah Kubang Pasu dan Alor Setar dengan jumlah peserta kira-kira 380 orang.

Antara objektif program ini ialah memberi pendedahan kepada pelajar tentang pelbagai aliran pendidikan yang boleh disertai selepas tamat persekolahan.

Program bermula seawal 8.45 pagi dengan dirasmikan oleh Penolong Kanan SMS Kubang Pasu iaitu Puan Rafeah. Program diteruskan dengan Taklimat Pembiayaan Pelajaran oleh wakil dari PTPTN iaitu Ustaz Yusnaidi yang berpengalaman selama 3 tahun dalam menguruskan pinjaman PTPTN di UUM.
Advertisements

2 Komen

Filed under Aktiviti, Program di SEKOLAH

SELANGKAH KE MAKTAB MAHMUD POKOK SENA

LANGGAR, 8 Mei – Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia ( KRIM ) cawangan Kedah telah mengorak langkah ke sebuah lagi rangkaian Maktab Mahmud untuk memenuhi undangan menyampaikan ceramah motivasi bagi warga pelajar tingkatan satu hingga tingkatan enam Maktab Mahmud cawangan Pokok Sena.
Komited dengan usaha KRIM dalam melaksanakan agenda melahirkan remaja yang bermotivasi dan beriltizam seterusnya membina jatidiri remaja hebat, timbalan pengarah dan seorang ahli jawatankuasa KRIM Kedah telah turun menjayakan program tersebut.
Tepat pukul 11.30 pagi, program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ustaz Zukri merangkap penolong kanan Maktab Mahmud Pokok Sena. Seusai ucapan aluan ringkas, sesi pengenalan KRIM telah disampaikan oleh timbalan pengarah KRIM Kedah yang juga merangkap penceramah pada pagi tersebut iaitu Dr. Haji Mohd Ariff bagi mengisi slot yang pertama.
Taklimat tersebut menekankan aspek-aspek yang ingin dilaksanakan dan matlamat KRIM yang ingin diketengahkan kepada masyarakat dalam membaiki peribadi dan suasana yang suram pada zaman kini khususnya buat remaja.

Pada akhir sesi pertama ini, pelajar-pelajar telah ditayangkan klip video aktiviti KRIM Kedah yang pernah dilaksanakan.
Sesi yang seterusnya disambung dengan penyampaian ceramah motivasi oleh Dr. Haji Mohd Ariff yang merupakan seorang pakar motivasi. Sekitar panyampaian beliau, pelajar-pelajar ditekankan supaya menitikberatkan aspek kunci masa, sentiasa berfikiran positif dan kehadapan bagi meledakkan potensi diri yang terpendam seiring yang dituntut oleh Al-Quran dan As-Sunnah. Di samping penyampaian oleh beliau, pelajar-pelajar juga diselitkan dengan beberapa aktiviti menarik yang ingin mencungkil kunci-kunci ke arah meledakkan potensi diri masing-masing.
Aspek utama yang ditekankan oleh Dr. Haji Mohd Ariff ialah kejelasan matlamat dan halatuju yang merupakan perkara yang sangat perlu diperhatikan dalam menjayakan potensi diri yang wujud. Selain itu, beliau juga memperlihatkan bagaimana tenaga air dalam membantu kekuatan diri apabila air tersebut dialirkan tenaga-tenaga positif. Ini menunjukkan kepentingan ‘positive thinking’ dalam merealisasikan kehendak. Fokus juga merupakan aspek penting yang diterangkan oleh beliau dalam aktiviti yang terakhir.
Setelah tamat sesi ceramah pada 1.30 petang, majlis ditutup dan pelajar-pelajar mula mengerumuni Dr. Haji Mohd Ariff bagi mandapatkan penjelasan yang lebih mendalam tentang tenaga air dan pengalaman-pengalaman beliau. Jualan Al-Mathurat terbitan bersama QSI Alpha dan Ikatan Muslimin Malaysia cawangan Perlis juga mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pelajar-pelajar. Pihak jawatankuasa KRIM menaruh harapan yang tinggi pada pelajar-pelajar Maktab Mahmud Pokok Sena kerana mereka adalah bakal menjadi generasi harapan agama.
krim KEDAH

Tinggalkan komen

Filed under Aktiviti, info krim KEDAH, Kem motivasi dan ceramah agama, Program di SEKOLAH

Kem Bina Sahsiah dan Jatidiri Remaja 2010 Melakar Sejarah

Majlis Perasmian Penutup oleh YB Datuk Hj Ghazale Bin Muhamad
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri Melaka

SUNGAI UDANG, 7 – 9 Mei 2010 – Kelab Remaja ISMA (KRIM) Melaka melakar sejarah apabila buat pertama kalinya diberi peluang untuk bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Jabatan Pelajaran Melaka (JPM) dalam penganjuran Kem Bina Sahsiah dan Jatidiri Remaja bertempat di Melaka Tropical Fruit Farm, Sungai Udang. Bertemakan “Memantapkan Ukhuwah Memperkasa Ummah”, kem 3 hari 2 malam anjuran Kerajaan Negeri Melaka ini berjaya mengumpulkan seramai 92 orang pelajar tingkatan 4 daripada lebih 20 buah sekolah menengah harian terpilih di seluruh Melaka. Para peserta yang hadir ini terdiri daripada barisan kepimpinan di sekolah masing-masing.

Program dimulakan dengan sesi taklimat pada jam lima petang oleh pihak urusetia JAIM. Usai makan malam dan solat Isyak berjemaah, para peserta berkumpul di Dewan Utama bagi mengikuti sesi “Ice Breaking” yang dikendalikan oleh En Sulaiman bin Abd Rahman. Para peserta kelihatan seronok mengikuti aktiviti-aktiviti yang menarik bagi meleraikan perasaan segan dan malu meskipun baru pertama kali berjumpa. Selesai slot “Ice Breaking”, program diteruskan dengan slot Mengenali Diri dan Potensi Diri oleh Encik Muhammad Aizat bin Rasli. Melalui slot ini, para peserta didedahkan dengan pelbagai bentuk personaliti seorang pemimpin yang dapat membantu mereka menggalas tugas sebagai pemimpin kelak.

Hari kedua program dimulakan dengan aktiviti Qiamulail pada jam 4.30 pagi. Selesai solat Subuh, para peserta menuju ke dewan untuk mengikuti Slot “Sharing Is Caring”. Dalam slot ini, para peserta ditayangkan video berkisarkan tentang remaja perempuan contoh bernama Siti Fatimah yang merupakan Pelajar Cemerlang SPM Tahun 2006 dengan keputusan 18A. Video tersebut memberikan sumber inspirasi kepada para peserta untuk mencontohi watak Siti Fatimah yang merupakan watak remaja zaman ini yang sangat hampir usianya dengan peserta. Kemudiannya, peserta melakukan aktiviti senaman pagi sebelum menikmati sarapan pagi dan hemat diri. Slot yang kedua bertajuk “Remaja Muslim – Dari Mana Nak Ke Mana” disampaikan oleh En Mursyidi bin Mohammad. Pelajar diterapkan tentang motivasi dan kesedaran untuk bangkit menjadi remaja Muslim cemerlang, bukan sahaja dalam aspek akademik semata-mata malah dalam aspek ibadah, akhlak, ilmu pengetahuan dan juga penjagaan kesihatan tubuh badan.

Pada sebelah petangnya, program diteruskan dengan slot Eksplorasi Alam oleh Cikgu Abdul Razak bin Kassim. Slot ini sedikit sebanyak membuka minda para peserta akan keluasan dan kehebatan ciptaan Allah yang Maha Berkuasa yang tiada tandingannya. Gaya penyampaian penceramah seakan-akan membawa peserta menjelajah kehebatan dan rahsia alam semesta yang terbentang luas. Program kemudiannya diteruskan dengan sesi LDK dan aktiviti “Team Building”. Keseronokan jelas terpancar di wajah peserta ketika menjalani aktiviti ‘Teambuilding’ yang ternyata banyak menguji ketangkasan dan semangat kerjasama sesama mereka.

Untuk sesi malam, peserta disajikan pula dengan aktiviti “Jejak Si buta” dan “Sebelum Mata Terlena”. Pelbagai ragam dan aksi ditonjolkan oleh peserta untuk melepasi halangan sewaktu aktiviti ‘Jejak Si Buta’. Manakala, slot “Sebelum Mata Terlena” pula berjaya memberikan kesedaran kepada peserta akan jasa dan pengorbanan ibu dan ayah sejak dari kecil. Suasana berubah menjadi sayu dan air mata penyesalan tidak dapat ditahan daripada mengalir.

Hari terakhir kem dimulakan dengan ceramah bertajuk “Towards A Brighter Future” yang disampaikan oleh Ustaz Zaidi bin Abd Jalil. Di dalam slot ini, kehebatan peribadi Sultan Muhammad Al-Fatih menjadi intipati utama penyampaian agar para peserta dapat mencontohi ciri-ciri hebat seorang pemuda yang ada pada tokoh agung ini. Dengan berakhirnya slot tersebut, Kem Bina Sahsiah dan Jatidiri Remaja semakin menghampiri ke kemuncaknya. Ucapan perasmian disampaikan oleh Yang Berhormat Datuk Hj Ghazale bin Muhamad selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri Melaka yang mana dalam ucapan beliau, beliau telah menyatakan penerimaan baik terhadap jalinan kerjasama antara Jabatan Agama Islam Melaka dan Pertubuhan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

krim MELAKA

2 Komen

Filed under Aktiviti, info krim MELAKA, Outdoor, Program di SEKOLAH

ISU PALESTIN di sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH)

Jumaat ,7 Mei – Isu palestin merupakan isu yang terus hangat dikalangan umat islam pada hari ini. Justeru Kelab Remaja ISMA Kedah telah dijemput ke sekolah Menengah Sulatan Abdul Halim (SMSAH) bagi megisi slot ceramah selepas maghrib anjuran badan dakwah dan rohani (BADAR) sekolah tersebut.

Pengisian Slot ceramah isu pelestin ini telah disampaikan dengan jayanya kepada lebih kurang 200 orang pelajar putera SMSAH oleh Sdr Mohd Khalil b Hashim selaku pengarah KRIM kedah dibawah tajuk ’Isu Palestin : Apa Peranan Kita?’. Ceramah selama satu jam ini turut diselang-selikan dengan tayangan video Palestin. Antara isi ceramah yang dibentangkan telah menyentuh beberapa aspek kepentingan isu palestin dan sejauh mana wujudnya kesedaran isu pelestin di dalam masyarakat terutama sekali di kalangan remaja pada hari ini.

Di akhir pembentangan, satu motivasi ringkas dan penuh bersemangat turut disampaikan oleh pakar motivasi iaitu Doktor Hj Mohd Arif bin Mohd Nor yang juga merupakan penolong pengarah KRIM Kedah.
Krim kedah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah terutama pihak badan dakwah daan rohani yang telah sudi menjumput KRIM Kedah untuk mengisi slot ceramah tersebut.Semoga kerjasama yang terjalin antara BADAR SMSAH dan KRIM Kedah ini akan menjadi pemangkin kepada aktiviti dakwah di sekolah.

krim KEDAH

Tinggalkan komen

Filed under Aktiviti, info krim KEDAH, Kem motivasi dan ceramah agama, Program di SEKOLAH

MOTIVASI KRIM KEDAH DI MAKTAB MAHMUD BALING

Baling, 26 April – Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia( KRIM ) cawangan Kedah telah dijemput untuk mengadakan ceramah motivasi untuk pelajar tingkatan satu hingga tingkatan lima di Maktab Mahmud Baling. Bagi membuktikan komitmen KRIM terhadap meningkatkan jatidiri remaja, pengarah dan timbalan pengarah beserta dua ahli jawatankuasa KRIM Kedah telah turun ke Maktab Mahmud Baling untuk menjayakan program tersebut.

Program tersebut bermula pada jam 10.30 pagi dengan ucapan aluan dari Penolong Kanan Maktab Mahmud Baling yang mewakili tuan pengetua. Seterusnya slot pengenalan KRIM kepada para pelajar telah disampaikan sendiri oleh Pengarah KRIM Kedah, saudara Mohd Khalil Hashim. Semasa taklimat tersebut, beliau telah menerangkan tentang matlamat dan halatuju KRIM yang tampil di tengah-tengah masyarakat untuk bersama-sama memainkan peranan dan menawarkan pakej pembangunan yang menyeluruh merangkumi aspek rohani dan jasmani. Taklimat yang turut diselitkan dengan dua tayangan video ringkas berkaitan dengan aktiviti KRIM Kedah berjaya menjelaskan lagi sumbangan yang mampu diberikan oleh KRIM Kedah kepada masyarakat.
Seterusnya slot yang dinanti-nantikan iaitu ceramah motivasi yang disampaikan oleh pakar motivasi, Dr Haji Mohd Arif yang juga merupakan Timbalan Pengarah KRIM Kedah. Ceramah yang berkisar tentang potensi diri yang dimiliki oleh setiap remaja dan permasalahan remaja masakini berjaya membuka minda para pelajar untuk mengembleng seluruh keupayaan diri bagi menjayakan cita-cita melahirkan golongan remaja yang berjiwa kental untuk sama-sama mengajak rakan sebaya dan masyarakat ke arah perkara yang positif dan diredhai Allah. Doktor Haji Arif juga menyatakan bahawa diri kita adalah apa yang kita fikirkan. Jika kita sentiasa berfikiran positif dann bersangka baik dengan segala yang berlaku, insyaAllah kejayaaan akan berada di depa mata. Di akhir slot ceramah tersebut, Doktor haji Arif sempat menjalankan aktiviti berkaitan hipnosis yang cuba merangsang jiwa separa sedar para pelajar bagi dipraktikkan dalam kehidupan seharian.
Selesai slot ceramah, para pelajar mula membanjiri kaunter jualan Islamic Sticker KRIM Kedah. Ternyata jualan barangan berunsur Islam berjaya menambat hati para pelajar. Pihak jawatankuasa KRIM Kedah juga sempat berinteraksi dengan saudara Fadhil (peserta terbaik Jambori Remaja Nasional tahun lepas di Negeri Sembilan) dan dua orang sukarelawan KRIM semasa Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis peringkat zon Utara, saudara Faiz dan Faizzudin. Mereka merupakan pimpinan pelajar di Maktab Mahmud Baling.
En. Habib, Penggerak krim Kedah
krim KEDAH

5 Komen

Filed under Aktiviti, info krim KEDAH, Kem motivasi dan ceramah agama, Program di SEKOLAH

Muzakarah KRIM Kedah bersama BADAR SMSAH

Jitra, 16 April – Bertempat di Masjid Mua’zam Shah, Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH) telah diadakan satu muzakarah ringkas antara KRIM Kedah dan ahli Badan dakwah dan Rohani (BADAR) SMSAH.

Majlis yang diadakan selama sejam selepas solat Isyak telah dihadiri oleh hampir 40 orang ahli BADAR putera dan puteri dan KRIM Kedah pula diwakili oleh Pengarahnya, saudara Mohd Khalil Hashim dan penasihat agama, Ustaz Mohd Kashfi bin Ali yang juga merupakan ketua penasihat BADAR Sekolah Menengah Agama Kedah.

Perbincangan atau muzakarah ini lebih kepada perkongsian pengalaman antara KRIM atau secara khususnya Ustaz Kashfi dalam mengendalikan BADAR di Sekolah Menengah Agama Kedah untuk dipraktikkan di SMSAH.

Pelbagai soalan telah diajukan sepanjang muzakarah tersebut yang mana soalan-soalan yang diajukan lebih menjurus kepada permasalahan yang dihadapi oleh BADAR SMSAH dalam melaksanakan tugas di sekolah. Semua soalan berjaya dijawab dengan baik oleh Ustaz kashfi dan beliau juga turut memberi saranan dan cadangan untuk memantapkan lagi organisasi BADAR di SMSAH.
Mengakhiri sesi muzakarah tersebut, Ustaz kashfi memberi nasihat kepada ahli BADAR yang hadir agar sentiasa menjaga hubungan baik dengan guru dan rakan serta perkara paling penting menurut beliau ialah keperibadian semua ahli BADAR perlu dijaga agar tidak menimbulkan fitnah di sekolah.
Semoga perbincangan seperti ini dapat diteruskan untuk masa-masa yang akan datang dan KRIM Kedah mendoakan agar semua ahli BADAR putera dan puteri terus komited untuk mendidik rakan-rakan sebaya ke arah yang lebih baik dan diredhai Allah, InsyaAllah.

krim KEDAH

Tinggalkan komen

Filed under Aktiviti, info krim KEDAH, Program di SEKOLAH

Slot motivasi di SMK(P) KAPAR, Klang

Pada 17 April 2010 (SAbtu), terlerai sudah satu pertemuan slot ceramah dan aktiviti di SMK(P) KAPAR, Klang. Slot selama 2 jam yang diamanahkan untuk KRIM SAK berjaya dilaksanakan oleh penggerak2 KRIM SAK yang melibatkan seramai hampir 400 orang pelajar perempuan tingkatan 3 dan 5. Progtram dibuat di dalam dewan yang padat, beserta sistem audio yang agak baik, tetapi sistem visual pula kurang ‘çantik’ namun segalnya bukan halangan bagi kami dan berjaya disempurnakan dengan baik.

Tajuk ceramah motivasi, Selamat Tinggal Jahiliyah disampaikan oleh Cikgu Hardi…di selang selikan dengan video klip lagu dan informasi…nyata berjaya mempertahankan minda dan mental pelajar selama sejam setengah..walaupun pada hakikatnya, masa yang diberikan tidak mencukupi…..

Selepas itu, slot di ambil alih oleh Ustazah Noraisyah bagi sesi aktiviti yang cukup menarik….Mudah-mudahan permulaan ini membuka seribu peluang lagi kepada KRIM SAK untuk melebarluaskan aktiviti ke sekolah-sekolah yang lain.

krim Shah Alam Klang

2 Komen

Filed under Aktiviti, info krim SHAH ALAM KLANG, Kem motivasi dan ceramah agama, Program di SEKOLAH