DOAKAN MEREKA SEMUA DAN HARGAILAH ‘PERMATA’ BERHARGA ANDA

~Almarhum Aminulrashid Amzah (26/4/2010)

“ Kes kematian Aminulrasyid pada awal pagi Isnin, 26 April lalu mendapat liputan meluas dan kecaman masyarakat selepas remaja itu mati terkena tembakan di kepalanya ketika dikejar anggota peronda yang sebelum itu mengarahkan remaja yang memandu kereta Proton Iswara, berhenti.

Dalam kejadian di Seksyen 11, Shah Alam, kira-kira jam 2 pagi itu, Aminulrasyid meninggal dunia selepas terkena tembakan yang dilepaskan anggota polis peronda apabila remaja itu dikatakan cuba melarikan diri.

Pasukan peronda berkenaan sebelum itu mengarahkan remaja terbabit menghentikan keretanya untuk pemeriksaan, tetapi pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam itu, dikatakan memecut sebelum kenderaannya berjaya disekat di Jalan 11/2G, Seksyen 11”

– sumber berita harian –

Kejadian yang berlaku ke atas seorang remaja  dua  minggu lalu telah mengejutkan masyarakat kita pada hari ini. Lebih-lebih lagi ia berlaku di dalam sebuah bandar yang terkenal dengan kemajuan dan kedamaiannya, Bandar Shah Alam, Bandar Anggerik…

Walaubagaimana pun, itu bukan lah ’tragedi’ pertama yang menimpa remaja kita hari ini….. Mari kita mengimbau kembali cerita lalu, apa yang berlaku pada remaja seusia anak kita, adik kita……..bahkan seusia kita, wahai  para remaja……

Arwah Nurin Jazlin dibunuh  (8 tahun, 2007)

Arwah Siti Syazwani, 9 tahun

Arwah Nurul Huda Abd Ghani, 10 TAHUN

Nur Shuhada, 6 tahun,  Norshakila Ramli Choo, 6 tahun  dan ramai lagi remaja yang telah Allah uji mereka dan keluarga mereka . Semoga anda semua mendapat tempat yang mulia di sisi Allah , insyaAllah….

…………………………………………………………………………………………………………

sedarlah, mereka semua lebih beharga dari intan permata, lebih bernilai dari wang ringgit bahkan boleh  jadi merekalah asbab kita menikmati syurga atau neraka…….

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.”
(Hadith Sahih – Riwayat Muslim dan lain-lainnya)

“Allah memberi rahmat kepada ayah yang membantu anaknya untuk berbakti kepada-Nya.” (Hadis riwayat Abu Shaikh)

“Seseorang telah cukup dikatakan berbuat dosa, apabila mensia-siakan orang yang menjadi tanggungan makan minumnya.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Sebagai seorang ibu anda perlu bertanya diri anda, adakah didikan dan belaian anda terhadap anak anda sekarang cukup sebagai penghargaan atas kurniaan Allah ? Adakah dia menikmati nikmat menjadi anak yang soleh ?

Sebagai seorang ayah anda perlu bertanya diri anda, adakah perlindungan dan keprihatinan anda terhadap anak anda membuatkan dia rasa selamat dan selesa bersama anda ? Memenuhi hak dan keperluannya ?

Sbg seorang guru anda perlu bertanya, adakah tanggung-jawab anda hanya mengajar para kanak-kanak dan remaja sekolah dengan silibus matapelajaran dan memenuhi tuntutan pihak sekolah? Adakah sekadar itu tanggung-jawab anda ?

Dan sebagai seorang REMAJA anda juga perlu bertanya diri anda, adakah keadaan diri anda hari ini membuatkan ibubapa anda bangga dan senang hati melihat anda? Sangat gembira dan terharu guru-guru anda dengan prestasi akhlak dan  akademik anda ? Bercurah-curah kasih sayang dan rahmat Allah melihatkan keadaan diri anda hari ini ?

Adakah kita tiada kaitan dalam persoalan  ini….?

SUASANA REMAJA  HARI INI

Rentetan peristiwa yang berlaku pada remaja di atas sangat menyedihkan dan menyakitkan jiwa sanubari kita. Dari hari ke hari, makin bertambah pelbagai tragedi menyayat hati menimpa mereka ini, melihatkan muka mereka yang suci dan bersih, masih banyak perkara tidak mengerti tergambar di wajah ,  menambah pilu di hati kita .

Bahkan lebih membimbangkan, tragedi yang berlaku hari ini bukan hanya tragedi ke atas anak remaja hari ini, tetapi ‘tragedi’ yang berlaku di dalam jiwa dan minda anak  remaja kita,  pelbagai masalah sosial dan  jenayah berlaku di kalangan para remaja kita. Amat menyedihkan, statistik menunjukkan kebanyakkan jenayah dan masalah sosial yang berlaku pada hari ini didominasi remaja melayu Islam berbanding remaja berbangsa dan beragama  lain.

HUBUNGAN MEREKA DENGAN ANDA SEMUA

Kadangkala kita terfikir….adakah kita ada kaitan dengan mereka semua (apa yang berlaku pada remaja tersebut ) ???

Mereka di tempat lain? Mereka bukan adik, anak sedara, kawan bahkan anak kita? Mereka juga tidak pernah terlibat dalam kehidupan anda?

Oleh itu apa hubungan mereka dengan anda?

Remaja ini tinggal di bumi Malaysia bersama kita, mereka bersekolah seperti anak dan adik beradik kita, usia mereka juga hampir dengan usia anak-anak remaja kita.Yang paling utama, mereka adalah teman seakidah kita semua dalam beriman pada Allah

Sabda Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadis yang bermaksud:

“Barangsiapa yang tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah dia daripada kalangan mereka.”

Abu Daud meriwayatkan hadis:

“Tidak ada seseorang muslim yang membiarkan saudara muslimnya ketika harga dirinya dicerobohi dan kehormatannya dicela melainkan Allah akan membiarkannya (tidak menolongnya) ketika dia memerlukan pertolongan.”

Boleh jadi hal sedemikian tidak berlaku di kawasan anda, bukan dari kalangan kenalan anda, tiada kaitan dengan anak-anak anda……… tetapi adakah anda yakin perkara ini tidak akan ‘menyentuh’ kehidupan anda jika anda tidak berusaha mendidik anak-anak anda? Jika anda tidak ambil peduli perihal orang lain?…….Sekiranya perkara ini tidak dibendung, amat ditakuti, pudarlah harapan keluarga, negara, agama dan bangsa terhadap waris kepimpinan negara akan datang.

amalkanlah doa ini bersama seisi keluarga….

“Wahai tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan solat dan (begitu juga) anak
cucuku, wahai tuhan kami, terimalah doaku.”(Surah Ibrahim, ayat 40)

*HARGAI ‘PERMATA’ KURNIAAN ALLAH

Tinggalkan komen

Filed under Isu Semasa, Tazkirah dan peringatan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s