AYUH BERSEDIA !!!

Assalamualaikum wbt,

Tinggal beberapa hari sahaja, bulan Ramadhan yang mulia akan menjelma lagi. Bagi orang yang beriman, kedatangannya amat ditunggu-tunggu. Segala keistimewaan, kelebihan dan ganjaran yang dikurniakan Allah Taala di dalam bulan ini pasti tidak dilepaskan.

Permulaan Ramadhan adalah rahmat, pertengahannya adalah pengampunan dan penghujungnya adalah pembebasan dari api neraka. Tiada nikmat yang cukup besar bagi seorang manusia apabila dapat membebaskan diri dari azab seksaan pedih yang sangat dahsyat di dalam api neraka.

Bulan Ramadhan juga adalah bulan yang terbaik untuk mendidik jiwa. Ia ibarat sebuah institusi yang melahirkan manusia yang cemerlang dan mengubah manusia yang selama ini tenggelam dalam kegelapan kebendaan dan nafsu kepada sinar cahaya keimanan yang mulia dan hebat.

Sebagai persediaan menghadapi bulan Ramadhan, sama-samalah kita renungi hadis di bawah:

Dari Usamah bin Zaid (ra) berkata, “Aku bertanya, ya Rasulullah, aku tidak pernah melihat engkau berpuasa (sehebat) engkau berpuasa di bulan Syaaban”. Rasulullah (saw) menjawab, “Bulan (Syaaban) itu ramai yang kurang memperdulikannya, (terletak) di antara Rejab dan Ramadan, sedang ia adalah bulan yang di dalamnya diangkat pahala amalan-amalan kepada Tuhan sekelian alam. Aku ingin amalan ku diangkat ketika aku sedang berpuasa”

(Hadis riwayat Imam An-Nasaie).

Justeru, ku menyeru kepada rakan-rakan remaja yang dikasihi sekalian, agar sama-sama kita menjadikan bulan Syaaban sebagai bulan persediaan kita sebelum menempuh Ramadhan yang mulia. Sesungguhnya kesempatan yang Allah Taala berikan hanyalah sekali, selagi ajal belum menjelma.

Advertisements

Tinggalkan komen

Filed under Ibadah yang SEMPURNA, Tazkirah dan peringatan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s