Category Archives: Camping

program perkhemahan anjuran krim

Jambori Remaja Muslim Nasional 2

JOM KE JIRIM….best….seronok…
Ada apa dalam JIRIM @ Jambori Remaja Muslim ni?
Berkhemah di tepi sungai

Islamic War games

Indoor activities

Water games
Kembara Quran
Jungle Trekking
dan macam-macam lagi…
dan yang penting…insyaAllah semua aktiviti  bersandarkan syariat Islam….
hubungi AJK JIRIM2 melalui laman web KRIM kawasan masing-masing….

YURAN hanya RM 100 = 3 hari 2 malam…

5 Komen

Filed under Aktiviti, Camping, Outdoor

KRIM Kelantan Tawan Puncak Gunung Tebu

Besut 27-30 April:- Bertempat di Lata Belatan, Jerteh, Besut Terengganu, seramai 38 ahli KRIM Kelantan telah berjaya mengikuti program perkhemahan yang amat mencabar. Mukhayyam ini menampilkan gabungan mantap ahli KRIM dari Sekolah Menengah Arab Ugama Al-Kauthar, Peringat dan Maahad Darul Anuar, Pulau Melaka.

Peserta bergambar kenangan di puncak Gunung Tebu

Para peserta yang hadir adalah terdiri dari pelajar tingkatan 4 dan 5 yang mempunyai daya kepimpinan yang tinggi. Tepat jam 3 petang mereka bertolak dengan menaiki bas dari Kota Bharu dan tiba di tapak perkhemahan Lata Belatan pada jam 5 petang.Setelah selesai solat asar berjemaah, semua peserta dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing. Seterusnya tugasan membina khemah dan memasak (mengikut kumpulan) telah dilaksanakan dengan jayanya sehingga jam 7 petang (selasa). Suasana tepi Gunung Tebu yang damai dan penuh nyaman mengeratkan lagi (ukhuwwah) tali persaudaraan sesama peserta.Usai solat maghrib, bacaan mathurat dan isya’ berjemaah para peserta disajikan dengan sedikit (muhaadhoroh) pembentangan bertajuk “dosa” yang disampaikan oleh ustaz Nor Faizol bin Nuzam AJK ISMA Mesir yang baru pulang ke Malaysia.Keesokan paginya, pada jam 5 pagi, solat tahajjud 2 rakaat dan witir 1 rakaat serta bacaan berkumpulan dari surah Nuh sebelum solat subuh mengiringi permulaan program lasak yang akan ditempuh oleh semua peserta.Sejurus selepas solat subuh berjemaah, bacaan zikir mathurat “jamai’ii” (di dalam air sungai) “kena rendam” dan sarapan (mengikut kumpulan masing-masing) semua peserta berkumpul di tempat khas untuk ice-breaking, nasyid katibah, tazkirah ringkas dan mendengar taklimat pendakian yang telah disampaikan oleh penunjuk jalan.Tepat jam 8.15 pagi, selepas membaca doa semua peserta bertolak mendaki Gunung Tebu setinggi 9000 meter. Sepanjang pendakian semua peserta diwajibkan menghafal 5 hadith pilihan dari hadith 40. Tepat jam 1.00 tengahari semua peserta selamat sampai dipuncak Gunung Tebu, makan tengahari dan solat zohor berjemaah dilaksanakan dengan penuh khusyuk oleh semua peserta.

Solat zohor berjemaah di puncak Gunung Tebu

Pada jam 2.00 petang semua peserta bergerak turun dan selamat sampai ke tapak perkhemahan pada jam 4.15 petang. Kelajuan turun naik pendakian yang telah dilaksanakan oleh peserta amat mengejutkan para penunjuk jalan dan para pekerja kem Lata Belatan. Mereka tidak pernah melihat kesungguhan pendakian seperti ini… Para peserta lain sebelum ini jika naik pada waktu pagi, mereka akan sampai ke kaki gunung paling awal jam 9 malam.Seterusnya semua peserta solat asar berjemaah dan menjamu selera (dalam keletihan), kem komandan dan urusetia bertindak sebagai tukang masak pada petang itu. Jiwa kental peserta tidak luntur setakat itu sahaja, selepas solat maghrib berjemaah, semua peserta diarahkan ke dalam sungai (rendaman urat) sambil membaca mathurat disaksikan bulan yang mengamban penuh. Selepas bacaan zikir, mandi, semua peserta solat isya’ berjemaah di atas pepasir halus yang ada di tepi sungai.Usai solat isya’ yang diimamkan sendiri oleh kem komandan, semua peserta mendengar tazkirah iman (dalam gelap malam “hanya bulan yang menerangi suasana”) yang telah disampaikan oleh kem komandan kepada penjelasan mengenai persediaan diri pemuda untuk bertemu dengan Allah.Selepas itu peserta mengambil peluang untuk berebut kemenangan kumpulan dalam 3 permainan air. Tepat jam 10.00 malam, semua peserta bergerak pulang ke tapak perkhemahan dan menjamu sarapan ringan (masak sendiri).

Urusetia dan kem komandan di puncak bukit

Pada jam 11.00 malam, siren berkumpul kedengaran, semua peserta diarahkan hadir ke tempat berkumpul, program naik bukit pada waktu malam akan dilaksanakan, sedikit penerangan telah disampaikan oleh pihak kem. Program networking ini (tanpa lampu suluh, mendaki bukit) tamat pada jam 1.20 pagi.

Saudara Mohd Razib Abdul Rahim (kanan) Pengarah KRIM Kelantan
Bersama AJK KRIM Ustaz Saiful Jihadi Yusuf Al-Hafiz

Dalam keadaan yang amat letih, tapi seronok, semua peserta pergi ke khemah masing-masing untuk berehat.Pagi hari ketiga, tahajjud, solat subuh berjemaah, zikir mathurat, sarapan pagi, dan tazkirah bertajuk “pemuda beriman” telah disampaikan oleh Ajk Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Kelantan. Suasana di atas batu, di dalam sungai… suasana yang amat menarik, semua peserta khusyuk mendengar sentuhan-sentuhan iman yang telah disampaikan oleh yang berbahagia ustaz.Sejurus selepas tazkirah… Sessi permainan di dalam air bermula… berakhir pada jam 11 pagi, semua peserta diarahkan ke tapak perkhemahan… sessi bakar lemang pun bermula… Zohor berjemaah… Hujan turun dengan begitu lebat, tapak pembakaran lemang dipindahkan ke bawah atap, dan pada jam 3.00 petang, lemang masak… masing-masing menjamu selera mengikut kumpulan masing-masing.Masuk waktu solat asar, solat didirikan, semua peserta diberikan kebebasan mengikut kumpulan masing-masing memilih tempat untuk persediaan persembahan. Masuk waktu solat maghrib, solat, rehat, solat isyak berjemaah, dan tibalah masanya, sessi persembahan, semasa itu juga, kem komandan dibantu beberapa urusetia membakar ayam BBQ. Penutup persembahan… Lakonan dari kem komandan sendiri yang berkisar kepada keadaan pelajar hafiz al-Quran mendapat tepuklan gemuruh dari semua peserta.Hari terakhir, tahajjud, subuh berjemaah, zikir mathurat, bersiap untuk pulang, ucapan penutup oleh kem komandan, pengarah KRIM (saudara Mohd Razib Abdul Rahim), sessi penyampaian hadiah dan bertolak pulang pada jam 11.00 pagi.Alhamdulillah… alhamdulillah…. alhamdulillah…Objektif kali ini lebih kepada pembinaan jatidiri seorang pemimpin, para peserta dikehendaki melepasi 70 % aktiviti fizikal dan 30 % aktiviti (ruuhi) rohani. Alhamdullillah semua peserta berjaya melepasi peratusan aktiviti dan berminat untuk kekal lebih lama di dalam mukhayyam ini.

krim KELANTAN

Tinggalkan komen

Filed under Aktiviti, Camping, info krim KELANTAN

Terap nilai kesyumulan Islam dalam Kem Remaja Muslim anjuran KRIM Gombak

Kepong, 13 Mac – Kelab Remaja ISMA (KRIM) cawangan Gombak telah mengadakan Kem Remaja Muslim 2010 bertempat di Kem Perah, Institut Penyelidikan Perhutanan (FRIM), Kepong. Bertemakan “revitalise body, reenergise spirit, rekindle iman”, kem ini telah disertai oleh 32 orang pelajar dari sekitar kawasan Gombak. Kem perkhemahan yang berlangsung selama 2 hari 1 malam ini disajikan dengan pelbagai program kerohanian, kecergasan fizikal dan minda berteraskan nilai – nilai Islam yang syumul.

Taklimat oleh Kem Komandan, saudara Fahmi

Kem perkhemahan ini dimulakan dengan sesi taklimat dan suai kenal bagi membolehkan para peserta berkenalan dan bermesra dimana akhirnya mereka dibahagikan kepada kumpulan masing – masing. Biarpun melalui tempoh perkenalan yang agak singkat, rata – rata peserta telah menunjukkan iltizam dan jatidiri yang tinggi untuk melaksanakan dan menjayakan setiap tugasan yang telah diberikan dalam aktiviti berpasukan seperti “explore race” dan “team building”.

Peserta perempuan semasa aktiviti Team Building
Peserta perempuan semasa aktiviti Team Building
Explorace.. “Tepuk sekali, tepuk dua kali.. tepuk amai-amai…”

Pada sebelah malam satu tayangan video berkisar tentang anak derhaka telah ditayangkan dan  sedikit sebanyak telah menyentuh hati para peserta. Bakat – bakat peserta terserlah pada sesi Malam Kesenian Islam yang berlangsung sejurus selepas tayangan video. Keesokan harinya, aktiviti meredah hutan yang menjadi cabaran utama kepada peserta telah benar-benar menguji kekuatan fizikal mereka . Kem ini telah diakhiri dengan bacaan ikrar oleh para peserta dan penyampaian sijil beserta hadiah.

Meraih kerehatan dalam solat
Aktiviti Jungle trekking

KRIM Gombak, selaku penganjur menganggap program seumpama ini amat bermanfaat bagi para peserta yang baru memulakan cuti persekolahan mereka dimana kem ini merupakan salah satu daripada siri pembangunan remaja yang diolah bersesuaian dengan remaja masakini untuk tujuan penerapan nilai – nilai Islam yang relevan sepanjang zaman. Melalui kem ini, para peserta telah didedahkan dengan latihan – latihan praktikal kepimpinan disamping aspek disiplin dan kerjasama berpasukan. Program seumpama akan diteruskan lagi pada tahun-tahun mendatang sebagai wadah KRIM dalam menjayakan aktivisme remaja untuk bersama-sama tampil di tengah-tengah masyarakat membantu membentuk generasi remaja harapan.

krim GOMBAK

Tinggalkan komen

Filed under Aktiviti, Camping, info krim GOMBAK

MEGAH 2010 bina jatidiri anak-anak ahli ISMA

Kuala Kangsar, 14-16 Mac – Mukhayyam Generasi Harapan (MEGAH) 2010 peringkat kebangsaan telah berjaya dilaksanakan di Kem Lata Perangin, Kuala Kangsar, Perak di mana Kelab Remaja ISMA (KRIM) cawangan Perak telah diberi amanah untuk mengendalikan program ini.

Perkhemahan ini telah menghimpunkan seramai 178 orang peserta di kalangan anak-anak ahli ISMA dari seluruh Malaysia. Bertemakan  ‘Inilah Aku’, MEGAH 2010 meletakkan 3 objektif utama yang ingin dicapai iaitu menjana ikatan ukhuwwah di kalangan remaja ISMA peringkat nasional, membina keyakinan diri sebagai pewaris perjuangan masa depan negara dan memiliki tubuh badan yang ideal sebagai ‘daie mutaharrik’.

Program telah  dirasmikan oleh Ustaz Rusdi Bin Alias selaku Ketua Jabatan Pembangunan Sumber Manusia ISMA.

Sepanjang berlangsungnya mukhayyam, pelbagai aktiviti telah dijalankan yang mencabar mental dan fizikal  para peserta. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah explorace, merentas hutan, melepasi halangan dan juga beberapa pengisian bagi memantapkan jatidiri peserta. Hujan yang turun sekali-sekala sepanjang program tidak menghalang peserta terus mengikuti semua aktiviti yang telah disediakan.

MEGAH 2010 diakhiri dengan ucapan perasmian penutup oleh Tuan Haji Ishak Bin Dun, Naib Yang Di-Pertua Ikatan Muslimin Malaysia cawangan Perak.

isma PUSAT

1 Komen

Filed under Aktiviti, Camping, info KRIM nasional, Uncategorized

KERIS 2009 ajak remaja ‘kenali Ilahi, unggul peribadi’

Durian Tunggal, 4-6 Dis. – Alhamdulillah, sempena musim cuti persekolahan yang sedang berlangsung Kelab Remaja ISMA (KRIM) Melaka telah berjaya menganjurkan Kem Eksplorasi Remaja Islam (KERIS) 2009 yang bertempat di Kem RSG, Anjung Tasik, Durian Tunggal, Melaka. Program perkhemahan yang menjurus kepada pembentukan jatidiri remaja muslim ini membawakan tema ‘kenali Ilahi, unggul peribadi’.

Teruskan membaca

Tinggalkan komen

Filed under Aktiviti, Camping, info krim MELAKA

Kem Generasi Harapan KRIM Perak terap akhlak mulia

Gopeng, 1 Jun – Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia (KRIM) Cawangan Perak telah berjaya menganjurkan Kem Generasi Harapan sempena cuti penggal persekolahan baru-baru ini yang bertempat di Kem Sri Murni, Gopeng yang telah menarik penyertaan seramai 115 orang remaja lelaki dan perempuan dari seluruh negeri.
Teruskan membaca

4 Komen

Filed under Aktiviti, Camping, info krim Perak

Kem Daie Muda 2

Pekan Batu 14, Hulu Langat, 14 Disember – Kelab Remaja ISMA Cawangan Shah Alam Klang (KRIM SAK) telah berjaya mengajurkan satu program Kem Daie Muda 2 yang dikhususkan kepada remaja-remaja yang telah mengikuti program KRIM sepanjang tahun ini. Seramai 34 remaja telah mengikuti Kem ini yang diadakan di Kem An-Naim, Hulu Langat.

Teruskan membaca

2 Komen

Filed under Aktiviti, Camping, info krim SHAH ALAM KLANG