Kejohanan Bola Jaring Remaja Puteri 2008 Anjuran KRIM DHL Meriah

Padang UKM Bangi, 26 April (Sabtu) – Kelab Remaja ISMA (sayap puteri) Daerah Hulu Langat (“KRIM DHL”) telah berjaya menganjurkan satu kejohanan sukan bola jaring untuk para remaja puteri yang buat julung kalinya diadakan.

Kejohanan yang diberi nama Kejohanan Bola Jaring Remaja Puteri DHL 2008 telah berjaya menarik minat 6 pasukan remaja puteri berumur lingkingan 13 – 17 tahun yang terdiri daripada sekolah-sekolah di sekitar Daerah Hulu Langat dan juga turut melibatkan jemputan daripada sekolah luar. Kejohanan tersebut telah diadakan di padang bola jaring B dan C Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi. Sebelum kejohanan bermula, proses pengundian dan taklimat kejohanan telah diadakan. Pasukan-pasukan yang bertanding telah dibahagikan kepada dua kumpulan.

Antara pasukan-pasukan yang bertanding ialah:-

Kumpulan A

  1. Pasukan SMK Bandar Baru Bangi
  2. Pasukan Sekolah Menengah Islam ADNI, Ampang
  3. Pasukan SMKA Maahad Hamidiah, Kajang (A)

Kumpulan B

  1. Pasukan SM Islam Sri Al-Amin (Bangi)
  2. Pasukan SMK Jalan Tiga, BBB
  3. Pasukan SMKA Maahad Hamidiah, Kajang (B)

Kejohanan tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Wanita ISMA DHL, Puan Raba’iah Kamarul Baharin. Sebaik sahaja selesai bacaan ikrar kejohanan oleh wakil KRIM Puteri, perlawanan bola jaring peringkat kumpulan telah dimulakan mengikut jadual yang ditetapkan. Perlawanan berjalan lancar dengan cuaca pagi yang cerah.

Dengan kerjasama dan bantuan sukarela oleh petugas-petugas kejohanan yang berdedikasi serta pengadil-pengadil jemputan yang begitu bersemangat telah berjaya mengawal perjalanan perlawanan dengan baik dan melicinkan lagi perjalanan program tersebut.

Kejohanan yang telah berlangsung sejak daripada pagi bertambah rancak dan menyaksikan kehebatan para pemain. Walaupun sinar matahari semakin memancar terik, semangat yang ditunjukkan oleh mereka semakin berkobar-kobar, tidak berputus asa dan terus berjuang bermati-matian untuk mencapai kemenangan bagi pasukan masing-masing.

Pasukan SMK Bandar Baru Bangi, Pasukan SM Islam Sri Al-Amin Bangi, Pasukan SM Islam ADNI dan pasukan SMKA Maahad Hamidiah Kajang (B) telah layak ke peringkat separuh akhir.

Debaran separuh akhir pertama dan kedua diteruskan selepas 15 minit rehat. Perlawanan separuh akhir pertama telah menemukan pasukan SMK Bandar Baru Bangi dan pasukan SM Islam ADNI sementara separuh akhir kedua menemukan pasukan SM Islam Sri Al-Amin Bangi dan pasukan SMKA Maahad Hamidiah Kajang (B).

Kedua-dua perlawanan berlangsung dengan sengit dan berkesudahan dengan pasukan SMK Bandar Baru Bangi menang ke atas pasukan SM Islam ADNI sekaligus layak mara ke perlawanan akhir bagi menentukan kedudukan Johan dan Naib Johan.

Sementara itu keputusan penuh separuh akhir kedua pula berkesudahan dengan Pasukan SMKA Maahad Hamidiah Kajang (B) terpaksa akur kepada keputusan perlawanan yang memihak kepada pasukan SM Islam Sri Al-Amin Bangi dan sekadar berpuas hati untuk meneruskan permainan ke perlawanan penentuan bagi tempat ketiga dan keempat.

Perlawanan akhir dan perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat telah dijalankan secara serentak.Perlawanan akhir yang menyaksikan di antara Pasukan SMK Bandar Baru Bangi dan pasukan SM Islam Sri Al-Amin Bangi berlangsung agak sengit, diselangi dengan sorakan yang bersemangat oleh para penyokong pasukan masing-masing. Para pemain terus bermain dengan penuh semangat dan bersungguh-sungguh bagi merebut gelaran Juara sekaligus bakal membawa pulang Piala Pusingan Kejohanan.

Sehingga tamat perlawanan dengan tiupan wisel pengadil, akhirnya pasukan SMK Bandar Baru Bangi telah berjaya membuktikan kehandalan mereka dengan menundukkan pihak lawannya, SM Islam Sri Al-Amin yang tidak kurang hebatnya. Keputusan akhir perlawanan secara muktamad telah memihak kepada pasukan Bandar Baru Bangi dan sekaligus mengesahkan kejuaraan mereka dalam kejohanan bagi musim 2008 ini.

Sementara itu, perlawanan di padang sebelah yang menemukan Pasukan SM Islam ADNI dan Pasukan SMKA Maahad Hamidiah Kajang (B) tidak kurang hebatnya.

Perlawanan berlangsung agak sengit dan semakin rancak. Kedua-dua pasukan sungguh bersemangat dan tidak mahu mengalah. Namun semangat kesukanan yang tinggi tetap ditonjolkan dalam perlawanan tersebut. Tiupan wisel penamat daripada pengadil mengesahkan kemenangan Pasukan SM Islam ADNI telah berjaya merebut tempat ketiga.

Pada majlis penutupan, sedikit penyampaian tazkirah oleh Ustazah Wan Nor Adibah yang berkaitan kepentingan tubuh badan yang sihat dan ibadah serta akhlak-akhlak mulia yang perlu ada pada seseorang muslimah.

Majlis diteruskan lagi dengan upacara kemuncak penyampaian hadiah pemenang dan sijil kepada para peserta, yang telah disempurnakan oleh Ketua Wanita ISMA Hulu Langat, Puan Raba’iah Kamarul Baharin dan diiringi oleh Puan Asma Ahmad selaku Pengarah KRIM DHL (Puteri).

Tahniah diucapkan kepada para pemain setiap pasukan yang telah mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi disamping ucapan ribuan terima kasih kepada para guru serta ibu bapa yang hadir untuk memberi sokongan padu kepada pelajar dan anak-anak mereka.

KEPUTUSAN AKHIR KEJOHANAN BOLA JARING REMAJA PUTERI DHL 2008

Johan : Pasukan SMK Bandar Baru Bangi

Naib Johan : Pasukan SM Islam Sri Al-Amin Bangi

Ketiga : Pasukan SM Islam ADNI, Ampang

Keempat : Pasukan SMKA Maahad Hamidiah Kajang (B)

Setiap pasukan bertanding juga membawa pulang hamper saguhati.

Advertisements

7 Komen

Filed under Aktiviti, info krim DAERAH HULU LANGAT, Kejohanan Sukan

7 responses to “Kejohanan Bola Jaring Remaja Puteri 2008 Anjuran KRIM DHL Meriah

  1. 'aisyah

    sangat mengujakan perlawanan ni!

  2. Tanpa Nama

    Assalamualaikum.saya amat berminat dengan isma cuma saya rasakan agar isma mengadakn lebih banyak lagi aktiviti terutamanya bagi remaja seperti saya.

  3. alim nye skola ana… blwn un pkai tudung laboh…. bkn mcm skola len!!!!!!!!!!!!!! DOSA TAU!!!!!!!!!

  4. alhamdulillah…nampak program berjalan dengan jayanya…sudi-sudilah berkongsi idea dgn saya (KRIM SAK) tentang bagaimana mempromosi program ke sekolah2…kami harap dapat mencontohi KRIM DHL di masa2 akan dtg…inshaAllah

  5. naidu

    sekolah yang paling suka kepada saya

  6. salam. harap maklum,,, ‘aimi ruzanna’ yg dkt atas tu bukan saya ye. itu org lain yg sengaja menggunakan nama saya. by the way,, wahai ‘aimi ruzanna’ palsu,, ayat anda sgt childish ye.x manunjukkan kematangan lgsg. waktu tu saya form4 ye. dan ble dah naik f4 xdenye nak buat ayat mcm tuu.. tu ayat bdk kecik ye.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s