Belajar “Power” – Gergasi Minda

Bandar Baru Bangi – ISMA Hulu Langat telah berjaya menganjurkan program motivasi mirip MAP Training yang diberi nama Program Gergasi Minda yang mensasarkan golongan remaja. Program ini turut menarik penyertaan remaja dari kawasan lain seperti kawasan Gombak dan Shah Alam. ISMA Gombak telah menghantar seramai 19 orang wakil remaja untuk menyertai program ini.

Program dikendalikan oleh pakar motivasi dari utara tanah air iaitu Tn Hj Mohd Arif yang berjaya memberi penyampaian yang padu, menarik dan menyentuh perasaan. Program ini bertujuan bagi membina kekuatan dalaman remaja dalam menghadapi cabaran kehidupan dan kepentingan pelajaran dalam mencapai kebahagiaan masa depan.
Remaja juga di ingatkan tentang betapa pentingnya perasaan hormat dan kasih sayang yang perlu dicurahkan kepada ibubapa mereka. Pelajar dibayangkan tentang asal kejadian mereka dan bagaimana pengorbanan yang dicurahkan oleh ibubapa dalam membesarkan dan mendidik mereka.

Selain itu prasyarat yang lain untuk mencapai kecemerlangan ialah hubungan erat setiap pelajar dengan Allah s.w.t. Terutamanya dari sudut solat dan doa. Sesungguhnya tiada nilainya kecemerlangan tanpa ketaatan kepada Allah.

Seterusnya prasyarat yang turut ditekankan ialah berakhlak mulia terutamanya dengan keluarga, guru-guru, orang yang lebih tua dan rakan sebaya. Akhlak adalah cerminan kepada keperibadian dan nilaian keilmuan kepada seseorang. Kecemerlangan tanpa akhlak ibarat buah yang cantik tetapi pahit rasanya.

Rata-rata peserta yang ditemui selepas program memberi maklum balas yang baik dan mereka merasakan program ini amat bermanfaat. Malah mereka melahirkan hasrat untuk mengikuti program-program sete-rusnya yang telah dirancang oleh Kelab Remaja ISMA (KRIM)

Tinggalkan komen

Filed under Aktiviti, info krim DAERAH HULU LANGAT, info krim GOMBAK, info KRIM nasional, info krim SHAH ALAM KLANG, Kem motivasi dan ceramah agama, Seminar dan Kem Akademik

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s