KRIM Kelantan anjur MABIT bersama pelajar SMK Kamil

Pasir Puteh: 9 April – Dalam membentuk jiwa pelajar-pelajar sekolah yang kini makin layu dibuai keseronokan hidup tanpa batasan, Kelab Remaja ISMA Kelantan telah mengambil inisiatif mengadakan Program Malam Bina Iman dan Taqwa (MABIT) di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamil. Motto MABIT kali ini ialah “Mantapkan Iman, Suburkan Ukhuwwah”.

Seramai 114 orang peserta terdiri daripada pelajar asrama puteri (aspuri) telah mengikuti program ini dengan jayanya. Turut dibentangkan di dalam program ini ialah pembentangan ceramah oleh Dr. Nurul Izza Binti Yunus yang bertajuk “Akhlak dalam kehidupan “.

Sejurus selepas ceramah, program diteruskan dengan aktiviti berkumpulan. Peserta di uji sejauh mana EQ dan IQ mereka. Keesokan harinya semua peserta telah bangun seawal 4.30 pagi lagi untuk mengabdikan diri kepada Allah. Jiwa-jiwa peserta disentuh dengan melakukan qiam, zikir, istighfar dan sebagainya secara bersama-sama.

Seterusnya program diteruskan dengan tazkirah yang disampaikan oleh Cik Nafidah Binti Daud yang bertajuk “Mudahnya Mengeluh, Sukarnya Bersyukur” dan solat subuh berjemaah. Program ini diakhiri dengan riadhah pagi.

Moga program seperti ini akan dapat melahirkan peribadi seperti Khadijah Binti Khuwailid, Fatimah Binti Muhammad Rasulullah S.A.W, Aisyah Binti Abu Bakar, Rabiah al-Adaawiyyah, Asma’ Binti Abu Bakar dan lainya.

krim  KELANTAN

Media ISMA Kelantan

Berikut adalah sedikit sedutan gambar sekitar MABIT KRIM Akhawat Kelantan

Tinggalkan komen

Filed under Aktiviti, info krim KELANTAN, Kem Ibadah, Program di SEKOLAH

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s