9 pasukan berentap Di SMKA Maahad Hamidiah Kajang

Pada tanggal 1 Jun 2008 yang lalu, KRIM DHL telah menganjurkan Kejohanan Bolasepak Remaja 9 Sebelah bagi Daerah Hulu Langat. Kejohanan ini telah diadakan bersempena cuti sekolah baru-baru ini. Kejohanan ini juga menjadi gelanggang bagi memilih dua pasukan terbaik remaja bagi mewakili KRIL DHL ke Karnival Bolasepak 9 Sebelah ISMA peringkat nasional pada 7 Jun 2008. Padang bolasepak Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah, Kajang telah menjadi gelanggang kejohanan pada tahun ini.

Kejohanan tahunan yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh para remaja ini telah disertai oleh 9 pasukan remaja di sekitar Hulu Langat. Antara pasukan-pasukan yang bertanding pada tahun ini ialah:-

  1. Al-Amin (Sungai Tangkas, Bangi)
  2. Bangi 4 Tambahan
  3. Taman Impian Ehsan (Balakong)
  4. Al Muhajiroon (Jenderam)
  5. Bangi 4/9
  6. Kuda Kepang (Desa Surada-Bangi 8)
  7. Teratai (Bangi)
  8. Bangi 3
  9. Bandar Tun Hussein Onn (Cheras)

Proses pendaftaran dan undian pasukan telah diadakan pada pagi tersebut. Format pertandingan pada tahun ini telah membahagikan pasukan-pasukan tersebut ke dalam tiga kumpulan. Dua pasukan teratas akan layak ke pusingan suku akhir sementara dua pasukan yang mendapat tempat ketiga dalam peringkat kumpulan akan dipilih untuk melengkapkan pasukan ke suku akhir berdasarkan mata terkumpul.

Keputusan akhir peringkat kumpulan adalah seperti berikut:-

Kumpulan Satu

Johan Kumpulan : Taman Impian Ehsan (Balakong)

Naib Johan Kumpulan : Bangi 4 Tambahan

Tempat ketiga : Al-Amin (Sungai Tangkas, Bangi)

Kumpulan Dua

Johan Kumpulan : Al Muhajiroon (Jenderam)

Naib Johan Kumpulan : Bangi 4/9

Tempat ketiga : Kuda Kepang (Desa Surada-Bangi 8)

Kumpulan Tiga

Johan Kumpulan : Bangi 3

Naib Johan Kumpulan : Teratai (Bangi)

Tempat ketiga : Bandar Tun Hussein Onn (BTHO-Cheras)

Pasukan Kuda Kepang dan BTHO telah mengiringi pasukan johan dan naib johan kumpulan ke peringkat kalah mati.

Keputusan pada peringkat suku akhir adalah seperti berikut:

Suku Akhir 1:

Taman Impian Ehasan (Balakong) Vs Kuda Kepang (Desa Surada-Bangi 8)

(3-2)

Suku Akhir 2:

Al Muhajiroon (Jenderam) Vs Bandar Tun Hussein Onn (BTHO-Cheras)

(4-0)

Suku Akhir 3:

Bangi 3 Vs Bangi 4/9

(1-0)

Suku Akhir 4:

Teratai (Bangi) Vs Bangi 4 Tambahan

(0-0)

(Penalti: 1-2)

Dengan itu pasukan yang menang pada peringkat suku akhir ini telah layak ke peringkat separuh akhir.

Keputusan pada peringkat separuh akhir adalah seperti berikut:

Separuh Akhir 1:

Taman Impian Ehsan (Balakong) Vs Al Muhajiroon (Jenderam)

(1-0)

Separuh Akhir 2:

Bangi 3 Vs Bangi 4 Tambahan

(0-0)

(Penalti: 5-3)

Pasukan Taman Impian Ehsan dan Bangi 3 telah layak ke peringkat akhir bagi menentukan johan Kejohanan Bolasepak Remaja 9 Sebelah Daerah Hulu Langat edisi 2008. Manakala pasukan Al Muhajiroon dan Bangi 4 Tambahan akan bermain bagi merebut tempat ketiga dan keempat.

Perlawanan akhir dan perlawanan merebut tempat ketiga dan keempat telah dijalankan serentak. Bagi perlawanan akhir, kedua-dua pasukan bermula baik. Walau bagaimanapun, pasukan Bangi 3 lebih garang apabila terlebih dahulu membuka jaringan. Pasukan Taman Impian Ehsan tidak berputus asa malah cuba mengimbangi serangan ke atas Bangi 3. Dalam babak kedua pula Bangi 3 telah berjaya menambah dua lagi gol setelah pasukan Taman Impian Ehsan tampak keletihan. Bangi 3 telah mengesahkan kejuaraan ini setelah wisel penamat ditiupkan. Walaupun sekadar bergelar naib johan, pasukan Taman Impian Ehsan telah dipilih untuk mewakili pasukan KRIM DHL ke Karnival Bolasepak Sembilan Sebelah 2008 peringkat nasional bersama-sama pasukan Bangi 3.

Bagi perlawanan yang berlangsung di padang sebelah, motivasi untuk merebut tempat ketiga jelas terpapar kepada kesungguhan kedua-dua pasukan. Pasukan Al Muhajiroon dan Bangi 4 Tambahan telah bermain bermati-matian. Walaupun begitu jelas pasukan Al-Muhajiroon lebih banyak menguasai perlawanan. Tiupan wisel penamat mengesahkan pasukan Al-Muhajiroon memenangi tempat ketiga dan pasukan Bangi 4 Tambahan di tempat keempat. Perlawanan berkesudahan dengan pasukan Al-Muhajiroon menewaskan pasukan Bangi 4 Tambahan dengan jaringan 4-0.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ustaz Anuar Salleh selaku YDP Hulu Langat. Ustaz Anuar Salleh telah memberi nasihat dan mutiara kata bagi para remaja agar menjadi remaja yang bermotivasi, iltizam dan mempunyai jatidiri yang mantap bagi bersaing dalam dunia yang semakin mencabar sekarang.

Keputusan Akhir Kejohanan Bolasepak Remaja 9 Sebelah Daerah Hulu langat

Johan : Bangi 3

Naib Johan : Taman Impian Ehsan (Balakong)

Ketiga : Al Muhajiroon (Jenderam)

Keempat : Bangi 4 Tambahan

Wakil DHL ke Karnival Bolasepak Sembilan Sebelah 2008 peringkat nasional pada 7 Jun 2008 di Padang UNITEN:

1. Bangi 3 (Mewakili KRIM DHL sebagai KRIM DHL A)

2. Taman Impian Ehsan (Balakong) (Mewakili KRIM DHL sebagai KRIM DHL B)

1 Komen

Filed under Aktiviti, info krim DAERAH HULU LANGAT, Kejohanan Sukan

One response to “9 pasukan berentap Di SMKA Maahad Hamidiah Kajang

  1. salam

    tahniah kpd pemenang. bagi yg kurang bernasib baik boleh terus mencuba lagi di tahun hadapan.

    wslm
    Pengarah KRIM DHL b/p AJK KRIM DHL

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s