Malam-malam Ramadhan

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang bangun malam bersembahyang pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharap (keredhaan Allah), dosanya akan diampunkan”
[diriwayatkan oleh al-Bukhari]

Solat Tarawih adalah “tetamu” Ramadhan

Solat tarawih hanya disunatkan pada bulan Ramadhan. Solat tarawih dipakejkan bersama Ramadhan tidak pada bulan lain. Para ulama berpendapat yang dimaksudkan “bangun sembahyang pada malam Ramadhan” di dalam Hadis di atas ialah solat tarawih. Olah itu, hiasilah malam Ramadhan dengan tarawih serta penuh rasa iman dan mengharap. Moga-moga kita diampunkan Allah.

Sebagai remaja yang masih muda dan sihat maka sepatutnya Ramadhan ini menjadi peluang untuk membanyakkan amal soleh. Bukannya dengan membuang masa secara sia-sia.

JEMPUTAN ALLAH

“Pada setiap malam iaitu ketika sepertiga malam pertama berlalu, Allah turun ke langit dunia. Dia berseru: Aku adalah raja. Aku adalah raja. Siapa yang berdoa kepada-Ku untuk Aku kabulkan? Siapa yang berdoa meminta dari-Ku untuk Aku kurniakan (permintaannya)? Siapa yang memohon ampun dari-Ku untuk Aku ampunkan? Seruan ini berterusan sehinggalah fajar menyinsing.”
[Diriwayatkan oleh Muslim]

Alangkah indahnya jika kita menyambut seruan ini diusia muda. Alangkah indahnya jika kita bersama-sama rakan menyahut seruan ini. Alangkah beruntungnya sesiapa yang menyahut seruan Tuhan Semesta Alam.

Tapi………..

Apakah yang berlaku pada malam-malam Ramadhan yang lalu?
Adakah kita berdoa?
Adakah kita memohon kurniaan?
Adakah kita memohon keampunan?
Adakah kita berDOA?

Jika jawapannya tidak…………… ALANGKAH SOMBONGNYA KITA?????

Advertisements

Tinggalkan komen

Filed under akhlak islamiah, Ibadah yang SEMPURNA, Tazkirah dan peringatan, Uncategorized

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s