DI CELAH BAHANG PIALA DUNIA….

Akhirnya kemeriahan piala dunia telah melabuhkan tirainya. Hampir seluruh pelusuk dunia merasai kehangatannya. Dari hemisfera utara hingga ke hemisfera selatan menerima impaknya. Lebih-lebih lagi apabila pasukan SEPANYOL  (tanah jajahan Islam suatu ketika dahulu, diberi nama ANDALUS, dibebaskan oleh Tharif ibn Malik, Thariq ibn Ziyad, dan Musa ibn Nushair) muncul sebagai juara setelah 80 tahun berputih mata mengejar gelaran JUARA SELURUH DUNIA.

HAMPIR SELURUH SEPANYOL PERNAH DIMILIKI OLEH ISLAM SEHINGGA KE SELATAN PERANCIS

MUNGKIN KAH DIKALANGAN MEREKA CUCU CICIT DARIPADA ORANG MUSLIM ZAMAN PEMERINTAHAN ISLAM

Ketika itu juga,  kehidupan seharian mana-mana peminat bola sepak juga turut terkesan dengan bahang piala dunia ini. Setua-tua atuk sehingga sekecil-kecil cucu bersorak dan mengikuti perkembangan aksi piala dunia. Setiap hari akan bersembang tentang pasukan yang bermain, siapa yang akan menang, pemain-pemain handalan dan sebagainya. Rutin harian juga berubah dek ‘kegilaan’ untuk tidak terlepas aksi-aksi pasukan pilihan mereka.

Sebelum ini, bagi mereka yang pulang dari bekerja akan berehat, minum petang atau sembang dengan ahli keluarga. Bagi pelajar sekolah akan siapkan kerja sekolah dan bermain di luar. Tetapi, setelah bermulanya musim piala dunia, kegiatan harian ini berubah kepada menonton perlawanan dan ber’kampung’  di depan kaca televisyen. Sehinggakan menjadi suatu yang biasa, seseorang untuk bangun jam 2 pagi sehingga 5 pagi semata-mata untuk menonton perlawanan piala dunia walaupun sebelum ini mereka tidak pernah ‘terbangun’ pagi dan bersengkang mata selewat itu….

INI SEMUA DEK MUSIM PIALA DUNIA….

Akan tetapi sebagai seorang muslim yang juga meminati sukan bola sepak, apakah yang membezakan anda dengan orang lain yang juga meminati sukan ini?

Adakah sorakan kita sama dengan sorakan orang lain?

Adakah pemain kesukaan kita sama dengan orang lain, hanya melihat kepada sekadar skill dan cara bermain?

Adakah perbualan kita mengenai bola sepak berbeza dengan orang lain…?

KITA PUNYA AKHLAK, IMAN BAHKAN ISLAM YANG MEMBEZAKAN KITA DENGAN ORANG LAIN

Bagaimana???

PEMAIN MUDA HANDALAN GERMAN, MESUT OZIL  MEMBACA AL QUR’AN SEBELUM BERLANGSUNG PERLAWANAN

Berlin, Julai 3, IRNA – Bintang baru pasukan GERMAN yang bermain di bahagian tengah, Mesut Ozil yang berdarah TURKI membaca al Quran sebelum perlawanan piala dunia untuk membantunya fokus dalam bermain.

Bercakap kepada Der Tagesspiegel, wakil syarikat akhbar tempatan ‘Berlin-based daily’, Ozil mengatakan

” Saya selalu membaca al Qur’an sebelum masuk ke dalam padang. Saya berdoa dan rakan sepasukan saya tahu bahawa saya tidak akan bersembang dengan mereka dalam tempoh ini “

Generasi ketiga TURKI-GERMAN ini, Ozil telah menjadi salah seorang daripada pemain handalan dalam piala dunia di Afrika Selatan tahun 2010. -twocircles.net-

Inilah yang membezakan Mesut Ozil dengan pemain handalan bola sepak yang lain. Di kala kekalutan maksiat, sorakan kelalaian dan kelemahan ummat di pentas piala dunia 2010 Afrika Selatan, muncul mutiara berharga dari GERMAN membawa imej AKHLAK SEORANG MUSLIM SEBENAR……

INI BEZA MESUT OZIL DAN RATUSAN PEMAIN PIALA DUNIA DARI PELBAGAI NEGARA…..

APAKAH PULA BEZA ANDA DENGAN PEMINAT BOLA SEPAK YANG LAIN SELURUH MALAYSIA….?

2 Komen

Filed under akhlak islamiah, Isu Semasa, Tazkirah dan peringatan

2 responses to “DI CELAH BAHANG PIALA DUNIA….

  1. sy mmg merupakn peminat bola sepak, walopun sy pempuan…& sy mmg mengkagumi skill yg ader pd mesut ozil…dr awal knl dier belom tahu dier sorang muslim, tp da rashe terpikat dgn karektor dier di padang…biler di google tentangnyer, mengetahui dier sowang muslim, sy lebih ingin tahu mngenaninyer & bertambah kagum dgnnyer…diharapkn mesut ozil akn lbh mnyerlah pd mase dpn & membawa namer seorang ‘Islam’ itu dipersada dunia agar dunia tahu…seorang muslim juga mampu bersaing cemerlang

    • petugas_krim

      bahkan kita juga mampu membawa Islam di dalam diri dan dunia sekeliling kita….
      mudah2an Allah memberi kekuatan utk mendidik diri kita menjadi seorang muslim sejati @ sebenar…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s