NADWAH KEPIMPINAN REMAJA KRIM NASIONAL 2008

Shah Alam, 24 – 26 Mei 2008 – Alhamdulillah, program Nadwah Kepimpinan Remaja Nasional 2008 anjuran Kelab Remaja ISMA (KRIM) Pusat telah berjaya dilaksanakan selama tiga hari bertempat di Sekolah Hira’, Seksyen 27 Shah Alam, Selangor.

Nadwah Kepimpinan Remaja peringkat nasional yang julung-julung kali diadakan ini telah dihadiri seramai 68 orang ahli KRIM (34 peserta lelaki dan 34 peserta perempuan) yang terpilih dari pelusok tanahair. Bertemakan “Remaja dan Perubahan”, antara objektif Nadwah yang diberikan penekanan ialah pendedahan tentang tanggungjawab dan peranan remaja di samping mengasah bakat-bakat kepimpinan dan kreativiti remaja melalui aktiviti-aktiviti yang telah dirangka.

Terdapat dua pembentangan kertas kerja beserta bengkel dan satu slot forum yang membincangkan tentang matlamat hidup, peranan dan tanggungjawab remaja, telah disampaikan oleh penceramah-penceramah yang dijemput khas. Manakala slot Motivasi Remaja yang begitu ceria dan bersemangat telah disampaikan oleh seorang pakar motivasi yang didatangkan khas dari Petaling Jaya iaitu En Iswardy Morni. Selain itu terdapat aktiviti qiyamullail dan kuliah Subuh sebagai pengisian kerohanian. Peserta juga diberikan tanggungjawab untuk menyampaikan kuliah Mahgrib sepanjang program berlangsung.

Slot Bicara Remaja pula menyingkap kembali zaman kegemilangan tamadun Islam melalui tontonan video dan dituruti dengan aktiviti kreatif yang dapat mencetuskan rasa sayang dan cinta remaja kepada Islam dan zaman kegemilangan tersebut. Seakan tidak lengkap sekiranya program tidak diserikan dengan Malam Kesenian Islam yang membentuk daya kreativiti dan keberanian remaja membuat persembahan berunsurkan nasihat dan teladan.

Hari terakhir program telah diselitkan dengan aktiviti Pidato Remaja. Aktiviti yang berkonsepkan persidangan Dewan Parlimen ini lebih kepada melatih keberanian peserta berucap di khalayak ramai di samping mengeluarkan hujah-hujah bernas mengupas isu-isu semasa yang telah diberikan.

Nadwah diakhiri dengan aktiviti penutup dan penyampian hadiah dan sijil kepada para peserta. InshaAllah program ini akan diteruskan sebagai platform kepada pemimpin remaja berkumpul dan bermuzakarah sesama mereka. Semoga usaha kerdil ini diberkati Allah Taala.

7 Komen

Filed under Aktiviti, info KRIM nasional

7 responses to “NADWAH KEPIMPINAN REMAJA KRIM NASIONAL 2008

  1. yasir

    ade gambar lagi x? ana nak jugak….

  2. Iman

    Askum! Fuyuh!!gambar ana ade la!!! xde lg ke gambar mase program ni??

  3. Shahrir

    Wslm, maaf gambar masih belum dapat dikumpulkan. InshaAllah kalau ada nanti akan diuploadkan

  4. habib kedah

    ALLAHUAKBAR 3X!!! alhamdulillah, bila bca apa yg ditulis n dpat tngok gambar 2, semangat untuk berjuang membakar semula………………walaupon ana x bapa pandai nak becakap d dpan orang rmai, ana ttap akan berusaha………( pemberi kuliah maghrib mlm ke-2)

  5. hamba ALLAH

    bila nak uploadkan gambar2 ni lgi?

  6. suf

    mana gambar budak budak SMK Dara,kluang johor

  7. fatin

    wah..best tau pegi kem tu..tp sygnye xde pic sye la..huhu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s