Konvensyen Penggerak KRIM Nasional pacu usaha garap remaja

Putrajaya, 5 Dis. – Bagi memacu usaha-usaha menggarap golongan remaja sebagai pelapis dakwah dengan lebih giat, satu Konvensyen Penggerak Kelab Remaja ISMA (KRIM) Nasional 2009 telah diadakan di Pusat Komuniti Putrajaya. Konvensyen yang menghimpunkan penggerak-penggerak KRIM dari seluruh negara ini bertujuan untuk menjelaskan hala tuju dan projek terbaru KRIM selaras dengan fokus ISMA terhadap isu remaja.


Konvensyen dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman yang mengingatkan hadirin tentang peranan besar mereka untuk membentuk generasi remaja agar berupaya mewarisi usaha-usaha dakwah yang diimani. Ini diikuti oleh pembentangan tentang perkembangan terkini KRIM oleh Pengerusi KRIM Pusat, Mejar Nadzri bin Musman. Secara keseluruhannya, amal KRIM di seluruh negara semakin rancak dan berkembang sekaligus menuntut fokus yang lebih terarah daripada aktivis-aktivis KRIM.

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Seterusnya Setiausaha Agung ISMA, Saudara Aminuddin bin Yahaya selaku Penasihat Projek Gempur Remaja (GEREM) telah membentangkan kertas kerja mengenai projek tersebut. Beliau telah menjelaskan sasaran-sasaran yang telah digariskan di bawah GEREM serta peranan cawangan-cawangan KRIM di seluruh negara bagi merealisasikan objektif Projek GEREM 2010/2011.

Konvensyen Penggerak KRIM Nasional 2009 ini diteruskan dengan pembentangan kertas kerja oleh beberapa orang pakar motivasi yang telah dijemput khas untuk membantu penggerak-penggerak KRIM merancang aktiviti-aktiviti mereka. Akhir sekali ialah sesi perkongsian pengalaman oleh beberapa orang aktivis KRIM, antaranya Saudara Norhelmi bin Jamil (Pengerusi KRIM Negeri Sembilan) dan Cikgu Ismail bin Ali (Pengerusi KRIM Johor).

Advertisements

1 Komen

Filed under info krim PUSAT

One response to “Konvensyen Penggerak KRIM Nasional pacu usaha garap remaja

  1. Salam, saya ingin cadangkan agar makluman aktiviti yang akan datang (new events) turut dihebahkan di sini bukan setakat news updates sahaja kerana mungkin ada yang tercari-cari aktiviti berfaedah yang boleh dihadiri. Sekian…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s