PERBANYAKKAN DOA DI BULAN RAMADAN

Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 186:

Maksudnya; Apabila hamba-hambaKu bertanya kepada engkau (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku hampir. Aku memperkenankan permohonan orang yang meminta jika dia meminta kepada Aku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan Aku serta beriman kepada Aku supaya mereka sentiasa berada dalam kebenaran.

Sedia maklum, bahawa kita boleh berdoa kepada Allah pada bila-bila masa. Jika kita buka Al-Quran, kita akan dapati bahawa ayat ini terletak antara ayat 183 hingga 187 yang menceritakan tentang pensyariatan puasa dan hukum-hukum berkaitan dengannya. Maka, selain daripada menyatakan bahawa Allah hampir kepada kita, ayat ini juga menegaskan bahawa bulan Ramadhan adalah antara saat yang mustajab untuk berdoa dan merupakan amalan yang dituntut. Juga orang yang berpuasa amat digalakkan untuk berdoa.

Nabi SAW menegaskan dengan sabdanya,

ثلاثة لا تُرد دعوتهم: الإمام العادل، والصائم حتى يفطر، ودعوة المظلوم

“Tiga orang yang tidak ditolak doanya, iaitu pemerintah yang adil, orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka dan doa orang yang dizalimi”  (riwayat Ahmad, Tirmizi dan Ibnu Majah).

Berdoa bukanlah sekadar meminta kepada Allah agar hajatnya diperkenankan. Tetapi permintaan yang dilakukan dengan penuh mengharap dan disertakan rasa sebagai hamba kepadanya,  itulah dia ibadah. Sabda nabi,

الدعاء هو العبادة

“Doa itu adalah ibadah” (riwayat Ahmad).

Sempena Ramadhan ini, marilah kita perbanyakkan doa kepada Allah. Kita boleh berdoa dengan sebarang doa dan sebarang bahasa, tetapi sebaik-baiknya ialah dengan doa yang diajarkan oleh nabi (ma’thur). Antaranya ialah;

  • Ketika melihat anak bulan Ramadhan,

اللهمَّ أهِلَّهُ عَلَيْنَا باليمن والإيمان، والسلامة والإسلام، ربي وربك الله

  • Ketika memenuhi undangan orang untuk berbuka puasa,

أفطر عندكم الصائمون، وأكل طعامكم الأبرار، وصلَّت عليكم الملائكة

  • Ketika berbuka

ذهب الظمأ وابتلت العروق وثبت الأجر إن شاء الله

  • Doa Abdullah bin Umar

اللهم إني أسألك برحمتك التي وسعت كل شيء أن تغفرَ لي ذنوبي

Dan pelbagai doa lain.

Yang penting kita berdoa, terutama sepertiga terakhir dari malam. Nampaknya dengan bangun sahur kita berpeluang memanjatkan doa beberapa saat sebelum bersahur.

Wallahu a’lam.

Tinggalkan komen

Filed under Doa pilihan, Ramadan, Tazkirah dan peringatan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s