Program Palestin dan Qiyam KRIM DHL di Surau Al-Kauthar Bandar Tasik Kesuma

Bandar Tasik Kesuma, 21 Februari 2009 – Alhamdulillah, Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia cawangan Daerah Hulu Langat (KRIM DHL) dengan kerjasama Aman Palestin Berhad dan Surau Al-Kauthar, Bandar Tasik Kesuma, Semenyih telah berjaya menganjurkan Program Palestin dan Qiyamullaiul Remaja di surau tersebut pada Sabtu, 21 Februari 2009.

kesuma3

Program tersebut telah mendapat sambutan baik daripada para komuniti setempat. Para jemaah surau telah dihidangkan dengan pembentangan mengenai isu Palestin oleh Ustaz Azrin daripada Aman Palestin Berhad. Dalam majlis yang sama, pihak Aman Palestin turut menerima sumbangan cek daripada YB Dr Che Rosli Che Mat, ahli parlimen Hulu Langat. Tabung-tabung bergerak Palestin turut diedarkan kepada jemaah surau pada malam tersebut.

kesuma1

Manakala program qiyamullail remaja telah disertai oleh 49 orang remaja lelaki yang rata-ratanya terdiri daripada remaja sekolah rendah dan menengah. Rakaat-rakaat solat Tahajjud telah dipimpin oleh pengerak-pengerak KRIM disamping penerangan ringkas mengenai solat Tahajjud oleh pengarah KRIM DHL , saudara Khairuddin Md Ali. Jemaah qiyamullail turut disertai oleh para ibubapa. Ini diikuti debgan solat subuh dan kuliah subuh. Program tamat dengan kerja-kerja gotong-royong oleh semua remaja dan para ibubapa.

kesuma4

Advertisements

1 Komen

Filed under Aktiviti, Alam Islami, info krim DAERAH HULU LANGAT, Kem Ibadah

One response to “Program Palestin dan Qiyam KRIM DHL di Surau Al-Kauthar Bandar Tasik Kesuma

  1. muhammad akmal syafiq

    assalamualaikum … saudara .. masih ingatkah sy … sy muhd akmal syafiq .. sy ada hadir dlm qiamulail di surau al-khauthar, bandar tasik kesuma .. sy mnjd fasillator yg mnjaga budak-budak di surau brsama 2 org rakan sy yang lain .. harap bilakah saudara dapat mmbuat qiamulail di surau al-khautar pada masa akan datang ??

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s