KRIM Shah Alam-Klang ajak remaja hayati Israk Mikraj dengan Qiamullail

Shah Alam, 18 Julai –

Sempena dengan ketibaan Israk Mikraj, KRIM Shah Alam-Klang telah mengadakan program Malam Bina Iman & Takwa (MABIT) di Masjid Al-Azhariah, Seksyen 18, Shah Alam. Program ini telah disertai oleh lebih 35-40 orang termasuk penduduk sekitar yang turut sama melaksanakan qiamullail dengan para remaja yang hadir.

Program dimulakan dengan kuliah Israk Mikraj yang bermula selepas solat Maghrib anjuran ISMA Shah Alam-Klang. Selepas solat Isyak dan menikmati juadah yang disediakan pihak masjid, para peserta telah dikumpulkan dan mendengar sedikit pengisian dari Akh Asyraf. Usai pengisian, para peserta duduk dalam kumpulan kecil dan bersama-sama membuat tilawah dan tadabbur sebelum melabuhkan tirai malam.

Photobucket

Pada pukul 4.15 pagi, qiam jama’ie telah dimulakan dengan kehadiran penduduk setempat yang mengimarahkan lagi suasana. Selepas solat Subuh, semua jemaah bersama-sama mendengar kuliah Subuh yang telah disampaikan oleh Ustaz Najib Sulaiman yang menyentuh mengenai ibrah daripada peristiwa Israk Mikraj bagi menambah penghayatan. Majlis tamat setelah sarapan pagi di masjid.

Sumber: Blog KRIM Shah Alam-Klang

Tinggalkan komen

Filed under Aktiviti, info krim SHAH ALAM KLANG, Kem Ibadah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s