KRIM Terengganu jayakan program Minggu Penghayatan Islam SMKAKA

Dungun, 2 Julai –
KRIM Terengganu telah memenuhi undangan untuk menjayakan Minggu Penghayatan Islam SMK Agama Kuala Abang (SMKAKA), khusus untuk para pelajar Tingkatan Satu di sekolah berkenaan. Program selama 7 hari tersebut padat dengan aktiviti-aktiviti rohani, pembentukan jatidiri dan insani serta menyemai ukhuwwah antara pelajar.

Acara khusus yang melibatkan KRIM Terengganu adalah antara kemuncak kepada program tahunan SMKAKA yang dijalankan. Majlis yang berlangsung pada 2 Julai itu dimulakan pada jam 9.30 malam di Dewan Besar SMKAKA selepas solat Isya’ berjemaah di surau. Ustaz Fakhruddin tampil memberikan kata-kata aluan kepada seluruh wakil KRIM dan pelajar-pelajar yang bersemangat untuk mengikuti program malam tersebut.

Majlis disusuli oleh ucapan daripada Pengarah KRIM Terengganu, Saudara Mohammad Nor Bakri dan kemudiannya tayangan video bertajuk, “Ubah Paradigma Anda”. Klip video yang dihidangkan membawa para pelajar menelusuri zaman kegemilangan Islam dan realiti umat Islam zaman kini. Secara tidak langsung, menyediakan minda para pelajar untuk pembentangan yang berikutnya.

Selanjutnya, majlis diteruskan oleh Saudara Nasrul Muhaimin yang membentangkan tajuk “Ghazwatul Fikr (Serangan Pemikiran)”. Pembentangan yang banyak disulami oleh klip-klip video menarik begitu menambat hati para pendengar dan mengesani mereka. Kehidupan yang selesa bagi rata-rata masyarakat di Malaysia bukanlah bermaksud mereka terlepas daripada agenda musuh yang mahu merosakkan dan menyesatkan ideologi terutamanya bagi golongan remaja, iaitu golongan yang masih mencari-cari identiti diri dan pegangan hidup.

Majlis pengisian disudahi dengan pengenalan kepada KRIM bagi para pelajar yang baru ingin mengenali KRIM oleh saudara Pengarah. Majoriti pelajar sangat tertarik dengan modul-modul dan aktiviti yang dijalankan serta sempat berpesan agar KRIM Terengganu dapat kembali dan beraktiviti bersama lagi. Sedikit buah tangan berupa penanda buku KRIM dihadiahkan kepada para peserta yang aktif semasa pembentangan juga kepada pelajar yang sempat berkenalan dengan warga KRIM. Majlis berakhir pada jam 11.30 malam dengan senyuman kepuasan di bibir para pelajar serta warga KRIM yang telah hadir.

Pada keesokan malamnya pula, sekali lagi KRIM Terengganu dijemput untuk sama-sama memeriahkan aktiviti Night Walk yang telah dirancang oleh pihak MPP sekolah untuk para pelajar tingkatan satu. Malam penuh kenangan tersebut diakhiri dengn sedikit muhasabah dan renungan yang disampaikan oleh Saudara Rafiuddin dan Saudara Bustaman.

Semoga KRIM Terengganu akan dapat beraktiviti lagi dengan para remaja ini dan menyampaikan intisari Islam kepada semua.

Sumber: Blog KRIM Terengganu

Advertisements

1 Komen

Filed under Aktiviti, info krim TERENGGANU, Kem motivasi dan ceramah agama, Program di SEKOLAH

One response to “KRIM Terengganu jayakan program Minggu Penghayatan Islam SMKAKA

  1. dhiya

    akum
    boleh tak kelab remaja isma membuat aktiviti dismkaka lagi untuk pelajar tingkatan 1.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s