AHLI KRIM DHL BERJALAN, MELIHAT DAN MENTAFSIR ALAM

Kepong, 20 Mac 2010 – Bersempena cuti sekolah, KRIM DHL menganjurkan rehlah KRIM puteri di Forest Research Institute of Malaysia(FRIM), Kepong hari ini. Seramai 17 orang peserta telah mengikuti rehlah ini dan berjaya melalui Titian Kanopi (Canopy Walkway)  yang merupakan antara tarikan utama di FRIM.

“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal”… (Ali Imran, 190)

Selain bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah antara ahli dan mencintai alam sekitar, rehlah ini juga diadakan untuk memastikan ahli KRIM puteri sentiasa melakukan riadhah untuk membentuk tubuh badan yang cergas dan disukai oleh Allah.

Walaupun FRIM berada tidak jauh dari hiruk pikuk kota, hutan semulajadi ini ternyata memberi ketenangan yang berbeza kepada ahli KRIM puteri yang melawat ke tempat ini. Sepanjang perjalanan menyelusuri Canopy Trail, para peserta berpeluang melihat keindahan pelbagai jenis flora dan fauna ciptaan Al-Khaliq.

Perjalanan mendaki selama 30 minit ke pondok Canopy Walkway sememangnya menguji ketahanan diri para peserta. Namun semua penat lelah berbaloi apabila tiba di pondok Canopy Walkway. Setelah diberi taklimat keselamatan ringkas dari penjaga Canopy Walkway, para peserta dilepaskan satu persatu ke titian gantung yang dibina  setinggi 30m dari aras laut. Peserta juga diberi peluang untuk berhenti di pelantar yang dibina di atas pokok di antara titian-titian untuk melihat pemandangan dan mengambil gambar. Alhamdulillah, kesemua peserta selamat meniti titian sepanjang 200m walaupun pada awalnya ramai yang merasa gayat berada di tempat tinggi.

Dalam perjalanan turun dari Canopy Walkway, para peserta berhenti untuk melepaskan lelah di tepi air terjun sambil mendengar pengisian dari AJK KRIM puteri yang mengajarkan doa melihat alam kepada peserta-peserta.
“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.” (Ali-Imran : 190-191)

Para peserta dianjurkan untuk sentiasa melihat alam sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan kecintaan terhadap Allah kerana Allah tidak akan mencipta sesuatu dengan sia-sia, oleh itu kajilah hikmah ciptaan Allah kerana di dalamnya terdapat peringatan kepada umat manusia.

krim DHL  Puteri

Advertisements

Tinggalkan komen

Filed under Aktiviti, info krim DAERAH HULU LANGAT, Outdoor

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s