Kem Daie Muda 2

Pekan Batu 14, Hulu Langat, 14 Disember – Kelab Remaja ISMA Cawangan Shah Alam Klang (KRIM SAK) telah berjaya mengajurkan satu program Kem Daie Muda 2 yang dikhususkan kepada remaja-remaja yang telah mengikuti program KRIM sepanjang tahun ini. Seramai 34 remaja telah mengikuti Kem ini yang diadakan di Kem An-Naim, Hulu Langat.

Menurut pengarah program Ust. Mohd Fathan Hussin, kem 2 hari 1 malam ini bertujuan untuk melatih dan mempersiapkan remaja yang terlibat dengan sikap dan akhlak sebagai seorang remaja yang soleh dan berkeperibadian tinggi. Selain itu beliau juga melahirkan harapannya agar remaja-remaja yang dipilih ini seterusnya akan menjadi penggerak kepada KRIM itu sendiri.

Antara aktiviti menarik yang dijalankan sepanjang kem ialah “Jungle Trekking”, “Explore Race”, Bicara Tokoh dan Permainan Air. Menurut salah seorang peserta yang ditemui iaitu adik Salahuddin, “Kem ini telah mengingatkan saya bahawa masa remaja bukanlah untuk dihabiskan dengan keseronokan duniawi tetapi merupakan masa untuk membentuk peribadi dan akhlak mulia. Macam ‘boring’ je bunyinya, tapi kem ini amat menyeronokkan dan saya rasa masa 2 hari ni terlalu singkat,” tambah adik Salahuddin lagi.

Majlis penutupan Kem disempurnakan oleh Yang Di-Pertua ISMA Shah Alam Klang, Dr. Amiruddin Abd. Wahab.

2 Komen

Filed under Aktiviti, Camping, info krim SHAH ALAM KLANG

2 responses to “Kem Daie Muda 2

  1. teruskan perjuangan semua

  2. sidisaz

    gambar kem daie muda 3 xde ke?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s