BISIKAN

Kesejukan dan kedinginan mula menguasai diriku. Hujan yang mula turun mencurah-curah sejak tengah malam tadi masih belum reda. Aku tersedar apabila tempias hujan menimpa diriku. Aku bingkas bangun dan menutup tingkap disisiku. Jam di tangan menunjukkan pukul 4:00 pagi. Setelah itu aku tidur semula dan menarik selimut hingga menutupi kepala. Aku juga mengenakan ‘wind breaker’ Antioniku.

Allahuakbar! Allahuakbar! Laungan azan Subuh memecah suasana sunyi dan dingin. Aku terjaga sekali lagi dan sedikit masalah timbul dalam diriku kerana waktu Subuh sudah masuk. Aku cepat-cepat menekup kepalaku dengan bantal dan memejamkan kembali mataku dengan niat untuk menyambung tidurku.

Tiba-tiba terdengar suara yang mendayu-dayu lembut menerjah ke telingaku.

“Is! Is… tidurlah… tariklah selimutmu. Masih awal lagi ini. Lagipun sekarang ni sejuk. Tidurlah…”. Suara itu benar-benar membuatkan fikiranku menerewang jauh sehinggalah muncul seorang gadis yang amat harum baunya di hadapan mataku dengan berpakaian yang terlalu…

“Hei, manusia! Sudah lupakah kamu dengan seruan bersembahyang itu?” Aku tersentak seketika apabila terdengar satu suara yang entah dari mana melaung memanggil namaku. Dalam pada itu juga gadis yang cantik itu ghaib dari pandanganku.

Aku membuka mataku kembali. Arggghh… gelap lagi. Aku memejamkan kembali mataku.

“Sambutlah tidurmu…”. Muncul suara lembut itu semula.

“Jangan! Ada baiknya kamu bangun kerjakan perintah Allah!” Muncul semula suara yang garau dan kasar itu.

“Tidurlah…”

“Bangun!”

“Tidurlah…”

“Bangun!”

“Tidurlah…”

“Bangunnnn! Jangan jadikan dirimu golongan orang yang rugi.”

Lailahaillallahhhh!!! Buk! Aku terhentak di atas lantai. Allahuakbar! Allahuakbar! Lailahaillallah! Aku terkedu sendirian mengenang peristiwa tadi. Alhamdulillah… aku berjaya juga menentang bisikan nafsu amarah tadi. Aku segera menggerakkan ahli ‘dorm’ku dan bergegas ke bilik air…

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

Adakah kau ketahui orang yang mendustakan agama? Demikian itu ialah orang yang mengusir anak yatim. Dan tiada memberi makan kepada orang miskin. Maka celakalah (azab) bagi orang yang bersembahyang, yang mereka itu lalai dalam sembahyangnya, lagi mereka itu riak. Dan enggan membayar zakat.”

(Surah Al-Maa’uun: 1 – 7)

2 Komen

Filed under akhlak islamiah, Cerpen, Ibadah yang SEMPURNA, Tazkirah dan peringatan

2 responses to “BISIKAN

  1. Zekri

    cerita yang menarik

  2. ar9

    ringkas tapi padat..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s