SELANGKAH KE MAKTAB MAHMUD POKOK SENA

LANGGAR, 8 Mei – Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia ( KRIM ) cawangan Kedah telah mengorak langkah ke sebuah lagi rangkaian Maktab Mahmud untuk memenuhi undangan menyampaikan ceramah motivasi bagi warga pelajar tingkatan satu hingga tingkatan enam Maktab Mahmud cawangan Pokok Sena.
Komited dengan usaha KRIM dalam melaksanakan agenda melahirkan remaja yang bermotivasi dan beriltizam seterusnya membina jatidiri remaja hebat, timbalan pengarah dan seorang ahli jawatankuasa KRIM Kedah telah turun menjayakan program tersebut.
Tepat pukul 11.30 pagi, program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ustaz Zukri merangkap penolong kanan Maktab Mahmud Pokok Sena. Seusai ucapan aluan ringkas, sesi pengenalan KRIM telah disampaikan oleh timbalan pengarah KRIM Kedah yang juga merangkap penceramah pada pagi tersebut iaitu Dr. Haji Mohd Ariff bagi mengisi slot yang pertama.
Taklimat tersebut menekankan aspek-aspek yang ingin dilaksanakan dan matlamat KRIM yang ingin diketengahkan kepada masyarakat dalam membaiki peribadi dan suasana yang suram pada zaman kini khususnya buat remaja.

Pada akhir sesi pertama ini, pelajar-pelajar telah ditayangkan klip video aktiviti KRIM Kedah yang pernah dilaksanakan.
Sesi yang seterusnya disambung dengan penyampaian ceramah motivasi oleh Dr. Haji Mohd Ariff yang merupakan seorang pakar motivasi. Sekitar panyampaian beliau, pelajar-pelajar ditekankan supaya menitikberatkan aspek kunci masa, sentiasa berfikiran positif dan kehadapan bagi meledakkan potensi diri yang terpendam seiring yang dituntut oleh Al-Quran dan As-Sunnah. Di samping penyampaian oleh beliau, pelajar-pelajar juga diselitkan dengan beberapa aktiviti menarik yang ingin mencungkil kunci-kunci ke arah meledakkan potensi diri masing-masing.
Aspek utama yang ditekankan oleh Dr. Haji Mohd Ariff ialah kejelasan matlamat dan halatuju yang merupakan perkara yang sangat perlu diperhatikan dalam menjayakan potensi diri yang wujud. Selain itu, beliau juga memperlihatkan bagaimana tenaga air dalam membantu kekuatan diri apabila air tersebut dialirkan tenaga-tenaga positif. Ini menunjukkan kepentingan ‘positive thinking’ dalam merealisasikan kehendak. Fokus juga merupakan aspek penting yang diterangkan oleh beliau dalam aktiviti yang terakhir.
Setelah tamat sesi ceramah pada 1.30 petang, majlis ditutup dan pelajar-pelajar mula mengerumuni Dr. Haji Mohd Ariff bagi mandapatkan penjelasan yang lebih mendalam tentang tenaga air dan pengalaman-pengalaman beliau. Jualan Al-Mathurat terbitan bersama QSI Alpha dan Ikatan Muslimin Malaysia cawangan Perlis juga mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pelajar-pelajar. Pihak jawatankuasa KRIM menaruh harapan yang tinggi pada pelajar-pelajar Maktab Mahmud Pokok Sena kerana mereka adalah bakal menjadi generasi harapan agama.
krim KEDAH

Tinggalkan komen

Filed under Aktiviti, info krim KEDAH, Kem motivasi dan ceramah agama, Program di SEKOLAH

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s