Kem Ibadah SMSAH


Pada 10 Julai, 2008 yang lalu, Kelab Remaja ISMA (KRIM) Kedah dengan kerjasama Guru Panatia Agama dan Kaunselor Sekolah Menengah Sains Sultan Abdul Halim (SMSAH) telah menganjurkan Kem Ibadah 2008 yang berlangsung selama dua hari satu malam.

Program ini melibatkan seramai 125 orang pelajar tingkatan lima yang bermula pada petang Khamis dan berakhir selepas solat Jumaat. Antara objektif progam ini adalah memberi kesedaran kepada para pelajar tentang kepentingan menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia. Selain itu, pihak sekolah mengadakan program khas bersama KRIM ini dengan harapan yang tinggi untuk meniupkan semangat kepada para pelajar bagi membuat persediaan menghadapi peperiksaan SPM 2008. Program ini juga adalah program lanjutan daripada program Wacana Motivasi Remaja yang telah dijalankan sebelum ini.

Pelbagai aktiviti menarik yang telah dijalankan bersama pelajar-pelajar ini pada hari tersebut. Antaranya adalah slot ceramah motivasi oleh Hj Mohd Arif bin Hj Mohd Noor, Qiamullail dan slot LDK yang dikendalikan sepenuhnya oleh para fasilitator KRIM Kedah. Majlis penutup telah rasmikan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Menengah Sains Sultan Abdul Halim (SMSAH). Program ini sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran tentang perlunya menjaga hubungan yang baik dengan Allah dan hubungan sesama manusia bagi mencapai kejayaan dalam kehidupan. Para pelajar dan guru diberikan bookmark KRIM dan juga CD clip video program tersebut pada majlis penutup program tersebut sebagai tanda kenangan. Diharap, program sebegini dapat dijalankan lagi oleh KRIM demi melahirkan remaja yang berkualiti untuk pembangunan umat pada masa hadapan.

Advertisements

Tinggalkan komen

Filed under Aktiviti, info krim KEDAH, Kem Ibadah, Program di SEKOLAH

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s