PERADUAN SMS HARAM?

Kenyataan Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, berkenaan isu Peraduan 100 Hari 100 Kereta anjuran Celcom (Malaysia) Bhd amatlah dinanti-nantikan bagi mengelakkan kekeliruan masyarakat tentang gejala perjudian yang berselindung di sebalik peraduan SMS.

Beliau menyatakan yang dipetik dari sebuah akhbar tempatan,

“Dalam peraduan ini, kita perlu bayar atau dicaj RM5 untuk meneka atau menjawab satu soalan. Itu adalah pertaruhan dan pertaruhan adalah satu perjudian. Maka peraduan ini berunsur perjudian. Nasihat saya kepada umat Islam di negara ini, peraduan ini adalah haram di sisi agama dan jangan sertai peraduan ini.”

Panel Kajian Syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 17 Jun 2008 juga telah memutuskan bahawa Peraduan ‘100 Hari 100 Kereta’ anjuran Celcom (Malaysia) Bhd melanggar syariah dan mengandungi unsur judi.

Jika kita lihat trend masakini, terlalu banyak peraduan-peraduan seumpama ini wujud di negara kita bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan. Apa yang didapati, peraduan ini lebih menguntungkan pihak penganjur dan menyebabkan orang yang menyertainya kehilangan wang yang banyak akibat pertaruhan ini.

Sebagai contoh, lihatlah keluhan-keluhan peserta peraduan anjuran Celcom (Malaysia) Bhd yang dipetik dari akhbar Utusan Malaysia.

“Kini saya perlu menjelaskan bil saya sejumlah RM3,000 itu di samping menanggung dosa kerana berjudi yang mana seumur usia ini tak pernah saya lakukan. Peraduan ini memang satu perjudian kerana ramai yang kalah dan kerugian beribu-ribu ringgit sedangkan yang menang hanya seorang.”

HUSSAIN, Perak

“Saya adalah pelanggan telefon mudah alih pasca bayar Celcom sejak tahun 2000. Baru-baru ini, saya terkejut apabila panggilan keluar saya disekat. Apabila menghubungi pihak Celcom untuk penjelasan saya menjadi lebih terkejut apabila diberitahu panggilan saya disekat kerana bil sudah mencecah RM2,500. Untuk pengetahuan, had kredit untuk telefon saya hanya RM500 sahaja. Maksudnya panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) keluar akan disekat secara automatik apabila mencecah RM500.

Saya sekeluarga merasa keliru apabila menyertai peraduan 100 hari seratus 100 kereta oleh Celcom. Satu-satunya peraduan yang dianjurkan oleh syarikat komunikasi yang dirasakan sangat mahal iaitu RM5 untuk satu SMS.”

PENGGUNA SETIA, Melaka

Adalah disarankan supaya pihak kerajaan dapat mengambil langkah pro-aktif bagi membendung gejala yang sangat mengelirukan masyarakat Islam ini. Sesungguhnya JUDI adalah HARAM di sisi Islam. Ia bukan sahaja membazir dan membuang masa, malah menggalakkan masyarakat supaya tidak berusaha dan akhirnya melahirkan masyarakat yang lesu dan tidak produktif.

Kepada remaja sekalian, diingatkan agar tidak terjebak kepada perkara negatif ini. Wang harian atau bulanan yang diberikan oleh ibu bapa seharusnya digunakan dengan sebaiknya. Ingatlah kesusahan ibu bapa kita mencari rezeki bagi menampung kehidupan anda sekeluarga.

5 Komen

Filed under Isu Semasa, Tazkirah dan peringatan

5 responses to “PERADUAN SMS HARAM?

  1. ebundle

    Salam, memang wajar di jatuhkan keputusan. Pembaziran dalam Islam adalah amalan Syaitan. Tapi dalam mencari sebab dan musabab perkara ini berlaku, adakah kita telah teliti dalam mengetahui apa yang sebenarnya berlaku dan apakah yang berlaku di sekeliling kita?

    Peraduan ‘pemanggil yang ke-100’ umpamanya. Adakah kita pasti tidak adanya unsur ‘gharar’ dan pembaziran? Peraduan SMS lain? Adakah ia bebas hukum? Kenapa hanya Celcom diteliti? Kita mesti adil. Setahu saya, Celcom memang ada berjumpa dengan Ustaz-Ustaz di Jakim. Cuma, apa yang dibincangkan dan keputusannya kita tidak tahu.

    Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah untuk hambaMu yang lemah ini. Salam,

  2. Shahrir

    Askm wbt,

    Sebenarnya pada Julai 2004 dahulu, Majlis Fatwa Kebangsaan telahpun memutuskan peraduan SMS adalah haram. Sila lihat penjelasannya di dalam Utusan Malaysia bertarikh 28 Julai 2004. Boleh dilayari dari Arkib laman web Utusan Malaysia.

    Alhamdulillah, ada mufti yang menegur untuk kebaikan umat Islam. Diharap mufti-mufti dapat memainkan peranan mereka dengan sebaiknya bagi memastikan masyarakat Islam tidak keliru khususnya yang berkaitan isu kontemporari. Suara-suara mufti ini juga perlu diketengahkan oleh pihak yang bertanggungjawab.

    Allahu A’lam

  3. Shahrir

    Tambahan… Jabatan Mufti Negeri Selangor juga telah mewartakan fatwa tentang ke’HARAM’an peraduan SMS ini pada 28 April 2005. Kenyataan dalam fatwa tersebut adalah seperti berikut:

    “Hukum menyertai peraduan SMS adalah HARAM berdasarkan kepada ayat Al-Quran dan hadis serta ijma’ ulama kerana proses peraduan SMS ini dijalankan adalah tidak jelas (mengandungi gharar) dan mempunyai unsur-unsur perjudian.”

    Sila lihat portal Jabatan Mufti Negeri Selangor di laman web http://www.muftiselangor.gov.my

    Allahu A’lam

  4. QUEEN CONTROL

    YANG HARAM TETAP HARAM……
    SAYA SOKONG TEGURAN MUFTI…….

  5. i sokong juga….tapi kadang-kadang terpengaruh juga sebab hadiah…lumayan
    Tapi i kuat iman lagi ..tak main sms ni…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s