KENAIKAN HARGA – APA PERANAN REMAJA?

minyak naik

Hari ini, kenaikan harga minyak di pasaran dunia memberi impak yang besar kepada kehidupan manusia khususnya di negara kita, Malaysia. Dikhabarkan juga tarif baru elektrik berdasarkan senario kenaikan harga minyak ini akan dikuatkuasakan mulai Julai 2008 yang akan datang. Kenaikan harga minyak dan elektrik ini pasti membawa kesan besar kepada kenaikan harga makanan apabila kos pengeluarannya meningkat.

Golongan rakyat yang akan merasa tekanan disebabkan kenaikan-kenaikan drastik ini pastinya mereka yang berpendapatan rendah. Mereka selama ini hidup dengan ‘cukup-cukup makan’ sahaja terpaksa berusaha mencari pendapatan lebih dan mengurangkan perbelanjaan harian untuk menangani isu ini. Mereka mungkin terpaksa berkerja sehingga lewat malam dan pada masa yang sama terpaksa mengikat perut untuk memastikan belanjawan keluarga berjalan lancar.

Sebenarnya tujuan penulisan ini adalah disasarkan kepada golongan remaja. Seharusnya isu kenaikan harga minyak, elektrik dan barang-barang keperluan asas seperti makanan mesti diambil berat oleh golongan remaja. Bukan hanya golongan dewasa tetapi remaja juga wajib mengambil bahagian dalam menangani isu kenaikan ini. Antara perkara-perkara yang remaja boleh lakukan ialah:

  1. Mengambil tahu isu-isu semasa yang terkini khususnya isu kenaikan harga minyak dan kesannya melalui pembacaan agar pengetahuan dan kesedaran dapat dipertingkatkan.
  2. Mengurangkan penggunaan telefon bimbit. Gunakan apabila perlu sahaja.
  3. Mengurangkan penggunaan khidmat pesanan ringkas atau SMS. Jangan terbabit dengan peraduan-peraduan SMS yang menggalakkan pembaziran, malah ia telah difatwakan haram oleh pihak JAKIM.
  4. Jangan memuat turun ke dalam telefon bimbit perkara-perkara yang tidak perlu seperti lagu-lagu dan gambar-gambar. Semuanya itu memerlukan duit dan menggalakkan pembaziran.
  5. Berjimat cermatlah dengan wang harian yang diberikan oleh ibu bapa. Amalkan sikap menabung. Peruntukkanlah sebahagian daripada wang harian untuk simpanan biarpun hanyalah sekadar 10 sen. Pepatah Melayu ada menyebut, “Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit”.
  6. Remaja masakini amat gemar berbelanja di restoran-restoran segera. Oleh itu disarankan agar dapat mengurangkan perbelanjaan ini kerana makanan segera bukan sahaja mahal malah kurang berkhasiat.
  7. Memahami mengapa ada kalanya ibu bapa tidak dapat memberikan tumpuan penuh kepada anda serta adik-beradik yang lain kerana sibuk mencari rezeki lebih-lebih lagi pada waktu kenaikan harga barangan.
  8. Membantu keluarga dalam berjimat cermat seperti mengurangkan penggunaan air dan elektrik di rumah terutamanya mereka yang gemar bermain “game”.
  9. Bagi remaja yang merokok, buanglah segera tabiat tersebut kerana ia bukan sahaja membazir malah membahayakan kesihatan. Jabatan Mufti Selangor telahpun menfatwakan bahawa merokok itu adalah haram.

Sebenarnya perkara di atas perlu anda lakukan setiap masa, bukan hanya pada waktu-waktu tertentu sahaja. Semoga usaha anda ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh keluarga. Ingatlah akan kesusahan ibu dan bapa bertungkus lumus mencari rezeki bagi menampung keperluan anda sekeluarga.

Tinggalkan komen

Filed under Isu Semasa, Tazkirah dan peringatan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s