KRIM NS dan NAZIM bersama anjur Seminar Kecemerlangan Remaja

Seremban, 10 Jun – Seramai 75 orang remaja putera dan puteri di sekitar Negeri Sembilan telah berjaya dikumpulkan dalam Program Seminar Kecemerlangan Remaja pada 10 Jun 2009 lepas. Program yang telah berlangsung di Sekolah Menengah Islam As-Saidiyyah, Seremban ini dianjurkan bersama oleh KRIM NS dan NAZIM Cawangan Seremban.


Para remaja yang berumur antara 10-15 tahun daripada pelbagai latar belakang dan sekolah telah mula hadir seawal jam 8.00 pagi untuk mendaftarkan diri. Lagu tema “Anak Soleh” membuka tirai program Seminar Kecemerlangan Remaja ini bermula jam 9.00 pagi. Slot pertama “Motivasi & Teknik Belajar Berkesan” yang disampaikan oleh Encik Roshidi Shaari yang merupakan wakil dari Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Cawangan Ipoh telah berjaya memberi input yang berguna kepada para peserta. Mereka didedahkan tentang teknik-teknik yang perlu dipraktikkan oleh pelajar dan beliau menerapkan keperluan penumpuan semasa belajar kepada para peserta.

Photobucket

Setelah berhenti rehat tepat jam 11.15 pagi, Encik Roshidi meneruskan slot kedua bagi seminar ini, “Jati Diri Positif: Cemerlang Dunia, Gemilang Akhirat”. Beliau yang juga merupakan pegawai latihan di MAP (Motivasi Alihan Pelajar) Training & Consultancy cukup berpengalaman dalam berdepan dengan golongan pelajar. Remaja-remaja yang hadir cukup bertuah kerana dapat berkongsi pengalaman dan ilmu daripada beliau dalam program ini. Beliau sempat mengingatkan peserta supaya meneruskan usaha jihad dengan mata pena bagi berdepan dengan cabaran umat Islam masa kini.

Selepas makan tengahari dan Solat Zohor, seminar ini diteruskan dengan slot, “Tips Remaja Cemerlang” yang telah disampaikan oleh Encik Zuhairi yang merupakan Pegawai Latihan dari Pusat Kaunseling, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Kebolehan beliau dalam mengendalikan slot seumpama ini memberi manfaat yang berguna kepada para peserta. Beliau juga berkesempatan mengadakan sesi muhasabah untuk memotivasikan para peserta. Program ini diakhiri dengan majlis perasmian penutup yang telah disempurnakan oleh Dr Zainon Bt Yahya selaku Ketua Wanita ISMA Cawangan Seremban yang turut menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta.

Photobucket

Semoga Seminar Kecemerlangan Remaja 2009 ini berjaya mencapai objektif-objektif yang telah digariskan dan memberi sebanyak mungkin impak positif kepada para peserta yang hadir. Inisiatif yang dilakukan oleh Kelab Remaja ISMA (KRIM) Negeri Sembilan dan Kelab Nadi Asybal dan Zahrawat ISMA (NAZIM) Cawangan Seremban ini diharap mampu mencetuskan kesedaran kepada peserta untuk berubah ke arah kecemerlangan dunia dan akhirat.

Tinggalkan komen

Filed under Aktiviti, info krim N9, Kem motivasi dan ceramah agama, Program di SEKOLAH, Seminar dan Kem Akademik

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s