TAHNIAH DAN SYABAS BUAT PENGARANG MUDA

Alhamdulillah,  pada 30 Jun 2010 yang lalu, telah berakhir pertandingan menulis cerpen Islami yang dianjurkan oleh Kelab Remaja Isma dan Telaga Biru Sdn. Bhd. Pertandingan ini telah disertai oleh para remaja dari seluruh Malaysia berlatar belakangkan pelbagai sekolah dan peringkat umur.

InsyaAllah, kesemua cerpen yang telah dihantar sedang dihakimi oleh para hakim yang berpengalaman dan keputusan akan dimaklumkan dalam tempoh sebulan. Diharapkan agar para penulis muda yang telah menyertai pertandingan ini agar bersabar dan berdoa agar Allah memberikan keputusan yang terbaik.

TERUSKANLAH MELAYARI BLOG KRIM UNTUK MENGIKUTI PERKEMBANGAN CERPEN DAN JUGA MENDAPATKAN INFO BERMANFAAT KHAS BUAT REMAJA

Untuk makluman semua, tujuan utama diadakan pertandingan ini adalah untuk mengumpulkan bakat-bakat terpendam di kalangan penulis yang berusia remaja sekaligus memberi sedikit arus perubahan terhadap pembacaan dan penulisan masa kini.

Jika anda singgah di kedai buku atau pesta buku, kebanyakkan novel detektif, cinta, thriller dan sebagainya akan memenuhi rak-rak buku serta  menjadi pilihan para remaja sekarang. Sedangkan buku-buku islamik, sirah rasul, kisah para sahabat kurang diminati dan jarang-jarang orang lalu untuk membelek. Lebih diminati adalah novel cinta yang Islamik…

Semoga dengan adanya himpunan cerpen Islami daripada para penulis muda, akan dapat membanyakkan lagi bahan bacaan Islamik seterusnya merealisasikan motto pertandingan cerpen tersebut, insyaAllah….

REMAJA MUSLIM GENERASI IDAMAN

SEBUAH KISAH MENARIK UNTUK DIRENUNGI….

Hasan al banna sangat menitik beratkan pembacaan buku dalam mendidik anakn-anakya. Sehinggakan setiap anak-anaknya akan dibekalkan sebuah almari untuk perpustakaan sendiri…

Pernah suatu hari, dikisahkan oleh anak lelakinya Saiful Islam ( ketika itu remaja), Hasan al banna telah memberikan wang untuk dia pergi membeli buku. Disebabkan minatnya yang begitu mendalam tentang  penyiasatan, lalu dia pun membeli beberapa buah buku detektif (novel sherlock holmes yang terkenal ketika itu) untuk dibaca dirumah.

Sekembalinya di rumah, terus sahaja dia membaca buku kegemarannya itu dan menghabiskan masa dengannya. Sedang khusyuk membaca, Hasan al banna menghampirinya dan bertanya ” buku apa yang sedang saiful baca?

“buku penyiasatan” jawab Saiful Islam. Hasan albanna tersenyum lalu Hasan albanna berkata ” Nak tak ayah tunjukkan buku yang lebih menarik dan bermanfaat?”. Hasan albanna pun membawa anaknya ke rak buku miliknya dan berkata ” inilah bahan bacaan yang lebih menarik dan lebih bermanfaat untuk kamu…”

Dirak buku tersebut, terhimpun buku sirah, kisah umar alkhattab, abu bakar dan para sahabat lain. Sejak dari peristiwa itu, Saiful Islam mula tertarik dengan kisah rasulullah dan  para sahabat……


20 Komen

Filed under Cerpen, Tazkirah dan peringatan

20 responses to “TAHNIAH DAN SYABAS BUAT PENGARANG MUDA

  1. salam..macam mana cara pemakluman pemenang?

  2. haha^.^
    saya terlupa meletakkan tajuk cerpen saya…^.^
    jadi…tajuk cerpen saya ialah…
    “Perancangan”
    harap tidak menyusahkan^.^

  3. Nur Natasha

    Tahniah atas kejayaan program pihak ISMA.Diharapkan program mengarang cerpen islamik ini akan terus diadakan.Kalau boleh,semua penyertaan itu minta dibukukan.Saya suka ingin melihat perkembangan remaja yang memiliki minat seperti saya(mengarang)

    • petugas_krim

      InsyaAllah, cerpen2 tersebut akan dibukukan dan disebarkan utk paparan remaja2 kita. Mudah2an ini menjadi titik perubahan para remaja kearah yg lebih baik…..
      “MEMBINA GENERASI HARAPAN”

  4. fatin

    assalamualaikum…bila agaknya keputusan cerpen ini akan diumumkan?

  5. ahliKRIMkel

    Adakah senarai pemenang akan diumum dalam web ni dan diantar ke rumah pemenang @ dihantar sahaja. Tp smpi skang, blum keluar lg keputusan. bilakah tarikh tepat?

  6. atiqah mudakir

    salam…
    denger’y pertandingan ni dpt smbutan yg byk..
    harap’y nanti buat la lagi & lagi….

  7. Salam. Dah masuk bulan lapan ni, tak sabar nak tahu cerpen terpilih ke tidak 😉

  8. saidatul azra

    bile ea keputusannya?

  9. petugas_krim

    terima kasih buat peserta2 cerpen Islami yg tak putus melayari blog ini utk mengetahui perkembangan cerpen.
    Untuk makluman, cerpen2 anda masih lg dlm penghakiman juri, dan kami akan maklumkan sesegera yg mungkin. tidak dpt dipastikan tarikh yg tepat kerana masih menunggu keputusan juri telaga biru. Minta maaf atas segala kesulitan 🙂

    Kami akan hubungi jika ada apa2…

  10. petugas_krim

    terima kasih buat peserta2 cerpen Islami yg tak putus melayari blog ini utk mengetahui perkembangan cerpen.
    Untuk makluman, cerpen2 anda masih lg dlm penghakiman juri, dan kami akan maklumkan sesegera yg mungkin. tidak dpt dipastikan tarikh yg tepat kerana masih menunggu keputusan juri telaga biru. Minta maaf atas segala kesulitan 🙂

    Kami akan hubungi & memaklumkan dlm blog jika ada apa2…

  11. Bilakah tarikh pemenang diumumkan?
    Berapa ramai peserta yang masuk pertandingan ini?
    Di mana majlis penyampaian hadiah diadakan?

  12. Bila pengumuman pemenang diadakan? Cikgu saya tak sabar-sabar nak dengar keputusan…

  13. ummu nu'man

    18 ogos keputusan dah diketahui harap segera di muatkan di blog krim ramai tak sabar ni….

  14. jaacute

    tahniah kepada pemenang

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s