Pasukan Hishamudin Juara

Klang, 3 November – Pasukan Klang 3 (Hishamudin) telah merangkul kejuaraan Kejohanan Bolasepak Remaja 9 Sebelah setelah menewaskan pasukan Shah Alam 2 (Bukit Lanchong). Jaringan di saat akhir perlawanan telah menjulang nama Pasukan Hishamudin sebagai juara kejohanan yang julung kali dianjurkan oleh Kelab Remaja ISMA (KRIM) Shah Alam Klang. Selain itu adik Suhaidi Ahmad Wakid telah dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan akhir. Tempat ketiga dan ke empat dimenangi oleh Pasukan Jeram B dan C.

Kejohanan ini disertai oleh 9 pasukan yang mewakili kawasan masing-masing. Kawasan Shah Alam, Klang dan Jeram diwakili 3 pasukan setiap kawasan. Menurut Penasihat KRIM Shah Alam Klang, Ust. Mohd Fathan Hussin, beliau amat berpuashati dengan penyertaan dan kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh semua peserta. Selain itu beliau memuji semangat ukhuwah yang ditunjukkan oleh peserta sehingga tiada bibit-bibit pergaduhan.

Salah seorang peserta yang ditemui iaitu adik Siddiq Fauzan merasakan kejohahan ini berjaya mencungkil bakat peserta dan bersaing secara sihat. Adik Siddiq juga memuji pihak penganjur di atas kelicinan dan kelancaran program cuma perlu pastikan peserta dapat tiba tepat pada masanya.

Pengarah kejohanan, En. Nurzhardinata Nuzbar ketika diminta komentar beliau mengenai kejohanan ini melahirkan rasa berpuashati dan berhasrat untuk menjadikan kejohahan ini sebagai acara tahunan. Beliau seterusnya mengucapkan terima kasih kepada semua AJK yang telah bertungkus lumus bagi menjayakan kejohanan ini.

Kejohanan yang disertai oleh 108 orang peserta dan 15 orang urusetia ini telah dirasmikan oleh Ketua Perhubungan Kawasan iaitu Dr. Amiruddin Abdul Wahab yang turut sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

3 Komen

Filed under Aktiviti, info krim SHAH ALAM KLANG, Kejohanan Sukan

3 responses to “Pasukan Hishamudin Juara

  1. isa

    salam. ada sesiapa yg punya no tel us fathan?

  2. team hsmdin

    eee..snok gler dpt jd chmpion..
    tnhkz 2 all my frenz cz all out tme game 2..

  3. tm hsmdin..

    hahaha…bgge gler jd chmpion..
    thnx adi,topak,nasir,arez,padel,wandin,zabrie,amin,qulob,meon,amin,n kwn wandin..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s