SELAMAT KEMBALI

Assalamualaikum wbt,

Selamat kembali ke sesi persekolahan kepada semua pelajar khususnya yang berada di dalam darjah enam dan tingkatan tiga. Tinggal tiga atau empat bulan sahaja lagi peperiksaan UPSR dan PMR akan berlangsung. Semoga dua minggu cuti baru-baru ini telah dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.

Sempena cuti sekolah yang lalu juga, Kelab Remaja ISMA (KRIM) turut tidak ketinggalan menganjurkan pelbagai program bermanfaat khusus kepada pelajar di seluruh negara. Alhamdulillah, sambutan yang diberikan amat menggalakkan.

Antara program-program anjuran KRIM sepanjang cuti persekolahan lepas adalah:

  1. “Perkhemahan Remaja 2008” anjuran KRIM Kuantan.
  2. “Nadwah Kepimpinan Remaja KRIM Nasional 2008” anjuran KRIM Pusat.
  3. “Kem Remaja Muslim 2008” anjuran KRIM Negeri Sembilan & Melaka.
  4. “Perkhemahan Realisai Insan Cemerlang” anjuran KRIM Johor.
  5. “Motivasi Insan Dinamika (MIND-A)”, Siri II, anjuran KRIM Petaling Jaya.
  6. “Seminar Motivasi Pelajar” anjuran KRIM Terengganu.
  7. “Karnival Bolasepak ISMA 2008” dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA).

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan aktiviti-aktiviti ini. Semoga usaha kerdil ini mendapat keberkatan Allah Taala.

Kepada pelajar yang mengambil bahagian, diharap dapat menimba sesuatu yang berguna untuk dibawa dalam kehidupan yang mendatang. Jangan lupa untuk mengajak kawan-kawan lain ke program KRIM yang seterusnya. InshaAllah akan ada banyak lagi aktiviti KRIM yang menarik selepas ini.

Akhir kalam,

“Selamat Kembali ke Sekolah”

Tinggalkan komen

Filed under Aktiviti, info KRIM nasional

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s