Ramadhan…… Tiba lagi

Assalamualaikum wbt,

“Apabila tibanya Ramadhan, terbukalah segenap pintu syurga, tertutup rapatlah segala pintu neraka dan syaitan dibelenggu kesemuanya.”

“Barangsiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas dan barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas.”

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Ramadhan tiba lagi. Terasa pantas waktu berlalu. Masih teringat-ingat lagi Ramadhan yang lepas. Tup! Tup! Muncul kembali Ramadhan. Syukur kepada Allah Taala kerana memberikan kita kesempatan sekali lagi untuk menjadi tetamu Ramadhan. Ada segelintar yang tidak sempat. Ada yang hari terakhir bulan Syaaban, telah kembali menemui-Nya, tidak sempat pun menjenguk bulan barakah ini.

Alhamdulillah! Syukur sekali lagi atas kesempatan yang Allah Taala berikan ini.

Nah! Apa yang ditunggu lagi. Wahai remaja sekalian, ayuh sama-sama kita hidupkan bulan mulia ini. Jangan kita abaikan walau sedetik kesempatan yang telah Allah Taala hadiahkan. Ingatlah satu amalan fardu digandakan sebanyak 70 kali, manakala satu amalan sunat diangkat menjadi satu amalan fardu. MashaAllah, Maha Pemurah Allah Taala kepada hamba-hamba-Nya.

Akhir kalam, renungilah sms yang diterima penulis.

Andai harta adalah racun, maka zakatlah penawarnya,
Jika seluruh umur adalah dosa, maka taqwa dan taubatlah ubatnya,
Jika seluruh bulan adalah noda, maka Ramadhanlah pemutihnya.

Marhaban Ya Ramadhan daripada warga KRIM.

Advertisements

Tinggalkan komen

Filed under Ibadah yang SEMPURNA, Tazkirah dan peringatan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s