Category Archives: info KRIM nasional

SEJARAH BERMULA DI KOMPLEKS PKNS SHAH ALAM

antara pemenang dan pengunjung yang hadir

Pada 28 ogos yang lalu telah berlangsung dengan gilang-gemilangnya Majlis Penganugerahan Pemenang cerpen Islami anjuran Kelab Remaja ISMA dan Telaga Biru sdn bhd di kompleks PKNS Shah Alam, Selangor. Pelancaran buku koleksi cerpen pemenang-pemenang juga diadakan serentak bersama majlis tersebut.

Majlis Anugerah ini telah menjemput   tetamu kehormat,  Ust. Abdullah Zaik, presiden ISMA, Mejar Nazri Osman, Pengerusi Kelab Remaja ISMA, En. Mohd Hazli Hasan, Ketua Unit Sains Sosial PPD Petaling Perdana dan En. Faruq Zahran, wakil Telaga Biru sdn bhd. Ia juga dimeriahkan dengan kehadiran kebanyakkan pemenang-pemenang cerpen Islami, terdapat juga pemenang yang tidak dapat hadir atas sebab trial SPM dan jarak lokasi.

barisan tetamu kehormat

Hari yang penuh sejarah itu bermula seawal jam 9.30 pagi, dengan ucapan alu-aluan daripada para tetamu kehormat. Ucapan dimulakan oleh Pengerusi KRIM, Mejar Nazri Osman yang mengingatkan tentang keadaan remaja hari ini dan juga usaha yang serius perlu segera dilaksanakan untuk membimbing mereka. KRIM tampil untuk menyahut seruan itu dari segenap aspek untuk membawa remaja Malaysia kembali melakarkan kegemilangan bangsa dan Islam.

Teruskan membaca

4 Komen

Filed under Aktiviti, Berita Semasa, info krim PUSAT

TAHNIAH PENULIS MUDA PEMENANG CERPEN ISLAMI

Pihak Kelab Remaja ISMA dengan berbesar hati menjemput ANDA SEKELUARGA UNTUK MENGHADIRI Majlis Anugerah Pemenang Cerpen Islami dan PELANCARAN BUKU CERPEN KRIM pada hari Sabtu jam 9.00 pagi, 28 Ogos 2010 di Pentas Utama, Kompleks PKNS, Shah Alam.

Majlis ini diadakan sempena memberi penghargaan kepada para pemenang dan pengenalan lebih mendalam tentang Kelab Remaja ISMA.

Majlis secara eksklusif ini akan dihidangkan dengan nasyid, tayangan video dan pameran KRIM. Ia juga dimeriahkan dengan pelancaran buku cerpen KRIM iaitu himpunan cerpen-cerpen pemenang pertandingan ini.

Teruskan membaca

16 Komen

Filed under Cerpen, Hebahan, info krim PUSAT

MAJLIS ANUGERAH PEMENANG CERPEN ISLAMI

Masa yang ditunggu telah tiba……

Setelah penantian yang penuh kesabaran…..

Penghakiman juri sekian lama……..

Alhamdulillah, pada hari Sabtu jam 9.00 pagi, 28 Ogos 2010 akan diadakan Majlis Anugerah Pemenang Cerpen Islami buat para peserta cerpen Islami di Pentas Utama, Kompleks PKNS, Shah Alam.

Majlis ini diadakan sempena memberi penghargaan kepada para pemenang dan pengenalan lebih mendalam tentang Kelab Remaja ISMA.

Majlis secara eksklusif ini akan dihidangkan dengan nasyid, tayangan video dan pameran KRIM. Ia juga dimeriahkan dengan pelancaran buku cerpen KRIM iaitu himpunan cerpen-cerpen pemenang pertandingan ini.

JUMPA DI SANA…….

*pemenang akan dihubungi dan dihantar surat……….


7 Komen

Filed under Cerpen, Hebahan, info krim PUSAT

JOM NYATAKAN SOKONGAN ANDA DENGAN LEBIH JELAS!!!

demo-ll4g.gif

Anda sedih dengan kematian pejuang2 kemanusiaan Palestin??!
Anda geram dengan tindakan kejam tentera haram Zionis??!!
Anda tak betah berdiam diri di hadapan kekejaman ini??!!

Tahukah anda, pelayaran Lifeline For Gaza (LL4G) bermula di Turki?

…Tahukah anda, KERAJAAN TURKI memberi sokongan dan sumbangan yg besar dalam usaha LL4G?

Tahukah anda, majoriti lebih 19 orang yg syahid dalam peristiwa Flotilla Freedom adalah warga Turki?

KENAPA TURKI???

Kedudukan penting  kerajaan Turki dalam isu sekatan dan usaha menghentikannya, di samping tindakan-tindakanny a yang terkini meletakkan negara Turki seolah-olah sebutir cahaya kecil yang menyinar di tengah-tengah gelap pekat kebisuan negara-negara Arab dan Islam berhubung isu Palestin.

Menunjukkan sokongan kepada kerajaan Turki dalam isu ini merupakan langkah pro-aktif, menumpu kepada “circle of influence” dalam konteks solidariti negara-negara Islam.

USAHA MEMBEBASKAN PALESTIN INI ADALAH ISU KITA BERSAMA SEMUA UMAT ISLAM

Teruskan membaca

Tinggalkan komen

Filed under Aktiviti, Berita Semasa, Hebahan, info KRIM nasional

SELANGKAH KE MAKTAB MAHMUD POKOK SENA

LANGGAR, 8 Mei – Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia ( KRIM ) cawangan Kedah telah mengorak langkah ke sebuah lagi rangkaian Maktab Mahmud untuk memenuhi undangan menyampaikan ceramah motivasi bagi warga pelajar tingkatan satu hingga tingkatan enam Maktab Mahmud cawangan Pokok Sena.
Komited dengan usaha KRIM dalam melaksanakan agenda melahirkan remaja yang bermotivasi dan beriltizam seterusnya membina jatidiri remaja hebat, timbalan pengarah dan seorang ahli jawatankuasa KRIM Kedah telah turun menjayakan program tersebut.
Tepat pukul 11.30 pagi, program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ustaz Zukri merangkap penolong kanan Maktab Mahmud Pokok Sena. Seusai ucapan aluan ringkas, sesi pengenalan KRIM telah disampaikan oleh timbalan pengarah KRIM Kedah yang juga merangkap penceramah pada pagi tersebut iaitu Dr. Haji Mohd Ariff bagi mengisi slot yang pertama.
Taklimat tersebut menekankan aspek-aspek yang ingin dilaksanakan dan matlamat KRIM yang ingin diketengahkan kepada masyarakat dalam membaiki peribadi dan suasana yang suram pada zaman kini khususnya buat remaja.

Pada akhir sesi pertama ini, pelajar-pelajar telah ditayangkan klip video aktiviti KRIM Kedah yang pernah dilaksanakan.
Sesi yang seterusnya disambung dengan penyampaian ceramah motivasi oleh Dr. Haji Mohd Ariff yang merupakan seorang pakar motivasi. Sekitar panyampaian beliau, pelajar-pelajar ditekankan supaya menitikberatkan aspek kunci masa, sentiasa berfikiran positif dan kehadapan bagi meledakkan potensi diri yang terpendam seiring yang dituntut oleh Al-Quran dan As-Sunnah. Di samping penyampaian oleh beliau, pelajar-pelajar juga diselitkan dengan beberapa aktiviti menarik yang ingin mencungkil kunci-kunci ke arah meledakkan potensi diri masing-masing.
Aspek utama yang ditekankan oleh Dr. Haji Mohd Ariff ialah kejelasan matlamat dan halatuju yang merupakan perkara yang sangat perlu diperhatikan dalam menjayakan potensi diri yang wujud. Selain itu, beliau juga memperlihatkan bagaimana tenaga air dalam membantu kekuatan diri apabila air tersebut dialirkan tenaga-tenaga positif. Ini menunjukkan kepentingan ‘positive thinking’ dalam merealisasikan kehendak. Fokus juga merupakan aspek penting yang diterangkan oleh beliau dalam aktiviti yang terakhir.
Setelah tamat sesi ceramah pada 1.30 petang, majlis ditutup dan pelajar-pelajar mula mengerumuni Dr. Haji Mohd Ariff bagi mandapatkan penjelasan yang lebih mendalam tentang tenaga air dan pengalaman-pengalaman beliau. Jualan Al-Mathurat terbitan bersama QSI Alpha dan Ikatan Muslimin Malaysia cawangan Perlis juga mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pelajar-pelajar. Pihak jawatankuasa KRIM menaruh harapan yang tinggi pada pelajar-pelajar Maktab Mahmud Pokok Sena kerana mereka adalah bakal menjadi generasi harapan agama.
krim KEDAH

Tinggalkan komen

Filed under Aktiviti, info krim KEDAH, Kem motivasi dan ceramah agama, Program di SEKOLAH

Kem Bina Sahsiah dan Jatidiri Remaja 2010 Melakar Sejarah

Majlis Perasmian Penutup oleh YB Datuk Hj Ghazale Bin Muhamad
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri Melaka

SUNGAI UDANG, 7 – 9 Mei 2010 – Kelab Remaja ISMA (KRIM) Melaka melakar sejarah apabila buat pertama kalinya diberi peluang untuk bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Jabatan Pelajaran Melaka (JPM) dalam penganjuran Kem Bina Sahsiah dan Jatidiri Remaja bertempat di Melaka Tropical Fruit Farm, Sungai Udang. Bertemakan “Memantapkan Ukhuwah Memperkasa Ummah”, kem 3 hari 2 malam anjuran Kerajaan Negeri Melaka ini berjaya mengumpulkan seramai 92 orang pelajar tingkatan 4 daripada lebih 20 buah sekolah menengah harian terpilih di seluruh Melaka. Para peserta yang hadir ini terdiri daripada barisan kepimpinan di sekolah masing-masing.

Program dimulakan dengan sesi taklimat pada jam lima petang oleh pihak urusetia JAIM. Usai makan malam dan solat Isyak berjemaah, para peserta berkumpul di Dewan Utama bagi mengikuti sesi “Ice Breaking” yang dikendalikan oleh En Sulaiman bin Abd Rahman. Para peserta kelihatan seronok mengikuti aktiviti-aktiviti yang menarik bagi meleraikan perasaan segan dan malu meskipun baru pertama kali berjumpa. Selesai slot “Ice Breaking”, program diteruskan dengan slot Mengenali Diri dan Potensi Diri oleh Encik Muhammad Aizat bin Rasli. Melalui slot ini, para peserta didedahkan dengan pelbagai bentuk personaliti seorang pemimpin yang dapat membantu mereka menggalas tugas sebagai pemimpin kelak.

Hari kedua program dimulakan dengan aktiviti Qiamulail pada jam 4.30 pagi. Selesai solat Subuh, para peserta menuju ke dewan untuk mengikuti Slot “Sharing Is Caring”. Dalam slot ini, para peserta ditayangkan video berkisarkan tentang remaja perempuan contoh bernama Siti Fatimah yang merupakan Pelajar Cemerlang SPM Tahun 2006 dengan keputusan 18A. Video tersebut memberikan sumber inspirasi kepada para peserta untuk mencontohi watak Siti Fatimah yang merupakan watak remaja zaman ini yang sangat hampir usianya dengan peserta. Kemudiannya, peserta melakukan aktiviti senaman pagi sebelum menikmati sarapan pagi dan hemat diri. Slot yang kedua bertajuk “Remaja Muslim – Dari Mana Nak Ke Mana” disampaikan oleh En Mursyidi bin Mohammad. Pelajar diterapkan tentang motivasi dan kesedaran untuk bangkit menjadi remaja Muslim cemerlang, bukan sahaja dalam aspek akademik semata-mata malah dalam aspek ibadah, akhlak, ilmu pengetahuan dan juga penjagaan kesihatan tubuh badan.

Pada sebelah petangnya, program diteruskan dengan slot Eksplorasi Alam oleh Cikgu Abdul Razak bin Kassim. Slot ini sedikit sebanyak membuka minda para peserta akan keluasan dan kehebatan ciptaan Allah yang Maha Berkuasa yang tiada tandingannya. Gaya penyampaian penceramah seakan-akan membawa peserta menjelajah kehebatan dan rahsia alam semesta yang terbentang luas. Program kemudiannya diteruskan dengan sesi LDK dan aktiviti “Team Building”. Keseronokan jelas terpancar di wajah peserta ketika menjalani aktiviti ‘Teambuilding’ yang ternyata banyak menguji ketangkasan dan semangat kerjasama sesama mereka.

Untuk sesi malam, peserta disajikan pula dengan aktiviti “Jejak Si buta” dan “Sebelum Mata Terlena”. Pelbagai ragam dan aksi ditonjolkan oleh peserta untuk melepasi halangan sewaktu aktiviti ‘Jejak Si Buta’. Manakala, slot “Sebelum Mata Terlena” pula berjaya memberikan kesedaran kepada peserta akan jasa dan pengorbanan ibu dan ayah sejak dari kecil. Suasana berubah menjadi sayu dan air mata penyesalan tidak dapat ditahan daripada mengalir.

Hari terakhir kem dimulakan dengan ceramah bertajuk “Towards A Brighter Future” yang disampaikan oleh Ustaz Zaidi bin Abd Jalil. Di dalam slot ini, kehebatan peribadi Sultan Muhammad Al-Fatih menjadi intipati utama penyampaian agar para peserta dapat mencontohi ciri-ciri hebat seorang pemuda yang ada pada tokoh agung ini. Dengan berakhirnya slot tersebut, Kem Bina Sahsiah dan Jatidiri Remaja semakin menghampiri ke kemuncaknya. Ucapan perasmian disampaikan oleh Yang Berhormat Datuk Hj Ghazale bin Muhamad selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri Melaka yang mana dalam ucapan beliau, beliau telah menyatakan penerimaan baik terhadap jalinan kerjasama antara Jabatan Agama Islam Melaka dan Pertubuhan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

krim MELAKA

2 Komen

Filed under Aktiviti, info krim MELAKA, Outdoor, Program di SEKOLAH

ISU PALESTIN di sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH)

Jumaat ,7 Mei – Isu palestin merupakan isu yang terus hangat dikalangan umat islam pada hari ini. Justeru Kelab Remaja ISMA Kedah telah dijemput ke sekolah Menengah Sulatan Abdul Halim (SMSAH) bagi megisi slot ceramah selepas maghrib anjuran badan dakwah dan rohani (BADAR) sekolah tersebut.

Pengisian Slot ceramah isu pelestin ini telah disampaikan dengan jayanya kepada lebih kurang 200 orang pelajar putera SMSAH oleh Sdr Mohd Khalil b Hashim selaku pengarah KRIM kedah dibawah tajuk ’Isu Palestin : Apa Peranan Kita?’. Ceramah selama satu jam ini turut diselang-selikan dengan tayangan video Palestin. Antara isi ceramah yang dibentangkan telah menyentuh beberapa aspek kepentingan isu palestin dan sejauh mana wujudnya kesedaran isu pelestin di dalam masyarakat terutama sekali di kalangan remaja pada hari ini.

Di akhir pembentangan, satu motivasi ringkas dan penuh bersemangat turut disampaikan oleh pakar motivasi iaitu Doktor Hj Mohd Arif bin Mohd Nor yang juga merupakan penolong pengarah KRIM Kedah.
Krim kedah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah terutama pihak badan dakwah daan rohani yang telah sudi menjumput KRIM Kedah untuk mengisi slot ceramah tersebut.Semoga kerjasama yang terjalin antara BADAR SMSAH dan KRIM Kedah ini akan menjadi pemangkin kepada aktiviti dakwah di sekolah.

krim KEDAH

Tinggalkan komen

Filed under Aktiviti, info krim KEDAH, Kem motivasi dan ceramah agama, Program di SEKOLAH