Program ‘Towards a Brighter Future!’ (BRIGHT) gamatkan SYAROD

Alai, 19-20 Jun – Alhamdulillah, buat pertama kalinya Kelab Remaja ISMA (KRIM) Melaka dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Syarifah Rodziah telah menganjurkan Program ‘Towards a Brighter Future!’ (BRIGHT) yang bertemakan ‘Membina Puteri Generasi Harapan’ yang disertai oleh 113 remaja perempuan tingkatan lima.

Program ini dijalankan dengan berlandaskan objektif untuk memupuk puteri muslimah yang bukan sahaja unggul dan cemerlang tetapi juga memiliki hala tuju dan matlamat hidup yang jelas. Pada malam pertama program, para peserta disambut dengan ucapan aluan oleh Pengarah program, dan disusuli pula dengan sesi taaruf, tayangan video serta nyanyian nasyid bersama di dewan auditorium Masjid Al-Azim. Lagu nasyid yang bertajuk `Sebelum Terlena’ nyanyian Hijjaz inshaAllah sedikit-sebanyak menimbulkan rasa keinsafan dan rendah diri para peserta terhadap Yang Maha Esa sebelum para peserta bersurai untuk tidur dan bangun semula bagi mengerjakan qiamullail keesokan paginya.

Sekitar pukul 8.00 pagi, para peserta berangkat pulang semula ke sekolah bagi mengikuti slot seterusnya iaitu slot perkongsian kerjaya yang bertempat di dewan sekolah. Slot perkongsian kerjaya pula telah mengetengahkan empat penceramah profesional yang masing-masing membicarakan tentang bidang perubatan, syariah, perakaunan dan kejuruteraan. Antara penceramah jemputan bagi slot ini adalah Dr. Nur Faridah, Ustazah Hidayah, Pn Asmizana dan Encik Mohammad Harris. Sewaktu slot ini, kelihatan para peserta terhibur dengan slot ini lebih-lebih lagi apabila setiap penceramah memiliki ciri-ciri unik yang menarik perhatian para peserta. Tidak lupa juga, tayangan video yang memaparkan kehidupan para pelajar di Jordan dan di Australia semacam memberikan satu tiupan dorongan semangat kepada para peserta untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran mereka.

Setelah menikmati juadah tengahari dan mengerjakan solat Zohor, program diteruskan dengan slot Halatuju Selepas SPM oleh Encik Muhammad Aizat sekitar pukul 2.15 petang. Slot Halatuju Selepas SPM merupakan satu lagi slot yang sangat penting kepada para pelajar justeru peranannya untuk mendedahkan kepada para peserta tentang saluran-saluran pendidikan yang ada setelah tamat tingkatan lima serta maklumat tentang penaja-penaja. Selain itu, Encik Muhammad Aizat juga telah memberikan beberapa prinsip kejayaan serta contoh bagaimana untuk menetapkan cita-cita yang jelas dalam minda para pelajar dalam satu tempoh akan datang.

Selesai slot ini, slot `teambuilding’ pula mengambil tempat dan kemudian disambung dengan “Motivasi `Towards a Brighter Future!’” oleh Ustazah Rosita. Melalui motivasi sebegini, para peserta berpeluang untuk mendapat gambaran akan hakikat masalah sosial yang melanda kebanyakan remaja sekarang dan peranan yang boleh dimainkan oleh mereka bagi mengembalikan masa depan yang cerah kepada agama, bangsa dan negara. Program diakhiri dengan ucapan penutup, penyampaian hadiah dan tayangan multimedia.

Akhir kata, tahniah kami ucapkan kepada para pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Syarifah Rodziah atas kejayaan anda mencurahkan masa dan tenaga untuk menyertai program seumpama ini tatkala anda semua sedang sibuk mengikuti latihtubi dan kelas persediaan bagi menghadapi SPM tahun ini. Selamat Maju Jaya!

Semoga kita semua termasuk di kalangan golongan yang mendapat syurga Allah dengan mengembalikan MASA DEPAN YANG CERAH atas muka bumi ini, inshaAllah.

Sumber: Laman Web ISMA Melaka

Advertisements

Tinggalkan komen

Filed under Aktiviti, info krim MELAKA, Kem motivasi dan ceramah agama, Program di SEKOLAH

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s