Kem Remaja ISMA (KERIS) Zon Tengah Menjadi Tumpuan

Pada 8-10 Disember yang lalu, Kelab Remaja ISMA telah menganjurkan program, Kem remaja ISMA (KERIS) 2007 bagi zon tengah bertemakan “ Remaja Aset Negara Di Hari Muka” . Program tersebut telah diadakan di Kem Rebutia , Gombak dan telah berjaya menarik minat seramai 132 orang peserta remaja disekitar Hulu langat, Petaling Jaya Gombak , Kuala Lumpur dan beberapa peserta daripada negeri-negeri lain.

Program perkhemahan yang diadakan selama 3 hari 2 malam ini telah mendedahkan para peserta remaja kepada aspek-aspek pemantapan jatidiri seperti disiplin, kerjasama berpasukan, iltizam dan motivasi remaja .

Program ini telah dirasmikan oleh saudara Mohd Noor Azib Asmangi selaku pengarah KRIM pusat

Berkonsepkan ‘kem ala tentera’, para perserta telah dibahagikan kepada beberapa kem-kem kecil dan diletakkan di teritori/kawasan yang telah ditetapkan. Setiap kem-kem kecil tersebut, mempunyai ketua kem (kapten) yang dilantik dikalangan pasukan remaja itu sendiri. Ini secara tidak langsung akan melatih remaja-remaja terbabit akan aspek kepimpinan dan memberi arahan kepada platun-platun kecil dibawahnya sambil diselia oleh abang-abang dan kakak-kakak fasilitator.

Kem komandan bagi putera dan puteri juga telah dilantik untuk mengawal keseluruhan kem-kem.

Aktiviti-aktiviti ‘obstacle games’ , kawad dan aktiviti-aktiviti luar yang lain seperti ‘jungle trekking’ dan ‘war games’ (bagi putera) telah disusun agar dapat mendedahkan para remaja daripada segi aspek kekuatan fizikal, mental dan disiplin yang tinggi.

Program KERIS 2007 ini juga telah menekankan aspek ilmu dan motivasi melalui slot-slot ceramah, tazkirah dan motivasi bagi memberi input kepada remaja agar lebih menjadi remaja yang bersemangat dan berwawasan.

Perjalanan program ini tidak dapat tidak banyak dibantu oleh kesungguhan para urusetia dan ajk yang tidak mengenal erti penat dan lelah. Daripada urusetia memasak (Aziz, Hafiz, Farid, Soleh & Hakim) urusetia program ( Fizhi –Kem Komandan Putera, Aizat, Ihsan, Khairudin, Idris, Firdaus & Yudi) urusetia puteri dan ramai lagi yang turun membantu. Semoga ALLAH SWT membalasi sumbangan wang dan masa yang telah mereka korbankan dan semoga program ini diberkati ALLAH SWT hendaknya.

Majlis penutup program KERIS 2007, KERIS Zon Tengah, telah disempurnakan oleh saudara Mohd Noor Azib Asmangi.

4 Komen

Filed under Aktiviti, Camping, info krim DAERAH HULU LANGAT, info krim GOMBAK

4 responses to “Kem Remaja ISMA (KERIS) Zon Tengah Menjadi Tumpuan

  1. Amier

    Salam..

    KERIS ’07 Best..
    X nak post gambar ker?

  2. Baru upload hari ni. Esok lusa mungkin banyak lagi akan di”upload”. Insy Allah

  3. Abg Khai

    Salam. Maybe saya cadangkan agar gambar2 photo boleh abg petugasisma upload kan dalam flickr.com. Saya ada koleksi digital photo dekat 100 keping untuk di share kan.

    By the way, saya akan siapkan video keris 07 yg sempat dirakam dan akan saya uploadkan dalam youtube.com. Tunggu……

    Wslm.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s