Category Archives: Kem motivasi dan ceramah agama

Kem motivasi anjuran krim

KRIM Terengganu jayakan program Minggu Penghayatan Islam SMKAKA

Dungun, 2 Julai –
KRIM Terengganu telah memenuhi undangan untuk menjayakan Minggu Penghayatan Islam SMK Agama Kuala Abang (SMKAKA), khusus untuk para pelajar Tingkatan Satu di sekolah berkenaan. Program selama 7 hari tersebut padat dengan aktiviti-aktiviti rohani, pembentukan jatidiri dan insani serta menyemai ukhuwwah antara pelajar.

Acara khusus yang melibatkan KRIM Terengganu adalah antara kemuncak kepada program tahunan SMKAKA yang dijalankan. Majlis yang berlangsung pada 2 Julai itu dimulakan pada jam 9.30 malam di Dewan Besar SMKAKA selepas solat Isya’ berjemaah di surau. Ustaz Fakhruddin tampil memberikan kata-kata aluan kepada seluruh wakil KRIM dan pelajar-pelajar yang bersemangat untuk mengikuti program malam tersebut.

Teruskan membaca

1 Komen

Filed under Aktiviti, info krim TERENGGANU, Kem motivasi dan ceramah agama, Program di SEKOLAH

Program ‘Towards a Brighter Future!’ (BRIGHT) gamatkan SYAROD

Alai, 19-20 Jun – Alhamdulillah, buat pertama kalinya Kelab Remaja ISMA (KRIM) Melaka dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Syarifah Rodziah telah menganjurkan Program ‘Towards a Brighter Future!’ (BRIGHT) yang bertemakan ‘Membina Puteri Generasi Harapan’ yang disertai oleh 113 remaja perempuan tingkatan lima.

Program ini dijalankan dengan berlandaskan objektif untuk memupuk puteri muslimah yang bukan sahaja unggul dan cemerlang tetapi juga memiliki hala tuju dan matlamat hidup yang jelas. Pada malam pertama program, para peserta disambut dengan ucapan aluan oleh Pengarah program, dan disusuli pula dengan sesi taaruf, tayangan video serta nyanyian nasyid bersama di dewan auditorium Masjid Al-Azim. Lagu nasyid yang bertajuk `Sebelum Terlena’ nyanyian Hijjaz inshaAllah sedikit-sebanyak menimbulkan rasa keinsafan dan rendah diri para peserta terhadap Yang Maha Esa sebelum para peserta bersurai untuk tidur dan bangun semula bagi mengerjakan qiamullail keesokan paginya.

Teruskan membaca

Tinggalkan komen

Filed under Aktiviti, info krim MELAKA, Kem motivasi dan ceramah agama, Program di SEKOLAH

KRIM NS dan NAZIM bersama anjur Seminar Kecemerlangan Remaja

Seremban, 10 Jun – Seramai 75 orang remaja putera dan puteri di sekitar Negeri Sembilan telah berjaya dikumpulkan dalam Program Seminar Kecemerlangan Remaja pada 10 Jun 2009 lepas. Program yang telah berlangsung di Sekolah Menengah Islam As-Saidiyyah, Seremban ini dianjurkan bersama oleh KRIM NS dan NAZIM Cawangan Seremban.

Teruskan membaca

Tinggalkan komen

Filed under Aktiviti, info krim N9, Kem motivasi dan ceramah agama, Program di SEKOLAH, Seminar dan Kem Akademik

Remaja bermotivasi tinggi setelah sertai Wacana Motivasi Remaja 2009

Sintok, 9-11 April – Program Wacana Motivasi Remaja telah berlangsung selama 3 hari 2 malam ini telah mengumpulkan pimpinan-pimpinan pelajar badan agama Islam sebanyak 14 buah sekolah di seluruh negeri Kedah dengan jumlah pelajar mencecah 100 orang pelajar putera dan puteri. Empat jenis sekolah yang terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Maktab Rendah Sains Mara (MARA), sekolah aliran agama dan sekolah harian biasa telah dijemput untuk menyertai program ini. Program ini merupakan anjuran Kelab Remaja ISMA (KRIM) Kedah dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia(YADIM) zon utara yang merupakan siri kedua bertempat di University Inn, UUM.

Teruskan membaca

3 Komen

Filed under Aktiviti, info krim KEDAH, Kem motivasi dan ceramah agama, Seminar dan Kem Akademik

Program Motivasi Pelajar: ‘Pelajar Cemerlang, Akhlak Terbilang’

Kampung Lapan, 23 Februari – Segala puji bagi Allah atas limpah hidayahNya, Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia (KRIM) cawangan Melaka dengan kerjasama Persatuan Penduduk Kampung Lapan telah berjaya menganjurkan Program Motivasi Pelajar; ‘Pelajar Cemerlang, Akhlak Terbilang’ di Surau Kampung Lapan. Kejayaan seumpama ini merupakan satu kegembiraan yang dikongsi bersama dengan masyarakat setempat justeru kedua-dua pihak memiliki aspirasi yang sama yang perlu dikecapi daripada program ini iaitu sebagai satu usaha padu ‘Ke Arah Pembentukan Generasi Wawasan’.  Teruskan membaca

5 Komen

Filed under Aktiviti, info krim MELAKA, Kem motivasi dan ceramah agama, Seminar dan Kem Akademik

Program Kursus Kesedaran Pelajar

lelaki.png

Program ini telah diadakan pada 2 Februari 2008 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah, Kajang, Selangor dengan penyertaan 61 orang peserta. Antara lain program ini bertujuan untuk memberikan kesedaran pelajar terhadap sejarah kegemilangan dan ketamadunan Islam, menanamkan semangat menjadi seorang muslim yang sebenar dan beramal dengan ajaran Islam.Seramai 20 orang peserta putera dan 41 orang peserta puteri telah menghadiri kursus kali ini. Mereka terdiri daripada ahli badan dakwah dan rohani (BADAR), ketua pelajar (Pengawas), pemimpin rakan sebaya (PRS), AJK asrama, dll.

Teruskan membaca

Tinggalkan komen

Filed under Aktiviti, info krim DAERAH HULU LANGAT, Kem motivasi dan ceramah agama, Program di SEKOLAH

Remaja & Ramadhan II

Poster RnR2

Sukacita dimaklumkan Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia (KRIM) Hulu Langat akan menganjurkan program Remaja & Ramadhan II. Program ini adalah sebagai kesinambungan kepada Remaja & Ramadhan I tahun lepas dan tahun-tahun yang lalu.

Butiran program adalah seperti berikut:

Tarikh : Sabtu dan Ahad, 22-23 September 2007 (bersamaan 10-11 Ramadhan 1428H)
Masa : 9.00 pagi (hari pertama) – 5.00 ptg (hari kedua)
Tempat : Dewan Seminar, Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi (Masjid kubah hijau berhadapan Az-Zahrah)

Peserta : Remaja lelaki dan perempuan (umur 13-18 tahun)

Yuran : RM10 sahaja (kos termasuk iftar, morey, sahur, hadiah kuiz Ramadhan dan sijil penyertaan)

Menarik!!!

BioMekanik Solat / Bicara tokoh sahabat cemerlang / Kuiz Ramadhan / dan bermacam-macam lagi!

Tinggalkan komen

Filed under Aktiviti, Ibadah yang SEMPURNA, Kem motivasi dan ceramah agama