Author Archives: petugasisma

About petugasisma

Muslim, lelaki, melayu

Jambori Remaja Muslim Nasional 2

JOM KE JIRIM….best….seronok…
Ada apa dalam JIRIM @ Jambori Remaja Muslim ni?
Berkhemah di tepi sungai

Islamic War games

Indoor activities

Water games
Kembara Quran
Jungle Trekking
dan macam-macam lagi…
dan yang penting…insyaAllah semua aktiviti  bersandarkan syariat Islam….
hubungi AJK JIRIM2 melalui laman web KRIM kawasan masing-masing….

YURAN hanya RM 100 = 3 hari 2 malam…
Advertisements

5 Komen

Filed under Aktiviti, Camping, Outdoor

MABIT bulanan KRIM Kelantan kumpulkan para remaja

Kota Bharu, 30 SeptemberBertempat di pejabat ISMA Kota Bharu, Kelab Remaja ISMA (KRIM) telah berjaya menganjurkan MABIT buat kali pertama selepas Hari Raya Aidilfitri. MABIT yang menghimpunkan remaja dari sekolah-sekolah sekitar Kota Bharu ini mengeratkan lagi hubungan ukhuwwah antara mereka.

Menurut pengarah program saudara Mohd Razib Bin Abdul Rahim, program ini dilaksanakan pada minggu keempat setiap bulan dan pada keesokan paginya semua peserta yang terlibat akan mengikuti program terakhir dengan bermain futsal bersama ahli-ahli ISMA yang lain.

Teruskan membaca

Tinggalkan komen

Filed under Aktiviti

Hampir 400 pelajar sertai Seminar Pendidikan Kerjaya KRIM Kedah

Kubang Pasu, 28 September – Kelab Remaja ISMA (KRIM) Kedah dengan kerjasama Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu telah mengadakan satu Seminar Pendidikan Kerjaya di SMS Kubang Pasu. Program ini telah mendapat penyertaan dari 10 sekolah sekitar daerah Kubang Pasu dan Alor Setar dengan jumlah peserta kira-kira 380 orang.

Antara objektif program ini ialah memberi pendedahan kepada pelajar tentang pelbagai aliran pendidikan yang boleh disertai selepas tamat persekolahan.

Program bermula seawal 8.45 pagi dengan dirasmikan oleh Penolong Kanan SMS Kubang Pasu iaitu Puan Rafeah. Program diteruskan dengan Taklimat Pembiayaan Pelajaran oleh wakil dari PTPTN iaitu Ustaz Yusnaidi yang berpengalaman selama 3 tahun dalam menguruskan pinjaman PTPTN di UUM.

2 Komen

Filed under Aktiviti, Program di SEKOLAH

Pertandingan Menulis Esei Maulidur Rasul 1431H/2010M

KRIM Gombak dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Gombak sedang menganjurkan Pertandingan Menulis Esei sempena sambutan Maulidur Rasul 1431H/2010M.

Pertandingan terbuka kepada semua pelajar di sekolah-sekolah sekitar Gombak.

Teruskan membaca

Tinggalkan komen

Filed under Hebahan, info krim GOMBAK

MOTIVASI PERDANA REMAJA DAN KONSERT TAUTAN KASIH REMAJA

MOTIVASI PERDANA REMAJA
( Anak Soleh Titian ke Syurga )
&
KONSERT TAUTAN KASIH REMAJA
SLOT BERSAMA SAUDARA NAZREY JOHANI

( Bekas Vokalis kumpulan Raihan )

Teruskan membaca

Tinggalkan komen

Filed under Uncategorized

KARNIVAL SUKAN REMAJA ISLAM 2010 (KASRIM 2010)

Hadiah lumayan…RM500 bagi johan kategori bawah 18 tahun dan RM300 bagi johan bawah 15 tahun….(FUTSAL). Manakala Bola Jaring hanya dibuka kategori bawah 18 tahun dgn johan akan membawa pulang wang tunai RM200..

Cepat tempat terhad bagi 48 buah pasukan pertama (16 pasukan setiap kategori)

Hubungi :

Futsal – Anas – 017 6609062 atau Ust Rizal – 019 3079306

Bola Jaring- Cik Nisa – 013 2151514 atau Cikgu Hafizah – 019 3640504

**Ralat- Nombor telefon Ust Rizal – 019 3079306…

Dipetik dari: Blog KRIM SAK

Tinggalkan komen

Filed under Uncategorized

RRJ FC dan Kolej UNITI Juara Baru KAHFI 2010

Kejohanan Futsal Islami (KAHFI) 2010 telah melakar sejarah apabila dua buah pasukan yang menjadi naib juara pada edisi 2009 berjaya mengungguli kategori masing-masing untuk tahun ini. Pasukan Kolej UNITI, Port Dickson memenangi kategori belia manakala pasukan RRJ FC dari Taman Rasa Sayang pula menjuarai kategori remaja. Ternyata kejayaan itu tidak datang dengan sekali percubaan tetapi adalah hasil daripada usaha yang berterusan dan sentiasa memperbaiki kelemahan diri, sekaligus membuktikan kebolehan golongan remaja dan belia.

Teruskan membaca

Tinggalkan komen

Filed under Aktiviti, info krim N9, Kejohanan Sukan