Kem Generasi Harapan KRIM Perak terap akhlak mulia

Gopeng, 1 Jun – Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia (KRIM) Cawangan Perak telah berjaya menganjurkan Kem Generasi Harapan sempena cuti penggal persekolahan baru-baru ini yang bertempat di Kem Sri Murni, Gopeng yang telah menarik penyertaan seramai 115 orang remaja lelaki dan perempuan dari seluruh negeri.

Perkhemahan yang berlangsung pada 30 Mei-1 Jun tersebut menyaksikan para peserta mula berkumpul seawal pukul 9 pagi untuk mendaftarkan diri. Selesai urusan pendaftaran, progam dimulakan dengan sesi taaruf yang dikendalikan oleh Kem Komandan, Sdr Zulfikar Azlan Syariff. Ini diikuti dengan upacara perasmian oleh Pengerusi KRIM Perak iaitu Ustaz Tanusi b. Saaban. Program diteruskan dengan sesi ice-breaking yang dikendalikan oleh Cikgu Nazri. Peserta-peserta dapat berkenalan dan menjadi lebih rapat antara satu sama lain melalui sesi ini.

Pada sebelah petangnya para peserta dihidangkan dengan pengisian yang diberikan oleh Ustaz Zamri Hashim yang bertajuk “Remaja Al-Quran dan Perubahan”. Pelbagai ilmu-ilmu yang berguna telah diberikan oleh Timbalan Mufi Negeri Perak ini. Kira-kira jam 5 petang, peserta-peserta mula turun ke padang untuk beriadhah sesama mereka. Dalam slot ini, peserta-peserta bermain beberapa permainan menarik yang telah disusun. Antaranya ialah ‘Zus Peng’, ‘Telur Rahsia’ dan ‘Memecah Telur’.

Kem diteruskan pada sebelah malam dengan pengisian oleh Sdr Aizat yang bertajuk “Tokoh Remaja Islam” sebelum disambung dengan sesi Night Walking. Night Walking pada malam itu berjaya memupuk perasaan sentiasa mengharap dan takut pada Allah SWT.

Pada esoknya pula, bermula dari jam 8.00 pagi, para peserta telah memulakan perjalanan yang cukup jauh dan memeritkan dan terpaksa melalui berbagai-bagai halangan di bawah panas terik mentari sebelum sampai ke destinasi pendakian Gua Kandu. Peserta bergerak ke Gua Kandu mengikut kumpulan-kumpulan yang disediakan. Dalam perjalanan, mereka dikehendaki singgah dan menyelesaikan setiap tugasan yang disediakan oleh fasililator di setiap checkpoint yang telah disusun. Ujian-ujian itu benar-benar menguji mereka sebagai remaja.

Kemudian mereka meneruskan pengembaraan ke dalam Gua Kandu yang memakan masa sekitar tiga jam. Peserta dapat menikmati suasana di dalam gua yang mencabar semasa merentas halangan-halangan di dalam Gua Kandu tersebut. Kemudian, peserta berehat di suatu sudut di dalam gua dan mendengar pengisian yang disampaikan oleh Sdr Naqib bertajuk “Kesyumulan Islam Dalam Kehidupan Remaja.” Ekspidisi ini berakhir kira-kira jam 2.30 petang sebelum peserta dibenarkan berehat dan mandi-manda di sungai bersebelahan tapak perkhemahan.

Pada malamya, para peserta telah diberi peluang untuk mencungkil bakat-bakat terpendam mereka melalui persembahan oleh setiap kumpulan. Pelbagai ragam dapat dilihat semasa mereka sedang mempamerkan bakat-bakat terpendam yang selama ini tersimpan. Antaranya lakonan drama, nyanyian dan sajak.

Hari terakhir program pada 1 Jun telah diisi dengan slot pengenalan KRIM oleh Ustaz Tanusi. Kem Generasi Harapan ini kemudian melabuhkan tirai dengan sesi penutup yang disempurnakan oleh Naib YDP ISMA Perak, Tn Haji Ishak bin Don.

Secara keseluruhannya, kem ini berjaya mencapai objektifnya iaitu untuk melahirkan generasi harapan masa depan yang mampu membawa kesempurnaan Islam dalam kehidupannya. Peserta juga berpuas hati dengan keseluruhan program yang telah disusun sepanjang perkehmehan ini berlansung. Semoga para peserta dapat terus mengikuti program-program Kelab Remaja ISMA yang akan datang!

Sumber: Blog KRIM Perak

Advertisements

4 Komen

Filed under Aktiviti, Camping, info krim Perak

4 responses to “Kem Generasi Harapan KRIM Perak terap akhlak mulia

  1. fauzi

    bagus!!!diharapkan petugas isma dapat memaparkan program-program yg akan datang di laman web ini.bye!!!!!

  2. klau ada program lg bgtau.tq

  3. ass.umur saya 20 tahun,blh ke?sya ikt kem ni,2 je jawapan saya?ass..

  4. kaksu

    salam…cuti sekolah bulan nov 09 ni ada wat kem kat perak tak?ada bg tau ya

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s