SELAMAT DATANG RAMADAN YANG KU NANTIKAN….

الَلهمَ بلَغنا رمضان
“Ya Allah Sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.”

Telah berlalu hari, minggu, dan bulan. Sedar atau tidak, kita semakin mendekati bulan yang penuh kebaikan, keberkatan, dan rahmat. Bergema di serata dunia doa orang-orang yang beriman; Allahumma Ballighna Ramadhan. Doa yang diwarisi dari kekasih yang dicintai Ar-Rasul s.a.w.

Allahumma Ballighna Ramadhan. Inilah doa yang diulang-ulang oleh Rasulullah s.a.w apabila mendekati bulan yang mulia ini. Diriwayatkan bahawa apabila tibanya bulan Rejab, maka Rasulullah akan berdoa ‘Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan’ (Riwayat Al-Bazzar, At-Thabrani, Al-Baihaqi).

Para sahabat yang bersama dengan Rasulullah s.a.w dididik dengan tema yang agung ini; Allahumma Ballighna Ramadhan. Kesannya, mereka menyambut dan menanti Ramadhan dengan penuh kerinduan dan kecintaan. Ini terbukti dengan doa mereka selama enam bulan sebelum Ramadhan menharap agar bertemu dengannya. Kemudiannya, enam bulan selepas Ramadhan pula disi dengan tangisan kerana berlalunya Ramadhan. Saudara yang mulia, bagaimanakah halnya kita?

Allahumma Ballighna Ramadhan, merupakan doa dan harapan. Menjadi tanda bagi hamba-hamba yang salih bahawa mereka mengidam dan tamakkan limpahan Allah dalam bulan ini (Rahmat, Keampunan, Pelepasan dari Neraka). Kita mesti sentiasa berjaga-jaga agar peluang ini tidak disia-siakan atau berlalu tanpa dimanfaatkan.

Maka bagaimanakah caranya kita menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini? Persediaan yang rapi dan terancang sangat penting dalam menjayakan Ramdhan kali ini.

Di sini terdapat beberapa perkara yang kita boleh lakukan sebagai persediaan untuk ‘menikmati’ ramadan dengan penuh kesungguhan dan terbaik.
Mudah-mudahan ramadan kali ini, kita telah pun membuat persediaan awal sebagai bukti cinta kita untuk berubah menjadi lebih baik dan dekat kepada Allah.

Antara persediaan yang boleh dilakukan  SEBELUM TIBANYA RAMADAN….

Dari sudut kerohanian dan keImanan

1. Taubat yang benar (banyakkan Istighfar, meninggalkan maksiat yang selalu dilakukan).

2. Sentiasa berdoa Allahumma Ballighna Ramadhan. Kadang-kadang tidak semua orang dikuniakan nikmat bertemu ramadan kerana ketentuan apa yang berlaku hari esok di tangan Allah.Boleh jadi Allah tarik nyawanya esok hari\, siapa tahu?  Kita hanya berdoa dan mengharap yang terbaik.

3. Membaca Al-Quran (meletakkan matlamat satu juz sehari misalnya).

4. Kuatkan semangat  untuk bangun malam (beberapa kali seminggu).

5. Berzikir setiap masa, Al-Mathurat pagi dan petang (penggunaan tasbih sangat membantu).


Ilmu pengetahuan….

( pernah pepatah mengatakan ” tak kenal maka tak cinta” )
kita ubah sedikit ” tak kenal apa itu ramadan dan intipatinya maka tak mudah untuk merasa cinta akannya”…

1. Membaca/belajar buku Feqah Puasa dengan lengkap beserta kelebihan, rahsia, dan tafsiran ayat Al-Quran yang berkait dengan puasa.

2. Membaca buku-buku penyucian jiwa.

3. Mendengar ceramah-ceramah tentang Ramadhan.

4. Mengulangkaji surah-surah yang telah dihafal, sebagai persediaan solat samada sebagai imam atau makmun di bulan Ramadhan.

Berkongsi semangat ramadan dengan orang lain. Sharing is caring
Mereka yang bersemangat dan rindu akan bulan ramadan pasti tidak akan membiarkan teman-temannya lalai dan leka tanpa menikmati ramadan seperti anda……

1. Bersedia untuk memberi tazkirah/ceramah tentang kelebihan dakwah di bulan Ramadhan.

2. Menghadiri majlis ilmu di masjid-masjid samada sebagai penceramah atau pendengar.

3. Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan untuk Ramadhan.

4. Memberi hadiah Ramadhan kepada rakan-rakan dengan tujuan mendekatkan diri dan mereka kepada Allah.

5. Menyediakan risalah/majalah kecil untuk jiran-jiran tentang persediaan menyambut Ramadhan.


Keluarga KITA SENDIRI

1. Membuat persediaan bersama seluruh ahli keluarga untuk menyambut Ramadhan terutama dari aspek iman dan ilmu.

2. Membaca buku berkaitan Ramadhan bersama-sama.

3. Membuat tadarus al Quran bersama ahli keluarga selepas solat maghrib atau bila-bila masa yang sesuai.

4. Mengajak ahli keluarga solat fardu berjemaah di surau atau masjid terdekat.

Tinggalkan komen

Filed under Ramadan, Tazkirah dan peringatan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s